Sekarang ni sudah jam 7.17 malam, hari Khamis, 20 Mac 2014, dan saya masih di ofis.
Tadii, ada satu dialogue session di Sec Comm Bukit Kiara. Lambat beno abihnya, sampai ofis dah jam 6.30 petang, solat asar pun belum. Decided to solat Maghrib dulu, baru balik rumah.
Tadi, waktu di Sec Comm tu, saya tak dapat amende pun sebab saya tidurrrr aja. Ngantukknyaaa.
Saya tak boleh masuk belajar balik la kalau macam ni, memang tak leh fokus...
Saya sekarang ni, baca buku pun tak boleh, tak berminat. Tapi sekarang ni adalah tengah baca satu buku ni, buku fiksyen..tajuk dia "And the Mountains Echoed'. Hmmm, baru baca satu chapter waktu pergi bercuti baru ni...dapat baca satu chapter tu kira satu kejayaan dah bagi saya...kita tengok macam mana ye...sama ada saya boleh habis kan atau tidak.
Ehhh...saya ada tangkap gambar waktu saya baca buku tu tau...nanti balik saya letak ye.
Baru-baru ni, waktu tarikh 18 March, saya macam rasa yang pada tarikh itu, sesuatu telah terjadi. Bila saya ingat balik, rupanya, pada tarikh itu, dalam tahun 2010, bermulalah detik pahit saya di Division lama saya. Yup, pada tarikh itu, boss saya telah mengambil keputusan untuk mula bercuti dan seterusnya bersara.
Pada tarikh itu juga ada mesyuarat besar yang terpaksa saya handle sendiri, betapa tertekannya saya pada waktu itu.
Dan sekarang...saya dapat lihat ada banyak ruang untuk "improvement" pada kepimpinan baru saya. Pastinya saya tetap cuba positif, cuba menyusun strategi dan terus berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan dan kami semua dapat bekerja dengan ceria. Semoga para pemimpin kami diberikan petunjuk. Aaamiin.
Dah nak masuk Maghrib ni...saya solat dulu sebab nak balik awal...sian Tok Bomo saya kat rumah sorang-sorang...
No comments:
Post a Comment