Wednesday, March 26, 2014

S Y U R G A K U

Orang selalu guna term di atas kan sekarang ni? X-hubby Erra pun guna term yang sama bila di tweeter, Erra adalah syurga buat anak mereka Alesya.
 
Kita pun ada syurga kita masing-masing kan? Sama ada masih hidup, atau sudah meninggal dunia...kita mesti ada emak. Macam saya, saya tidak mempunya opah/grandparents, sebab mereka sudah meninggal dunia sewaktu saya mula mengenal dunia.
 
Saya cuma teringat/terfikir satu perkara ini.
 
Saya ada seorang kawan, dan di dalam kumpulan kami, kami perasan yang kawan kami yang seorang ini, Allah bagi rezeki yang cukup baik. Dia selalu dapat anugerah cemerlang lah, kalau naik pangkat, dia mesti ada dalam senarai dan kalau % untuk naik gaji tu, dia mesti termasuk di dalam golongan yang dapat increament paling tinggi.
 
Dia juga selalu dapat peluang ke luar negara. Hubby juga macam berjaya, anak-anak juga okay...
 
Saya tidak jealous dengan dia ni ye, saya dan kawan-kawan yang lain selalu cakap macam ini "rezeki XX, Allah nak bagi".
 
Tapi baru-baru ini saya berpeluang mengetahui satu perkara mengenai kawan saya ni. Yup, saya baru tahu yang ayah kawan saya ini telah meninggal dunia agak awal, di mana umur ibunya ketika itu adalah masih muda, awal 30an.
 
Ibunya, telah bersusah payah membesarkan beliau dan adik beradik yang lain berseorangan. Antara perkara yang dia telah ceritakan adalah bagaimana ibunya telah pergi melawat beliau di asrama tempat beliau belajar. Oleh kerana sekolah itu adalah agak terpencil, ibunya terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sekolah itu daripada bandar yang terdekat, sebab harga tambang teksi adalah agak mahal (kita dulu, naik teksi tu dianggap mewah kan?).
 
Pastinya kawan saya ini amat menghargai ibunya, dan sebagai anak perempuan sulung, beliau adalah tempat ibunya berkongsi cerita. Baru-baru ini, ibunya telah bertemu jodoh semula...alhamdulillah.
 
Walau bagaimanapun, hubungan ibu anak tetap diteruskan, mana boleh di putuskan hanya sebab ibunya berkahwin lain kan? Walau bagaimanapun, oleh sebab kesibukan kerja juga urusan yang lain, kawan saya telah tidak pulang ke kg lebih daripada sebulan.
 
Dia bercerita bagai mana dia rasa bersalah...dan telah menelefon ibunya, dan meminta ampun...haaa, baru tak balik kg sebulan dah nangis minta ampun... pastinya ibu kawan saya sentiasa memaafkan kawan saya ini kan.
 
Hmmm....waktu saya mendengar cerita kawan saya ni, saya tak terasa atau teringat apa-apapun sebenarnya. Tapiii, sewaktu saya ghalit buat ER atas trademill saya semalam, saya teringat cerita ini, dan teringat bagaimana kami semua memang terasa yang hidup kawan kami ini adalah "blessed".
 
Pastinya tiada siapa pun yang mempunyai hidup yang sempurna kan, tapi saya rasa saya nak jadikan kawan saya ni sebagai contoh laaa.
 
Saya rasa saya nak menjadi lebih baik dengan emak saya...saya ni sebenarnya tak le jahat sangat, tapi saya nak jadi lebih baik. Saya nak layan mak saya lebih sikit secara emosi...(kut mak saya boleh terima, atau dia pun mungkin tak suka juga, mak saya ni pun rock juga orangnya).
 
Saya ni sebenarnya, kalau mak saya bercakap, macam malas aja nak layan. Kalau dia bergossip fasal orang kg., saya malas aja nak dengar....saya tak layan...
 
Tapi saya lebih macam provider. Bagi duit, belikan barang, kalau sakit, belikan ubat...macam ayah yang garang kan...
 
Tapi saya kurang layan kalau dia risau...sedih....gelisah...kalau dia kata dia risau, saya kata aja "mak tak payah la fikir sangat"...isk...kejam kan?
 
Saya tahu, dia risau banyak tentang cucu-cucu dia....tapi cucu-cucu dia ingat tak dekat dia?...heeee....ingat kut...doakan opah sihat ye, doakan opah panjang umur dan sila luangkan masa melawat opah sementara opah masih hidup ni.
 
Saya tahu, bila dia risau-risau tu, dan mengadu...saya terus tepis aja soalan tu...macam malas nak jawab. Ibu selalunya lebih selesa denga anak perempuan kan? Tapi tak pe, kakak-kakak saya ada...kakak-kakak saya memang baik-baik....
 
Hmmmm...semoga saya boleh jadi lebih baik...sedih pulak bila ingat balik
 
So...balik semula dengan azam saya tu, saya rasa saya nak jadi lebih baik untuk mak saya...sebab agama saya menuntut saya berbuat demikian, juga kerana saya rasa itu akan membuat mak saya lebih gembira, dan ianya akan membuat saya lebih gembira juga...semoga ada rezeki saya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk emak saya . Aaamiiin






No comments:

Post a Comment