Thursday, March 27, 2014

Takdir

Hari ini, saya dapat berita yang Ali Mamak telah meninggal dunia, Al Fatihah.

Semalam, saya dikejutkan dengan berita yang Gwyneth Paltrow mahu bercerai dengan suaminya, Chris Martin.

Semalam juga birthday hubby, tiada sambutan, tiada hadiah, hanya ucapan dan doa sahaja. Tapi saya bercadang nak belanja hubby makan nanti, kat tempat yang kami tak penah pegi ni...kalau jadi, nanti saya cerita ye.

Dan pastinya hari-hari kita dipenuhi dengan berita mengenai MH 370.

Pada 8 Mac 2014, hari Sabtu pagi, suami saya telah menghantar saya untuk menghadiri kursus di Hotel Concorde Shah Alam. Waktu itu, hari sangat berjerebu, dan suasana itu membuatkan hati menjadi sedikit sedih...

Saya mula mula mendapat berita kehilangan MH 370 di dalam kumpulan wassup sekolah lama saya. Oleh kerana kami sedang berkursus, kami berpeluang untuk berkongsi maklumat mengenai kehilangan kapal terbang ini bersama-sama. Mula-mula, kita orang relax aja....tapi bila sampai tengahari tak jumpa, kami mula risau.

Dari risau, kita orang jadi sedih apabila sewaktu kami semua berkumpul di surau untuk solat zohor, salah seorang kawan telah memberitahu yang seorang officer dari MITI, yang sering bekerjasama dengan kami semua, yang telah menangguhkan pemergian ke China sejak awal tahun lagi, adalah salah seorang penumpang di dalam penerbanga MH370. Sedihnya.

Pada lewat tengahari, sewaktu membuat kerja berpasukan, kami telah diberitahu yang a friend of our friend ada di dalam kapalterbang tersebut.

We may not know them, tapi kami tetap berkongsi kegelisahan keluarga semua mangsa yang terlibat. What if part of our family member or friends are in the plane?

Bila balik ke rumah, hubby pun tanya, "Cikbib tau tak ada kapalterbang yang hilang tu?"

Hubby saya ni tahu yang saya ni kerap lost, selalu tidak mengikuti perkembangan zaman sikit...

Tapi saya bagi tahu dia yang saya tahu, group wassup saya yang bagi tahu.

Selepas itu...kehidupan kita seakan-akan berubah kan? Kita semua jadi lebih alert dengan updates dan turut bersama berdoa apabila doa dibacakan di dalam radio.

Macam bila Imran ditimpa kemalangan dahulu, saya ingat lagi bagaimana setiap kali saya bangun pagi, perkara pertama yang saya ingat adalah Imran. Is he okay? Is the mother okay?  Lepas tu saya terus tukar arah, terus berdoa yang Imran akan sembuh, he will recover, he will be able to see again...perkara itu sentiasa bermain di fikiran.

Macam itulah agakanya ahli keluarga pesawat, ibu-ibu yang anak mereka ada di dalam kapalterbang tersebut...seorang bapa/suami di mana anak perempuan dan isterinya ada di pesawat tersebut. Infact, mungkin lebih daripada itu

HELPLESS.

Itulah perkataan nya.

We wish that we could do something, but we just can't. It is just beyond us. What we have is only hope, and prayer....

Kadang-kadang tu, rasa macam if only we could turn back time and do something about it while we can...but we cannot, we just cannot....we just have to accept fate. Allah ada perancangannya sendiri...

Tapi alhamdulillah, kita dilahirkan dengan iman, yakin kepada qada' dan qadar Allah. Jika tidak di datangkan cabaran, mungkin kita tidak berpeluang untuk menguji keimanan kita, menguji keyakinan kita dengan takdir Allah.

Hmmm...panjangnya saya pot pet....itu ajalah dulu...

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi semua cabaran di dunia ini.

Saya berdoa semoga Allah kembalikan penghlihatan mata Imran. Kurniakan yang terbaik buat Imran Ya Allah...Aaamiiin






No comments:

Post a Comment