Wednesday, May 21, 2014

Bali Day 1

Haaa, hari Sabtu, 17 May, saya bangun pukul 5.30, mandi, solat dan bangunkan hubby. Kami takut bangun lewat ke apa, jadi kami telah pastikan yang semua barang sudah di pack pada malam sebelumnya. Teksi yang kami sewa telah sampai jam 6.30 pagi. Kami mengambil keputusan untuk pergi awal sebab tidak biasa dengan airport baru, KLIA 2.

Kami sampai awal dan checked in. Lepas tu kita orang pergi breakfast. Ada banyak kedai di sini, just be willing to spend money lah.

Lepas breakfast, kita orang pergi jalan-jalan, tangkap gambo..



Lepas tu, kita orang pergi lepak di satu tempat ni...tempat orang merokok sebenarnya
Tempat ni sangat okay, tapi perokok-perokok ni seperti biasa telah membuang abu merokok merata-rata...hmmm...walaupun telah disediakan kemudahan antarabangsa, tapi kalau mentaliti tak berubah, tak ke mana juga negara kita ni.

Lepas tu kami pergi ke tempat menunggu. Saya cuma terkenang sekiranya saya nak bawa emak saya berjalan, jenuh juga dia agaknya sebab airport ni besar dan memang kena berjalan jauh. Eskalator adalah di sesetengah tempat, tapi banyak tempat yang tak de....bukan tempat yang friendly to orang yang sakit lutut lah tempat ni in short

Lepas tu kami telah ke gate no 7. Yup..tempat menunggu adalah seperti di atas...impressive. Toiletnya pun better lah sikit daripada LCCT dulu....saya harap mereka boleh improve keadaan toilet ni...macam toilet di airport Bali yang sangat best tu. Tak kan kita nak biarkan Indonesia mengatasi kita dalam perkara kebersihan ni kan...

Hari hujan lebat dan flight lambat sikit...

Kami sampai Bali dalam jam 2.00 petang macam tu

Gambar atas sebenarnya diambil sewaktu kami dah nak balik ke KL. Kami dapat lihat keadaan bagaimana saat pertama sampai di Bali...heee. Teruk kami mencari driver kami sebab ramai sangat orang yang menunggu dengan nama pelanggan masing masing

Tengah menunggu driver ambil kereta. Waktu tu, saya tengok beg tu macam tua betul, macam comot, macam kena beli baru. Rupanya beg tu basah sebab kena hujan sewaktu di KLIA 2...aishh


Kami singgah masjid untuk solat dulu, jamak la zohor dan asar

Selepas berbincang dengan driver, kami decided to cover the Southern part of Bali saja hari tu, jadi kami pun pergi ke Uluwatu

yup...sewaktu saya sampai di Uluwatu pada tahu 2011, saya ada teringat untuk bawa hubby ke sini...tuhan makbulkan, alhamdulillah

hubby, muka minyak minyak dah waktu ni. Kat belakang jauh yang macam pokok Maple tu adalah temple...kami tak visit langsung pun temple tu...focus adalah laut dan pemandangan

sedih aja monyet ni...kali ni monyet-monyet di sini adalah kurang agresif sebab mereka di beri makan pisang dan sudah kenyang.

hubby, gayat



Tengok ombak besar kat bawah tu...menghempas pantai

Lepas tu, kami pergi dinner dan menikmati sunset di Jimbaran

hubby pilih ikan kerapu...dia siap tangguk ikan ni hidup hidup dari dalam akuarium. Kami juga ambil 4 ekor udang...bakar

Kami datang awal jadi telah berpeluang untuk dapat tempat yang lebih bagus. 

hubby order air tembikai

Haaa...makanan dah sampai. Kangkung tu dapat free lah kononnya...tapi sangat sedap walaupun nampak kosong

udang...di serve dengan sauce bawang putih

ikan ni sedapppp

saat yang ditunggu. Matahari jadi macam ni dalam jangkamasa 2-3 minit aja

gambar ni waiter tolong amikkan

ada orang jual jagung. Kami beli dan di makan untuk supper di hotel.

Lepas tu kami baru pergi check in di hotel...

jom tengok hotelnya...di Kuta ni...


Ini katilnya...

Waktu buka beg, kami dapati isi di dalam beg itu sudah basah...jadi ada satu sesi mengeluarkan isi beg dan penuh la bilik tu dengan baju baju basah kami...langsung bilik jadi semak...tak pe lah ye....

dan...ada satu ruang yang macam living room, dengan tv lagi....tapi jadi tempat kami jemur baju lah malam tu

anddddd....surpriseeeee.....

yup, apparently hubby has booked a room with a private small pool. He he...hubby memang pandai menikmati hidup. Best juga sebenarnya tapi macam ralat sikit sebab tak sempat nak menikmatinya betul-betul.

Kami penat, jadi malam tu kami tidur awal...tapi sempat juga masuk dalam pool tu sekejap. Kami tidur awal sebab subuh masuk awal dan kami akan ke Kintamani esok pada jam 8.30 pagi.


2 comments:

  1. waaa tempat2 sgt cantikla kakbib... haa barula best ada gambar berdua bila dah ada monopod ni.. sedapnya ikan bakar dan udang tu, kangkung jugak.. telioqq..

    ReplyDelete
  2. ha ha,,, gambar monopod tak banyak pun ida,,, supir kami yang jadi jurukamera,,,

    ReplyDelete