Saturday, May 31, 2014

Berikutan Post Semalam

Berikutan post saya semalam, hubby terus hantar kami punye financial status yang turut memasukkan perbelanjaan untuk membaya kereta Civic....tapi financial status yang turut memasukkan Honda City tak de pulak..heeee....nanti saya pikio kan lagi....yang mana saya perlu utama kan ni, kepuasan ke, atau keselesaan dalam berbelanja.

Semalam juga saya ada berbincang dengan rakan sekerja mengenai blog ini.

Sorang ni cakap "kalau cikbib guna bahasa berbunga, mesti lagi best blog cikbib".

Haaaa....saya pernah cuba untuk menggunakan bahasa yang betul sebenarnya...yang bagus sedikit lah daripada yang sekarang saya gunakan. Tapi Tok Bomo kata macam tak best, macam not "cikbib" sebab tak santai kan. Itu menurut Tok Bomo lah, tapi saya mengakulah yang saya memang kurang pandai menggunakan bahasa dengan lebih baik, semuanya matter of fact aja, very straight forward.

Yang sorang lagi ni pulak cakap "the only thing that I can conclude is that you love your husband very much. Hubby this, hubby that"

Yang second opinion tu membuat saya berfikir sikit sebab kenyataannya, saya pun tidaklah suka bila melihat orang lain mesra sangat dalam blog. Jadi saya telah berbincang dengan Tok Bomo mengenai perkara ini dan Tok Bomo pulak, jawab "I'm okay. Tak nak cerita atau masukkan gambar saya, ok aja".

Tapi kan, kalau bukan Tok Bomo jadi model tetap saya, siapa lagi? Kami kan tak de anak dan daripada masukkan gambar saya yang terlebih "come" ni, baiklah letak gambar Tok Bomo aja...ha ha ha...

Lagipun blog ini adalah mengenai saya, suami, keluarga dan rakan-rakan. Mestilah ada gambar/cerita mereka yang related kan...they are part of my life. Cerita dalam blog ini mestilah ada menyentuh "part of life ni" kan. Idak gitu?

Anyway, Tok Bomo tak bangun lagi kat atas tu, saya pulak baru rendam baju baju kerja yang saya. Selamat berhari minggu. Semoga kita dapat menghabiskan masa dengan orang orang tersayang. Chowww




Bali Day 3 : Check In Hotel Baru

Yup, selepas melawat Tanah Lot, kami ke Seminyak sebab kami perlu check in hotel baru. Rasanya sebab hotel ni lah hubby setuju melawat Bali...yup...this type of service is cheaper if we compare to Malaysia. Kita tengok gambar ye.....


Sampai aja, they serve us this. Hmmm...suka. Infact, the receptionist terus bertanya sebegini "Ini bapak Ahmad Shukri ya?"...haaaa....siap ingat nama tu 

Nama Villa nya...boleh google for more info ye 

Lagi gambar di kaunter. nama orang yang layan kita orang tu adalah Ari...macam nama anak sedara saya plak 

Kami minta late check out, dalam jam 1.00 esoknya supaya kami boleh solat dulu kan, Ari pun cakap macam ni "nanti pak, biar saya periksa dahulu "

Kami pun ingat, haaaa, ramai la pelanggan kut kan...rupanya, kami aja pun, dengan another couple yang datang dengan anak anak depa.


perjalanan ke bilik/villa...very nice


pintu


lepas tu Ari kata, biar sayang tangkapkan gambar ibu sekali. Kami tinggal di villa nombor 17


excited sebab tutup pintu guna cara lama macam ni.


okay...ada ini...nampak tak ada biru biru celah lubang tu? Haaa...itu swimming pool


Okay, dari pintu jalannnn


lepas tu kona...haaaa. Belah kiri tu swimming pool, belah kanan tu macam living dengan dining hall siap ada dapur 

Lagi satu. Panas sikit sebab kena matahari petang...tapi tak pe...tiada masalah



haa...clear sikit gambar pool nya. Pool dia boleh la orang macam saya ni berenang. Tapiii, kedalamnya adalah 1.5 metre, agak mencabar juga untuk orang seperti saya yang banyak sangat takutnya ni. Tapi puaslah splash splash, ha ha ha...cuma saya pastikan Tok Bomo selalu ada...kalu sorang, takut apa apa jadi..


Hmmm...dining table for two


hubby...bila Ari balik aja, dia terus di sini, tengok internet

Living



yang belah kiri tu pintu bilik, yang belah kanan tu, masuk terus ke toilet 

Bilik...best

Bilik air...beso


ada bath tub. Saya tengok ada garam yang saya suka dan buih buih tu. Saya dah excited, saya tak pernah guna buih buih tu
  
sink dan sebelah tu toilet

Cuma masalah sikit, toilet dan bath tub tu, cermin aja kan. Donno la, tapi bila saya discover pada malamnya yang villa-villa yang lain adalah kosong, saya macam seremm sikit. Sampai nak ke toilet minta teman tau...perkara macam ini tak pernah saya lakukan...

Bila tidur, saya minta untuk tidur lebih jauh dari pintu. Tapi masih boleh tidur, kira okaylah tu. 

Saya sibuk tangkap gambar...gambar ni saya tangkap dari pintu bilik air villa tu

Lepas tu, saya sakit perut....ha ha ha...langsung tak tangkap gambar dah lepas tu.

Anyway, after that kami solat asar/zohor dan masuk kolammmm....penat bergayut di tepi kolam aje kut sebab kaki gue tidak sampe ke dasar kolam tuh...hah...

Lepas tu mandi, solat dan bersedia untuk keluar dinner. Yuyun kata, dia akan bawa kami ke Restoran Sunda


Gambar Tok Bomo solat


oh...saya nak letak gambar bunga ni yang ada di atas meja


dannnn...bunga orchid ni which is in the toilet actually. Real ni tau dan saya pulak baru aja pergi visit satu kebun orchid ni di Sungai Buloh dan saya tahu benda ni mahal...merasalah saya untuk ada hiasan orchid macam ni...alhamdulillah.Harap untuk beli sendiri tu, takkan terjadi kut

Yuyun datang selepas Maghrib...dalam jam 7.00 sebab Maghrib masuk awal 

Kena letak gambar model saya ni

alhamdulillah dapat minum alpukat di sini 

hubby order kopi lagi, dia kata kopi di sini sedap 

kami order ini...Gurami Bakar dan kangkong kosong. Dua dua sedappp


Hah...guraminya


Hubby belajar makan ini sewaktu di Bandung dulu, yup, sambe hijou dengan petai goreng. Sebenarnya dia minta petai bakar, tak de, tapi petai goreng ada 

kangkong ni kosong, tapi sedappp...saya suka 

yeow...makan. Alhamdulillah rezeki hari ini lebih baik dari semalam... 

pinggan saya 
  

Ini nama restorannya.

Lepas tu kami pergi lah round Kuta, melihat kehidupan malam Kuta kan....kejap aja pun, lepas tu balikk...






Friday, May 30, 2014

Happy Birthday Dahi Luas

Baru-baru ni adalah birthday kawan lama saya.
 
Saya dah lamaa tak call dia, atau bercakap, atau makan sama-sama. Tapi dia keep in touch, dia baca blog ni...kan?
 
Ayah saya dulu selalu kata yang orang yang berdahi luas, adalah panjang akal dan bijak orangnya. Kawan saya ni memang berdahi luas, dan panjang akalnya...he he he (you know who you are!)
 
Anyway, kami pun bersembang sampailah mengenai kereta. Saya pun lupa macam mana how the conversation about car started but I kind of mention something like this :
 
Me : "Baru ni kereta Wira hitam tu buat hal, tak boleh bukak pulak pintu depan bahagian penumpang tu"
 
Dahi Luas : "Haa, itu memang tanda cikbib kena beli kereta baru la tu, cikbib nak beli kereta apa?"
 
Me : "Hmmm, mula-mula ingatkan nak beli Civic, tapi baru ni nampak Honda City 2014 tu macam lawo jugak, murah sikit lagipun, boleh la berjimat kan"
 
Dahi Luas :" Apa kelas Honda City, cikbib bukan level tu la, cikbib ni kedekut la, beli lah Civic tu. Bila lagi cikbib, belilah untuk kepuasan. Hidup ni bukannya lama "
 
Dia ni memang sokmo panggil I kedekut tau..
 
Me : " Bukan macam tu, kalau beli kereta murah, boleh la guna duit tu untuk benda lain. Boleh la travel lebih sikit"
 
Dahi Luas : "Oooo...travel tu lain, kereta lain...untuk kepuasan cikbib. Betul owang cakap..kepuasan tuh kalau dapat kereta best"
 
Me : "ye la, ye la, nanti I pikir dulu"
 
Hiksss....sesungguhnya ini adalah perbualan kosong. Tak de apa pun, saja nak capture dalam blog...buat kenangan. Untuk si Dahi Luas tu...juga Cikming...thank you for being my friend, jadi tempat mengadu bila perlu.
 
Tentang kereta tu, baru baru ni pintu depan bahagian penumpang kereta Wira saya tidak boleh buka, jadi, bila kami keluar dinner, saya kenalah jadi "mem", duduk kat belakang. Bila saya jadi "mem", hubby kena jadi supir lah. Saya panggil hubby bapak, dia panggil saya buk.
 
Tapi dah baiki dah pun, seratus lebih jugak kena. Maybe we have to seriously think about buying a new car now.

Wednesday, May 28, 2014

Bali Day 3 : Kuta & Tanah Lot

The next day, kami minta Yuyun ambil kami lambat sikit, dalam jam 10.00 pagi. Kononnya nak menikmati biliklah...tapi kami tak berendam pun, cuma kami ambil kesempatan untuk kemas barang dengan lemah longlai, no rush. 

Hubby rupa rupanya ada tangkap gambar bilik kami dari luar...macam di bawah ni :

Kami check out dlm keluar bilik dalam jam 10.00 pagi

Ini bilik kami...ground floor, no 129

Check out...punye lah lembab, sampai saya buat perangai sikit, langsung depa kata "maaf bu'". Hiksss...baru bulatkan mata sikit aja pun

Kami ke Kuta selepas itu, ye lah, dah sampai Bali, takkan tak ke Kuta kan? 

Mula mula kami pergi ke Matahari...tak tangkap gambar pun dan tak beli apa apa pun. Tapi hubby ada beli tshirt...buat kenangan...barangan lain adalah tidak menarik dan agak mahal

Lepas tu...kami ke Hard Rock

Tangkap gambar

tapi tak beli apa apa pun

Lepas tu kami ke Pantai...lepak tengok ombak dan berasa lapar. Terus pergi ke mobil dan minta Yuyun bawa kami ke kedai makanan minang....

Makannnn...yup, hubby makan banyakkkk....sebab sedih hari sebelumnya terpaksa makan nasi dengan bawang goreng tepung aja kan

nama kedainya

Selepas itu kami ke Tanah Lot.

Orang-orang Bali, pada waktu kami pergi ini sedang bersiap untuk menyambut hari "Gulingan dan Kuningan". Untuk sambutan ini, mereka akan mengorbankan khinzir

Sewaktu perjalanan ke tanah lot, kami telah nampak ritual ini dilakukan...macam sian pulak dengan si khinzir tu sebab cara mereka membunuh khinzir tu bukan dengan di sembelih ye...tapi dengan cara yang tak lalu saya nak sebut. 

Sepanjang perjalanan ke Tanah Lot juga ada banyak gerai menjual "Babi Guling"...sangat banyak sehingga sewaktu perjalnan balik, saya dah tak nak tengok dah, buat tak nampak aja.

Anyway, untuk kali ke 3 nya, saya telah sampai ke Tanah Lot, dan dengan izin Allah, buat pertama kalinya saya dapat melihat tempat ini ditenggelami air i.e. air tengah pasang. 



tengok kat belakang tu, haaa...itu lamanya batu lowongan. Ianya terletak tak jauh dari Tanah Lot. Kat hujung tu ada temple gak...kami pergi...nanti tengok gambar ye

Dekat sikit...ombak nye kuat

Berdiri pulak

Berpayung pulak. Tengok kaki hubby terbengkok...lepas tu dia jatuh...alhamdulillah tak cedera

Tanah Lot...



berhenti tengok ombak

tengah bercerita dekat Shuk macam mana dulu saya boleh sampai kat hujung sana sebab air tak pasang


yup...belakang tu Tanah Lot
Letak beg kat depan, cover perut...heeee. Beg tu baru beli kat Bali tuh

Tok Bomo saya

Tok Bomo sibuk tangkap gambo

Saya....cantik kan laut dan awan tu....
  
nak suruh Yuyun tangkap gambar kat belakang tu sebenarnya

haaa...yang ni la kat belakang kami tu, ombak menghempas pantai

Lagi...


Panehhh...duduk berehat sat

Yuyun....

Haaa...kat atas Batu Lowongan tuh

Tengok ombak besar tu

Habisss.....bergambar di pintu exit...

Lepas tu, kami check in kat hotel baru di Seminyak...next entry ye sebab saya dah penat...