Monday, March 10, 2014

Minggu Lepas

Banyaknya perkara yang berlaku minggu lepas
 
Mula-mula, saya ada menonton Meletops.
 
Salah satu fokus adalah mengenaik Hanez Suraya yang akan membuat press con mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang statusnya adalah suami orang.
 
Perkara pertama yang dtg ke fikiran saya waktu tu adalah "apa hal nak buat press con ni? Perlu ke?"
 
Saya cuma rasa yang perbuatan itu adalah seperti membiarkan diri dia di letakkan di tempat sasaran peluru sambil menyeru "tembaklah saya".
 
And yeah...that's exactly what had happened. No, I did not listen to whatever she said at the press conference, but I can see the impact of it, especially the ladies blogger. Semuanya pun jadi emosi lah kan?...
 
Bagi saya, kalau dia diam, saya okay aja. Saya ni lebih suka menyalahkan orang lelaki kalau benda-benda camni berlaku....Tapi, bila dia dah buat statement macam tuh...hmmmm
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Cuaca panas.
 
Yup...di Shah Alam, jerebu nya agak kuat, nampak dunia seperti sakit.
 
Hujan belum turun dan hubby asyik ulang cakap fasal komulus nimbus, satu-satunya jenis awan yang dia ingat.
 
Dia asyik cakap yang ketiadaan awan komulis nimbus menyebabkan kerja-kerja pembenihan hujan tidak dapat dijalankan...
 
Shah Alam juga akan masuk ke zon catuan air, kami mungkin kurang masalah sebab hanya tinggal berdua, tapi kalau orang yang ada ramai anak/baby tu...mungkin lebih besar lah cabarannya.
 
Semoga Allah akan turunkan hujan dalam masa terdekat ini. Aamiin
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Siapa tengok rancangan Nona di TV3 semalam? Tengok tak fasal perkahwinan baru Jailani dengannnnn...Zai kut...saya lupalah nama isteri baru dia tu.
 
Hmmm...rasa sedih pulak saya tengok...bukan sedih kat Jailani, tapi sedih kat Raja Azmi..hiksss....saya kan peminat Raja Azmi.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Fasal MH 370 pulak.
 
Saya hampir je kelahi dengan suami fasal ini.
 
Reason?  Haaa....ada satu message dari anak sedara saya ni fasal MH 370 tu dan hubby telah jawab macam ni on my behalf "tak jumpa pun lagi, agaknya dah tenggelam kut'
 
And you know what, saya secara peribadi tak suka dengan jawapan tu. Bukan saya tak tahu dengan realiti, tapi bagi saya, selagi kita boleh berharap, berharaplah. Teruskan berdoa...hope for a miracle. Berdoa semoga Allah selamatkan mereka kerana sesungguhnya, sekiranya Allah menghendaki, perkara itu adalah sangat mudah baginya.
 
Dannn...saya sangat sensitif dengan setiap apa yang keluar dari mulut sesiapa pun, sebab setiap kata-kata adalah doa....tidaklah perlu bergurau dalam keadaan begini bagi saya. Bagi saya, adalah lebih baik sekiranya kita tidak bercakap langsung daripada bercakap mengenai sesuatu yang negatif.
 
Saya pernah mengalami keadaan ini sewaktu Imran jatuh dan matanya cedera.
 
Saya telah bercerita tentang kisah Imran dengan rakan sepejabat dan terkeluar dari mulut mereka "boleh jadi cacat tuh".
 
Saya tahu mereka tidak berniat negatif dan sesungguhnya, saya sendiri tahu atas "kenyataan" itu. Tetapi, dalam keadaan yang sedemikian, simpan sahajalah perkara tersebut di dalam hati, tidak perlu diluahkan. Kalau mahu bercakap pun, pastikan ianya hanyalah mengenai perkara yang positif sahaja. Mungkin boleh kata "Insyaa allah, kita doa banyak-banyak, Imran kecil lagi, boleh sembuh kut".
 
Itu social skill ke ha? Atau what comes out is actually from the heart? Saya tak tahu, dan sesungguhnya saya sendiri pun bukan sempurna, dan ada melakukan kesalahan.
 
Macam MH 370 tu, saya pun tahu "kenyataan". Tapi, kalau saya ahli keluarga kepada mana-mana mangsa MH 370 tu, pasti nya saya akan terus mengharap selagi boleh.
 
Doa saya untuk mereka...
 
Doa saya untuk hujan....
 
Doa saya untuk kita semua...
 
Doa saya untuk Imran. Ya Allah, kembalikanlah pandangan mata Imran. Engkau sembuhkanlah matanya, engkau sihatkanlah matanya. Engkau jadikanlah Imran, Iman dan Irfan hamba-hamba mu yang soleh.
 
Aaamiin.

No comments:

Post a Comment