Monday, June 23, 2014

Membebel

Semua orang bercakap mengenai OKU terabai tu...nama di Firdhaus kalau tak silap. Saya sebenarnya sudah beberapa kali mengelak untuk menonton video yang menunjukkan gambar Firdhaus sewaktu mula-mula dijumpai, tapi hari ini, saya tengok juga akhirnya...mengalir air mata saya.
 
Siannya...terus teringat cucu-cucu saya yang masih kecil, yang masih belum tahu menjaga diri sendiri. Firdhaus sebenarnya sudah berumur 14 tahun, tetapi sebab dia OKU, dia masih tidak tahu untuk menjaga dirinya sendiri.
 
Ibunya pula terus defensive dan saya sendiri tidak mahu menilai perbuatan ibunya itu, biar Allah sahajalah yang menilai dia.
 
Bila jadi macam ini, I just wish that I am richer, ada kuasa and is able to do something to change the world...heee...I CAN CHANGE THE WORLD - ERIC CLAPTON!
 
Tapi tu lah, kalau nak tunggu sampai ke tahap tu baru nak menyumbang...haaa...bila pulak nak menyumbang tu kan...
 
Tapi saya rasa kita perlu improve kita punya support system la. Yang paling penting sekali, pihak yang berkenaan, yang sepatutnya membantu orang-orang yang susah ni, perlu ikhlas dan mainkan peranan dengan betul.
 
Betul-betul cari orang yang susah ni dan bantu. Bantuan yang diberikan, perlulah relevant. Janganlah di tahun 2014 ni, dan orang tu ada anak lapan, diberikan RM350 sebulan....Selain daripada itu, sediakan tempat untuk orang-orang susah ni untuk mengadu...saya dapat bayangkan sesetengah orang tu yang susah, ahli keluarga lain pun susah juga...haaa...nak mengadu kat sape?...
 
Suami saya ada seorang kawan yang agak kaya dan sering membantu orang. Baru-baru ni, seorang kawan telah menelefon suami untuk meminta sedikit bantuan daripada orang kaya ni. Kawan suami memerlukan duit untuk menghantar anaknya masuk ke Universiti. Dan ye, suami saya call aja orang kaya ni dan orang kaya ni terus cakap "ok, I masukkan duit ke akaun you and you tolong bagi duit kepada yang meminta tu"...senang sungguh.
 
Hmmm...saya pun tak tahu juga sebenarnya macam mana nak outline kan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat yang susah. Mungkin Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh belajar daripada negara-negara lain...
 
Dalam Islam sendiri menggalakkan kita membantu sesama Islam, sesama saudara. Tapi sekarang ni ramai orang yang malu pula nak minta tolong kat orang lain...maklumlah, ukhwah pun tak de, semua orang duduk rumah aja, tak pergi surau, tidak bergaul dengan orang...mana ada ukhwah.
 
Saya membebel...Bib Bebel....saya doakan yang terbaik untuk Firdhaus, untuk semua umat manusia.

No comments:

Post a Comment