Saturday, May 24, 2014

Bali Day 2 - Tegalalang dan Kopi Luwak

Hari kedua di Bali.

Waktu subuh masuk dalam jam 4.45 macam tu dan dalam jam 6.15 sudah hampir habis waktu. Kami pun bangun awal dan ingatkan nak tidur dulu lepas subuh...tapi mata tak nak tidur, excited kut. Sebab tak boleh tidur, kita pun bangun dan breakfast.

Breakfast kat hotel di Bali ni, seperti biasa, limited lah...infact selera pun kurang...sebab tiada kesahihan kehalalannya. Kami makan roti and pancake...saya rasa hubby lagi berselera dari saya...saya sebenarnya kalau boleh, tak nak makan pun, rasa nak makan aja bekal yang kami bawa...

Dalam 8.30 pagi, kamipun bertolak. Tujuan hari ini kami akan ke Daerah Kintamani, untuk melihat Gunung Berapi Batur. Tapi di sepanjang perjalanannya, kami telah singgah di banyak tempat.

Mula-mula, kami ternampak Polo Premium Outlet dan supir kami, Yuyun terus berhenti.... 



Heee...kami masuk tak sampai 10 minit, lepas tu terus keluar. Well...semuanya dijual dalam US$, jadi kami tak kuasa lah nak membeli. Hubby kata, designnya semuanya terbaru, tapi itu memang bukan termasuk dalam kami punya main objective untuk datang Bali kan, sooo...kami tak beli apa apa pun

Tapi hubby telah disapa oleh orang ini....

dan jual belipun sudah berlaku...he he he...nanti saya tunjukkan barang yang di beli ye...tak de gambo pun lagi.

Kami meneruskan perjalanan selepas itu. Jalan di Bali adalah kecil dan sempit, dan oleh kerana itu, jangkamasa perjalanan adalah lebih panjang. Tak pe, enjoy ajalah tengok kehidupan orang Bali semasa di dalam kereta tu...

Dalam sejam lebih perjalanan, kami singgah untuk mengambil gambar di sawah padi Tegalalang. Ini masih di Daerah Ubud kut...kut tau sebab saya pun tidak pasti

cantik...saya suka, tapi panas la pulak...tapi tak la panas mencanak macam Malaysia. Kat Bali ni, angin dia sejuk sebab menurut Yuyun, anginnya berasal dari Australia yang sekarang ini musim sejuk, maka angin itu memang agak sejuk dan nyamen...he he he he he

Ada kedai makan di situ, tapi kami tak singgahpun

Suka tengok gambar awan kat belakang tu...

Dari belakang...

Seterusnya, kami singgah dekat kebun kopi....ada kopi Luwak



Mula mula mari melihat musangnya. Yup, Musang inilah yang menjadikan kopi Luwak ni istimewa. Musang akan memilih biji kopi yang terbaik sahaja untuk ditelan (tanpa proses ye, dia telan dengan kulit kulit keras kopi tu sekali) dan seterusnya buang balik.......Yang dibuang balik tu kemudiannya dibersihkan, di kopek kulit dan di proses....

Dalam ladang kopi tu...nyaman, bersih dan menarik. Saya suka tempat ni

Dia cerita la panjang-panjang

Mari share satu gambar musang ni

Lepas tu, adalah masa untuk try bermacam jenis kopi di sini...

Kami sedang memilih kopi...

Selepas memilih kopi dan dalam perjalanan ke tempat duduk, kami ternampak bokok berry ni...kami amik sorang satu, manis buahnya

Yup...sampai di tempat duduk....suka saya tempat ni

Ada sawah padi bertingkat lagi....viewnya best, kopinya best....sesuai la dengan saya tempat ni

Depa hidang kopi. Itu Yuyun...supirnya

Punye la banyak kopi depa hidang. Kita orang rasa macam membazir...

hiks...gula ku

hmmm...yang ni ubi kayu yang campur dengan rempah dan digoreng, sedap...

kopi bali


Hubby pilih kopi Luwak...dan memang ada beza sikit, ianya lebih "fine"

Mat Salleh ni were enjoying the view and coffee...saya sebenarnya boleh duduk berjam-jam di sini...

Ha ha ha, dalam mula-mula risau takut tak terhabis kopi kopi ni, tapi sesungguhnya kami memang bisa menghabiskan semuanya...kagum dengan diri sendiri

tangkap gambo kat platform ni sekejap

belakang tu toilet...toilet kat Bali ni okay okay tau...boleh la masuk....

Gambar ni sewaktu nak pergi bayar harga kopi.

Kami tak beli apa apa pun sebab kami tahu semuanya di sini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan Kuta...Lepas tempat ini, kami pun meneruskan perjalanan ke Gunung Batur...saya sambung nanti ye...penat!!





No comments:

Post a Comment