Sunday, May 25, 2014

Bali Day 2 : Gunung Batur & Taman Ayun

Sambungan untuk hari ke 2.

Yup, daripada tempat kopi luwak tu, kami terus ke Daerah Kintamani untuk melihat Gunung Batur. Menurut Yuyun, di sini, ada dua restoran yang menghidangkan makanan halal, malah turut menyediakan musolla. Hokeh...jom pergi.

Kami dapat tempat duduk macam di bawah ni :

Belakang tu Gunung Batur...

Lepas tu saya pergi ambil makanan dulu. 

Haa...tengokla makanan yang saya rasa nak amik tu...harganya hampir RM50 tau for each person, tapi saya mampu amik nasi yang diletak dengan kentang bersama bawang goreng tepung...yang lain, rasa tak mampu nak amik.

Saya juga amik pisang dan limau...limau tu saya amik sebab di sepanjang perjalanan dari Ubud ke Kintamani, saya nampak ada banyak pokok limau....

Lepas tu, hubby pulak amik makanan 

hubby kata di situ lah dia baru tahu yang bawang goreng tepung tu sedap...hi hi hi

hubby ada ambil banyak juga makanan, tapi tak leh masuk...

lepas makan, kami ambil gambar...cantik kan gunung berapi tu. Gambar ni kami minta budak budak restoran tu amikkan

sorang sorang

Shuk pulak.

Lepas tu, kami pergi musolla untuk solat zohor + asar. Toilet dan musolla adalah super clean...air pulak adalah macam ais batu...he he he

Lepas tu, kami pergi melawat Taman Ayun. Tempat ini sepatutnya adalah taman tempat anak-anak raja. Tempat nya macam temple juga, tapi kami suka sebab dia ada feel macam kawasan istana di Tokyo sebab ianya dikelilingi air.

Hubby hisap rokok dulu

Haaa....kan macam Tokyo tu? Tapi sangatlah panasnya

Entrrance

Depa ni sporting, ajak tangkap gambar, boleh aja...tapi shaky la pulak. 

tangkap gambar di taman yang cantik ni

gambar ni ada sorang Mat Salleh tolong tangkapkan

yang ini selfie

berlindung dari cahaya matahari

tempat ni dijaga dengan baik, sebab tempat anak raja kan. Saya suka sebab di belakangnya ada bnyk pokok...sejuk aja

Yang hitam hitam tu dibuat dari batang pinang kalau tak silap


kegemaran keluarga diraja adalah menyabung ayam...


Kami terpaksa berjalan jauh sikit keluar untuk sampai ke kereta.

Selepas ini, kami pergi ke Krishna, kedai jual barang. Tapi kami tak beli apa apa pun. 

Lepas tu kami pun balik bilik awal sikit sebab nak berendam dalam kolam sekejap kan. Malamnya, kami pergi KFC. Hari ini adalah hari yang mengecewakan dari segi makanan buat hubby. Tapi tak pe, esok kami qadha...he he he 


No comments:

Post a Comment