Wednesday, May 21, 2014

Pre Bali

Assalamualaikum.

Lama betul saya tak update blog ni secara serious kan? Memang ada problem sikit sikit la sebenarnya, and I must admit that I am trying very hard to find ways to solve it..doakan saya boleh okay ye...mental, fizikal, semua lah.

For those who have been following this blog, mesti ingat yang saya nak pergi ke Kota Kinabalu kan? Tapi tak pergi pergi pun...

Anyway, pada satu hari yang indah ini, saya telah terbaca satu blog ini yang bercerita fasal percutian satu pasangan ini di Bali. Yang menariknya adalah, pasangan ini telah bermalam di villa yang mempunyai private swimming pool dengan harga tak sampai 40% daripada harga di Malaysia. Saya pun tunjuk lah gambar dan cerita mengenai percutian tersebut kepada hubby dan pada waktu tu juga hubby terus decide, jom kita pergi Bali Cikbib, kita tidur kat situ jugak.

Haaaa....excited, kami pun mula buat research tentang ticket kapalterbang, hotel dan pengangkutan dan mula buat budget. Tapi kan, yang kami silap adalah, percutian pasangan yang saya tengok dalam blog itu terjadi dalam tahun 2012, jadi, ada kenaikan harga telah berlaku dalam tahun 2014. Ha ha ha...masak.

Tapi tak pe, oleh kerana ada kenaikan harga berlaku, kami mengambil keputusan untuk memperuntukkan satu malam sahaja untuk bermalam di villa dengan private pool, malam yang lain, kami amikla bilik yang murah murah sikit. Saya lah yang decide tu, tapi yang membuat arrangement adalah hubby. 

Kami juga telah terfikir untuk mencari Muslim driver di Bali instead of simply go there dan cari driver di airport. Kami pun main-main google "muslim driver in Bali", haaa, terus dapat contact. Kami wassup aja driver di Bali tu dan terus dapat response. Alhamdulillah, that was a good decision sebab kat Bali ni ada juga cabaran nak cari halal food and tempat solat kan. Bila dapat driver Muslim ni, senang la sikit.

All in all, I would say it was a good break away, alhamdulillah. Lepas ni saya cerita fasal saya punye percutian ye...

No comments:

Post a Comment