Friday, February 28, 2014

Lie

Saya ada seorang kawan ni.
 
Dia adalah seorang yang tersangat gempaq dan kelakar. Kalau bersembang dengan beliau, mesti asyik gelak sampai sakit perut.
 
Tapi di pejabat, dia adalah ketua di Bhg H R, yang berkenaan disiplin lagi.
 
Hari ini, beliau terpaksa memberhentikan kerja seorang pegawai kerana masalah disiplin. Seorang pegawai telah menipu tarikh kematian neneknya demi untuk mendapat cuti extra 3 hari. Walau bagaimanapun, apabila diperiksa, didapati bahawa nenek tersebut sebenarnya telah meninggal dunia 5 tahun lepas.
 
Kawan saya terpaksa memberhentikan pegawai yang menipu itu kerana di tempat mereka bekerja, intergriti adalah sangat penting.
 
Ternganga saya mendengar cerita ini.
 
Bagi sesetengah orang, perkara ini adalah "nothing". Tipu MC, tipu kematian...semuanya adalah untuk survival, dan term yang selalu digunakan adalah, "pandai-pandailah nak hidup".
 
Bila cerita ini dibangkitkan, ada pulak beberapa kawan lain yang mahu berkongsi pengalaman.
 
Ada cerita tentang seorang pegawai yang gajinya tak la banyak sangat, tapi ada bag LV 2-3 bijik. Kawan saya yang boss pegawai ini pulak terbeliak teringin nak bag LV dan tak mampu nak beli banyak tu. Tengok-tengok akhirnya bila tak boleh nak pusing duit lagi, they started the creative way to pusing duit pejabat pulak...akhirnya, tertangkap....
 
Yang selalu terlibat adalah yang lebih mudalah kut. Mungkin mereka ini adalah dari keluarga senang, dan sudah exposed dengan barangan mewah di daripada ibu dan bapa mereka. Bila kerja, mesti mereka ingat mereka terus aja mampu, tapi rupa-rupanya, kehidupan bukan lah sesimple itu...you may not get what you want...
 
Saya doakan para pembaca, lebih lebih lagi anak-anak sedara saya, sentiasa di tunjukkan Allah jalan yang benar. Kurniakanlah kami rezeki yang baik Ya allah. Aaaamiiin.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Update from Imran's Mother :
 
"Before the operation, the doctors assumed that right eye is better than the left eye, but after the operation, the found out that left eye's retina looks better, without any hole or tear.
 
They will continue to monitor and if necessary, there will be another operation to insert artificial lense so that the eye can focus and become more stable."
 
Berita itu memberikan harapan sebenarnya.
 
Ya allah. kembalikankan cahaya penglihatan buat Imran. Semoga Imran dapat membesar sempurna seperti kanan-kanak lain. Aaaamiin.



Thursday, February 27, 2014

Menerima Seadanya.

Mari bercakap fasal suami...isteri.

 
Sebab saya seorang isteri, mungkin saya biased sikit lah kan...heee...

 
Semua orang mahukan suami yang sempurna kan? Kita nak suami yang soleh, romantik, handsome, rajin membantu, memahami kita, ambil berat tentang keluarga, berpendapatan mencukupi...semua yang baik-baiklah.

 
Tapi siapa yang boleh dapat semua yang macam tu? Ada ke?

 
Semua orang ada masalah kan?. Saya suka fokus dengan apa yang saya ada, dan cuba bersyukur, dan cuba berbahagia dengan apa yang allah sudah berikan kepada saya

 
What if you have suami yang pemalas? Hmmm...kita yang pilih sendiri tau suami ni. Adakah sebab dia pemalas kita nak ceraikan dia? Itu satu, kalau kita bercerai, ada can tak kita jumpa suami baru? miahahaahhhha.....

 
What if suami kita tak solat? Haaa...kalau dulu, saya cuma fikir, pasti akan aku ceraikan aja suami saya nih. Tapi saya baru tahu yang sepatutnya saya perlu bersabar, pujuk dia solat...itu adalah cabaran buat kita...bukan ceraikan dia.

 
What if suami kita tak de pendapatan? Yang ni, kalau kita kaya, tak pe lah, tapi kalau dua-dua tak de pendapatan, masak jadinya.

 
What if suami jenis yang asyik marah aja?..Haa...alhamdulillah suami saya tak macam ni...Allah tahu saya tak mampu nak handle yang nih...kalu dapat kalu, habis meletup rumah, kereta semua.

 
Bottom line is that...kat dunia ni ada macam-macam jenis orang, dan macam-macam jenis masalah. Ada macam-macam jenis isteri dan macam-macam jenis suami. Sekiranya ada masalah dengan pasangan, bawa berbincang untuk settlekan masalah. Cari tempat di mana kita boleh compromise...

 
Kalau tak boleh compromise langsung...haaa...barulah cari jalan penyelesaian yang lain.

 
Semoga kita semua boleh bertenang bila menghadapi cabaran. Kita tidak boleh mengubah manusia lain...tapi kita boleh mengubah diri sendiri untuk adapt...sampai ke tahap yang kita mampu. Tunjukkan kami jalan yang terbaik Ya allah...aamiiin

 
--------------------------------------------------------

Yang Allah, Kembalikanlah sinar pandangan buat Imran, sihatkanlah mata Imran dan sembuhkanlah mata Imran. Aaaamiin




Wednesday, February 26, 2014

Untuk Difikirkan...

Baru-baru ni saya ada jumpa satu syarikat ni...
 
The co. is about to open up another co. to produce a different type of product, i.e. petroleum product. Tetapi, mereka memang sudah ada syarikat yang mengeluarkan cosmetics product...and they plan to have additional products soon.
 
After the meeting finished, we started to ask questions on cosmetics products lah. Tokeh co. ni adalah seorang reseacher, Malaysian, but based in Tokyo. He has a RD co. and has got PHD in...engineering field la plak...he he he...
 
Anyway, among the questions we asked (yang den ingat lah ye)
 
i) Is the product T A B I T H A okay?
 
he said, the product contains mercury, and is even more dangerous than hidroquinone. Impaknya adalah untk jangka panjang...sekarang mungkin tak rasa lagi...
 
ii) What do you think of B O T O X?
 
Menurut dr ni, benda ni sepatutnya haram...kita orang tanya, bukan ada yang halal ke? Dia kata sepatutnya   B O T O X ni di buat dengan satu bahan aktif yang di produce oleh sumber yang haram...soooo...kami nganga ajalaaaa
 
iii) Suntikan vitamin C pulak?
 
Dia kata...memang boleh cantik, tapi kalau vitamin C disuntik terlampau byk, dan organ badan kita iaitu buah pinggang terpaksa bekerja lebih kuat untuk kumuh keluar vitamin C yang berlebihan tu...so, dalam jangka masa panjang, buah pinggang mungkin effected.
 
iv) Dia ada proposed satu product yang kelakar iaitu satu semburan yang boleh mengembalikan keremajaan dalam masa 6 minit....dia suruh saya try...tapi saya skeptical, saya kata "takut nanti hubby tak kenal pulak"
 
...heeee....sebenarnya saya nak tanya camni "awat hang tak pakai dulu bagi muka hang nampak lebih muda, barulah convincing"...tapi takut kejam pulak.
 
Teringat pulak satu peristiwa ini di mana saya telah mingle lah dengan 4-5 orang pegawai dari kedutaan Ghana baru-baru ni. Sekali tu, seorang kawan pun datang dan tegur orang-orang Ghana ni...dia sembang-sembang juga. Dah lamaa tu, tiba-tiba baru kawan saya ni perasan saya...Dia kata "Eh, you ke Bib? I ingat you orang Ghana tadi"
 
Saya pun " mentang-mentang la aku tak putih macam dia...ni yang nak pakai pemutih nih"...heeee. Jangan risau sebab saya tahu secara naturalnya saya memang tidaklah cerah sangat...saya menerima diri ini seadanya.
 
 
 
 
 

Kadang-kadang Bila Penat...

Semalam, saya terpaksa stay back sampai Maghrib untuk menyiapkan kerja...

Sampai rumah, saya memang rasa penat...tapi sempat tengok Suits di DIVA, Astro. Lepas tu mandi, solat, makan sup ayam semalam dan tengok Meletop...sempat habis tengok Meletop..kira okaylah tu...tapi lepas tu, pengsan depan tv.

Hari ni pun, rasa maca penat sikit..kenapa ye? Ada pertukaran hormon kut.

Dan hari ini, semua orang terlompat-lompat...macam-macam perkara berlaku...CEO nak itu, CEO nak ini...semoga dipermudahkan semua urusan kami Ya Allah. Aamiin.

Saya telah mengambil nafas yang dalam...dan hembus untuk bertenang...he he he

Mungkin saya penat sebab minggu lepas saya sempat buat satu sessi aja ER. Mungkin juga sebab cuaca panas...saya memang penat sikit

Tengah tengah buat request CEO ni, ada pulak enquiry datang...bertenang...jawab dulu....heee...colleague yang jawab sebenarnya

Bila sambung kerja, teringat pula fasal satu perkaran urgent yang pending...satt....buat satt....

Macam menipu aja saya kan? Tapi itulah kenyataannya bila hari sibuk. Walaupun dalam fikiran ada seribu satu benda yang mahu di buat, tapi kita tetap hanya ada dua tangan, dua kaki, satu mulut, satu hidung dan sepasang telinga. Jadiii, sila bertenang and just give your best.

Bila keadaan macam ini, saya memang look forward for the coming weekend...nak tidooo

Monday, February 24, 2014

24 Feb 2014 : Apa yang berlaku hari ni?

Saya tengah tengok "Projek Memikat Suami Ni"....macam tumpang gembira bila tengok orang lain bahagia...he he he.

Ada announcement hari ini yang Selangor akan melakukan catuan air...Ya Allah, turunkanlah hujan...semoga keadaan akan menjadi bertambah baik, insyaa allah.

Lagi?...Saya baru masak sup ayam...walaupun sudah dinner di Restoran Pelita Plaza Masallam tadi. Sebab? Apa lagi, ada request la...

Saya baca Beautifulnara, cerita fasal Liza Abdullah bercerai...saya ingat lagi waktu dia kahwin dengan hubby dia dulu...ntah tahun bila ntah...tapi ingat lah sebab dia kahwin dengan pegawai bank kan...tup tup...cerai....moga mereka tabah menghadapi cabaran hidup.

Che Ta pulak telah menghantar bday wish yang berbunga untuk hubby dia....hmmm. Bday saya dah dekat tau, dan saya tak pernah pun dapat birthday gift dari hubby. Kalau saya letak bday present apa yang saya nak di blog niii...Tok Bomo baca tak ye? 

Kalu baca kalu...saya nak jam tangan boleh tak? 

Saya segan aja nak minta sebenarnya sebab saya pun tak pernah bagi hubby bday present...hiksss...saya bagi kasih sayang aja (alagasan...seperti biasa).

But I need a watch laa....seriously.

Tapi bday hubby pun dah dekat....kena bagi somethin kan? Ye lah, what you give, you get back kan? Tapi hubby dah ada jam Seiko yang beli kat Tokyo dulu...takkan nak jam lagi kut...jangan membazirrrrr...

And sekarang tok bomoh tengah pening kepala sebab saya tengah dengar lagu-lagu lama dari Anne Murray dan Air Supply...bukan setakat dengar, terjerit-jerit sama....lagu-lagu ini mengingatkan saya dengan zaman remaja...hiksss

Hmmmm....lagi? I have a lot in my mind actually, keluarkan sikit-sikit...

Okaylah...di sini dulu...jumpa lagi esok, insya allah.


Sunday, February 23, 2014

Ahad, 23 Feb

Saja lah nak letak aktiviti hari ini...

Hari ni sangat panas...rasa tak sanggup nak keluar rumah. Sekali tu, bila saya mengintai ke luar, saya nampak kawan lama saya ni datang...haaaa....tengok gambar..






Encik tupai....dia ni pernah sekali tu siap masuk dalam rumah...ingat kan cik T lagi satu. Punye la panik...rupanya Cik Tupai. Dah jadi macam kawan pulak

Dia perasan saya tangkap gambar...siap posing. Saya tengok dari jauh berani la, tapi kalau dekat, haih...gelik. Depa ni just like the other Cik T, except for the longer tail.

Lepas tu, hubby insist kami keluar sebab memang dah lama tak keluar. Sooo, let's keluar. Hubby decided to go to seksyen 7 yang berdekatan dengan Jackel tu. Kami memang jarang pergi makan di situ. Kami round 2 kali kut when hubby finally decided to go to Malaya Kopitiam.

Okay...kami order....

hubby punye...nasi goreng. Nasi gorengnya not bad, tapi ayam dan telur tu tak berusik...tak larat pun

Photos from Auto Backup
Saya punye...diet apa ni kan? Tak pe...enjoyyy....ini namanya roti John Kg Bharu kut

air....hubby order teh tarik...saya order air suam. Teh tarik tu setakat okay aja...kurang kow

Lepas tu, kami pergi Jackel...beli kain...hmmmmm


Ada hasil tau......

Esok keje....have a productive week ahead everyone
Photos from Auto Backup

Weekend Saya, 22 dan 23 Feb

Semalam, hari Sabtu.

Jumaat malam Sabtu tu, saya pergi attend dinner di Berjaya Hotel, jadi saya balik lewat sikit, sampai rumah dalam jam 11.30 malam kut.

Minggu lepas adalah minggu yang memenatkan...jadiii, saya memang sangat looked forward untuk bercuti weekend ni. Walau bagaimanapun, bangun aja pagi semalam, saya rasa macam penattttt...hubby pun mengaku penat juga...so...yesterday was a penat day.

Kami sepatutnya pergi melawat Imran lebih kurang dalam jam 10.30 pagi...tapi tengok-tengok Imran dah keluar pulak....soooo....plan sudah tukar.

Saya mula-mula tengok handphone, lepas tu main candy crush...he he he...saya basuh kain...banyak sikit ye sebab minggu lepas tak sempat basuh kain. Lepas basuh kain saya pergi bancuh tepung untuk buat cucur ikan bilis.

Lepas tu, saya g mandi, baca yassin sikit (saya terlampau busy last week, tak sempat pun nak baca quran ke apa). Lepas tu, bangunkan suami. Haaaa....gambar cucur akan bilis adalah seperti di bawah...


Lepas tu saya tu saya turun bawah, goreng cucur....breakfast dan lepak. Lepas tu, hubby request minta saya masak gulai ketam...soooo....tadaaaa


Kami pun makan tengahari dalam jam 3.45 petang, heeee

Lepas makan, dua-dua ngantuk...haaaa....terus lena. Langsung tak jadi keluar petangnya.

Malam pun, kami tengok tv aja, dan main candy crush. 

Hari ini, dah hari Ahad...kami tak keluar pun ke mana-mana...tak menarik langsung hidup kami ni kan?

Tapi saya tetap suka cuti sebab saya sempat mengaji sikit, dan buat solat sunat sikit...hari hari biasa, saya buat yang wajib aja...mengaji pun waktu saya drive atau break, saya mengaji quran kat laptop aja.

Okaylah guys...enjoy your weekend



Saturday, February 22, 2014

Imran : after the operation

Saja nak share gambar Imran selepas pembedahan Khamis lepas. 

According to his mum, Imran behaved...tak de la buat perangai sangat, alhamdulillah.

Doctor cakap : From Dr Choo n Dr Karuna : Untuk left eye ye : Mula mula diaorang suspect 

ada retina detachment, but alhamdulillah, retina mata dia ok...cuma dorg remove blood n 

gel mata, also dia orang buang lense mata dia sebab da ade kataraks...so tak payah nak 

operate lagi next time. Tapi, saya tengok mata Imran macam ada cermin lutsinar kat dalam 

mata...tatau acik boleh imagine ke tak...maybe sebab da remove lense...tapi doc cakap tak 

pe tak de lense...yang penting retina dia ok

dr cakap nerve pun ok tadi kalau tak silap...compare dgn mata kanan, ada hole kat retina, 

kesan trauma jatuh buai tu






Setengok kaki Imran yang bulat tuh...he's a happy kid...semoga keceriaan itu akan membantu mata Imran untuk sembuh dan melihat semula...insyaa allah. Maqbulkan doakan kami Ya Allah

Thursday, February 20, 2014

Imran's 2nd Operation

Hari ini Imran akan di bedah sekali lagi.

Kita doakan semoga semuanya selamat, semua urusan dipermudahkan dan insyaa allah, akan ada perubahan positif dengan mata Imran. Aamiin

Tuesday, February 18, 2014

Hari ini...18 Feb 2014

Hari ini, Erra Fazira bercerai...saya tumpang sedih...

Hari ini, saya telah diarahkan buat satu kerja yang susah....yang menyedihkan...tapi saya dah buatpun dengan jayanya

Hari ini...saya telah baca satu blog tu, yup, seorang blogger ini telah masuk surat khabar. Fokus ceritanya adalah tentang blognya.

Saya pulak, macam teringin pulak nak promote blog saya nih...heeee, macam teringin nak diinterview fasal blog saya nih....tapi tak la kut sebab saya tahu lah blog saya ni kurang tarikan...follower pun hanya 40, infact ceritanya pun asyik sedih aja lately...heee

Lagi pun, saya kan pemalu.

Tapikan, tiba-tiba, saya masuk paper hari ni...walaupun nama saya tak keluar langsung...he he he




Jadilah kan...masuk paper jugak laa....he he he


Thursday, February 13, 2014

Hari Diet ke 3 - Semalam, 12 Feb 2014

Heee...sementara saya masih tidak bosan kan, marilah dengar update hari ke 3 diet saya.
 
Semalam, sampai ofis awal, baca quran sikit (amalan yang dicadangkan untuk dimakrifatkan untuk Imran, sapa nak tolong baca, boleh baca surah al-qalam, dan lebih fokus kat ayat 5), doa sikit...terusssssss kerja tak berhenti...aduh.
 
Tapi, waktu mula duduk dengan satu colleague tu, saya tanya dia "dah breakfast ke belum?"
 
Dia kata "belum".
 
Saya pun suruh la PA Division tolong order air dengan roti bakar. Tapi saya telah makan 1/4 daripada dua set roti bakar tuh.
 
Tiba-tiba juga, ada orang bagi mihun. Surprisingly, saya tak makan pung...heh...terkejut dengan diri sendiri.
 
Kami terus bekerjaa...tapi waktu lunch saya suruh la budak-budak ni pergi makan. Saya rasa macam nak tidur, tapi macam tak sempat...tiba-tiba nampak bihun goreng yang tadi tu masih ada lagi...huh, apa lagi, makan lah...he he he...iman kulit bawang betulll.
 
Saya tinggal seorang sekarang ni. Boss dengan seorang DD dan seorang officer pergi Penang. Seorang DD dengan seorang officer dan 3 supporting staff pergi Berjaya, ada programme 2 minggu. Kat office, saya lah DD nya cum boss dengan dua orang officers dan PA.
 
Kami ni lah yang tengah melompat buat kerja...semoga Allah permudahkan semua urusan kami, dan semoga semuanya akan berakhir dengan baik.
 
Ehh...sambung cerita semalam tuh...yup, habis kerja dalam 6.30 petang. Sebab waktu Maghrib lambat sikit sekarang ini, saya pun tetaplah balik terus ke rumah. Sampai Shah Alam, tengok-tengok minyak kena isi...saya pun pergi isi minyak dan beli roti Gardenia.
 
Sampai rumah dalam jam 7.50 malam, tengok-tengok, berlambak missed calls...itu boleh tunggu, saya pergi solat dulu.
 
Lepas solat, saya call lah number missing calls tu, tak jawab pulak.
 
Saya terus buat ER...tapi saya letak HP dekat dengan saya. So...bila ada call, saya terus jawablah.
 
Sebenarnya breathless nak bercakap atas treadmill nih...heee....first time buat...sebab tahu ofis Terengganu memang akan call.
 
Lepas tuh...terbaca pulak wassup sedih nih...huh...rasa nak jawab terus, tapi tak boleh hilang momentum...sambil berjalan, saya terus doa "Ya Allah, bagi lah aku idea untuk menulis sesuatu yang boleh memujuk hati penghantar wassup sedih tuh"...
 
Habis ER, saya duduk relax kejap sambil jawab azan Isyak...lepas tu, saya jawab wassup sedih tu.
 
Untuk pengirim tu..I know you know who you are and I wish I could write better to calm you, to cheer you up. In fact I wish I could do more than just giving you my word of advice/support. I wish I could go to your place and give you some helping hand...
 
But even if I could not do that, I want you to know that my prayer is always with you..everyday, everytime I remember...
 
Jom sambung cerita saya balik...hiks....lepas ER, saya mandi, solat dan makan roti cicah kuah kari semalam.
 
Lepas tu, ingat nak tengok tv, tapi tak sedar pun mata dah lelap dan hanya bangun esok paginya. Hiks...dan bila saya tengok handphones (ada dua handphones kan)....ada missed calls lagik....
________________________________________________________________________________
 
Ya Allah, aku memohon semoga Imran tenang dan kuat untuk menjalani pembedahan kali ke 2 pada 20 haribulan nanti. Aku memohon semoga pembedahan ini berjaya dan akan memberikan hasil yang positif buat mata Imran. Kembalikanlah cahaya penglihatan buat Imran Ya Allah.
 
Aku juga memohon kemudahan dalam menjaga Imran, Iman dan Irfan. Engkau permudahkanlah urusan ibubapa Imran. Semoga engkau kurniakan kasih sayang, kesabaran dan ketenangan kepada mereka. Aamiin Ya Allah, Aamin Ya Rahman, Aamiin Ya Rahim.


Wednesday, February 12, 2014

Hari ke 2 Diet

Semalam saya ada one day Session with M O F A & J I C A di Marriot Putrajaya.
 
One daya session mesti lah ada morning tea break, lunch dan afternoon tea break kan?
 
Dannn, saya tengah diet nih? heh heh heh.
 
Tapi saya okay aja, saya dah banyak kali diet dan gagal kan?...so...bertenang lah. Diet saya ni adalah jangka panjang dan tidak stress...
 
Jadik...waktu morning break tuh, saya amik dua ketul ketam sumbat tuh, sesudu mee goreng mamak dan amik juga croissant dengan tuna tuh. (kalau hari tak diet, saya akan amik sepinggan mee ye...itu lah bezanya).
 
 
Waktu lunch saya amik sup tomyam, tapi saya juga telah amik pasta....tapi mata melilau kan waktu amik pasta tuh dan chef tu terletak banyak..heh...macam "ehhh banyaknya" tapi at the same time macam "alhamdulillah banyak, boleh makan"...heeeee
 
Waktu afternoon break, saya amik dua ketul drummets...itu aja...
 
Balik rumah, suami telah interview saya makan apa...saya ceritalah apa yang saya makan. Tapi saya tak amik nasik pun kan? Hubby bertenang aja...iyelah, kat hotel kan, mestilah temtation tu agak lebih...
 
Anyway, sampai rumah, saya tertidur. Bila bangun, saya masak kari ikan untuk suami. Suami saya kata, kari saya sudah improve...alhamdulillah.
 
Okay lah...perjuangan untuk hari ini pulak...semoga saya tidak makan banyak.
 
Satu lagii...saya tengah sibuk buat preparation untuk aktiviti "Turun Padang" dengan Minister. Semoga allah permudahkan semua urusan saya...aamiiin.

Monday, February 10, 2014

Hari Pertama Diet

Dah pukul 11 malam...dan sesungguhnya saya teringin sangat nak makan maggi goreng kari original letak telur....tapi hubby tak bagi.

Hari ini, saya makan banyak juga sebenarnya, tapi sebab biasanya saya makan lagiiiiiiiii banyak, hari ini saya rasakan macam saya makan sikit sangatlah.

Pagi tadi saya makan semekut cicah air milo.

Tengahari, saya makan sardine puff dan chicken+mushroom pie...

malam, saya makan nasi hubby sebanyak 5 sudu dan rojak juga.

Balik dari dinner, saya ER 30 minit.

Lepas tu, saya tengok "projek memikat suami"

Sekarang...saya tengah update blog and wishing that I could eat maggi.

Helppppp! 

Sunday, February 9, 2014

Bila CEO bersara

Saya nak tulis lah fasal tempat kerja sikit...

Mula-mula nak tunjuk gambar ni...


Haaa...dalam gambar ni adalah ex CEO organisasi tempat saya bekerja. Jumaat lepas adalah hari terakhir dia bekerja...mulai esok, dia akan bersara.

Sebelum ni saya tak de lah sedih sangat bila CEO saya bersara (kecuali waktu Dato' Wahab bersara).  Tapi untuk CEO yang dalam gambar ini, memanglah saya sedih sikit (sedih banyak kut).

Sebab apa saya suka ex-CEO ni? 

Sebab dia bijak, tapi sangat berperikemanusiaan...very practical, realistic, berani, baik...semoga saya boleh jadi macam dia lah satu hari nanti...

Esok, kami akan mula bekerja dengan CEO baru...tidak dinafikan ada sedikit kerisauan di hati ini, tapiii...saya perlu menghantar aura positiflah kepada ketua saya kan. Semoga CEO baru ini akan menjalankan tugas sebaik ex-CEO saya...malah lebih baik lagi, insyaa allah.

Okayyy...esok kena keje balik...gnite every body

Kena Diet Ni

Semalam, kakak hubby, suami kakak hubby dan sebahagian daripada anak-anak mereka datang...

Tiba-tiba saya nampak biras saya tu, sudah loose weight. Saya pun tegurlah (benda positif kan, tak pe tegur)..saya kata "ehhh, abang Asmad dah kurus lah"

Kakak ipar saya terus jawabkan "Dia dah tak makan nasi selama 3 bulan".

Abang Asmad pulak jawab, "dah gemuk sangat dulu, sampai jari jari dah tak sampai nak buat circle dekat pergelangan tangan tuh".

Makkkk....saya pun macam tu...jari-jari saya memang tidak sampai bila nak belit saya punya pergelangan tangan tuh...sedihnya.

Mmmm.....saya pun berbincangan dengan hubby. Hubby memang suruh saya kurangkan makan dan teruskan ER. Mungkin tak drastik kut, tapi memang kena kurangkan.

Hubby kata, kalau pergi makan kedai, saya makan aja dia punye portion...dua tiga sudu...tapi jangan ambil satu meal sendiri...less carbo...adoiiii

Well...saya takut nak mention azam ke atau apa-apa kat sini...tapi I plan to do that lah...tolong doakan semoga success ye, insyaa allah.

Minggu ni saya hanya sempat buat dua session of ER. Semalam pergi Tasik Shah Alam dengan hubby, hari ini saya buat di rumah, on my treadmill.

Saya nak tunjuk lah mesin treadmill saya...boleh?


Haaa...yang atas ni adalah bacaan di monitor selepas saya sempurnakan session saya. Yang tengah tu , masa, saya buat session selama 36.55 minit. yang 4 tu, sebenarnya adalah 3.4 km, jarak yang telah saya buat......lampu untuk 3 km dah rosak pulak. Yang 103 tu, jumlah calorie burned...saya macam rasa jumlah calorie burned tu macam kurang sikit daripada mesin-mesin lain...

Anyway, saya cuma buat target 30 minit satu session...and usually, within that period, I can walk for 3 kms and burn approximately 91 calorie...heee. Sekarang ni, speed yang saya gunakan adalah agak kurang, less than 5.5 km/hour. Dulu-dulu saya buat sampai 6.2km/hour...too much for me lah...boleh sakit pinggang.


Ini gambar treadmill saya, saya letak di ruang atas, depan semua bilik tu. Itu kasut saya....dan selalunya mesti ada botol air untuk saya minum...heee

Okaylah...di sini dulu...

_______________________________________________________________________

Buat Imran

Ya Allah, semoga pembedahan Imran pada 20 haribulan nanti akan dipermudahkan. Semoga dengan izinmu, mata Imran akan sembuh, sihat dan dapat melihat semula. Semuanya akan terjadi sekiranya engkau mengizinkan Ya Allah. Maka, maqbulkanlah doa-doa kami. Aamiin.

Wednesday, February 5, 2014

Mari Mengenal Diri Sendiri

Assalamualaikum.
 
Boss saya pernah beberapa kali bekata "Aku tak peduli apa yang orang lain kata kat aku, sebab aku tahu diri aku, aku kenal diri aku".
 
Haaa....tapi kalau hal yang ni saya memang respect lah boss saya sebab sesungguhnya dia memang menghadapi cabaran yang agak hebat bila banyak soalan datang apabila dia cuba memperkenalkan idea baru...termasuklah soalan soalan berani mati daripada saya.
 
Tapi memang betul, walaupun dengan cara yang "mild", Boss saya memang istiqamah dengan pendiriannya dan sekarang, walaupun tidak 100%, "management" mula menerima idea-idea yang telah di usulkan oleh boss saya ni.
 
Macam mana kita boleh mengenal diri sendiri ye? Atau soalannya adalah, bolehkah anda mengenal diri anda sendiri? Ataupun soalan yang sepatutnya adalah "Cikbib kenai ka diri Cikbib tuu?"...haaa
 
Saya cuba men "google" mengenai topik "mengenali diri sendiri" ni...tapi tak de yang menarik.
 
Saya cuba men "google" dalam bahasa Inggeris pula...yup, guna "get to know yourself better".
 
Hmm...saya suka pendapat yang mengatakan sekiranya anda menyimpan "journal" mengenai diri anda, anda akan lebih berpeluang mengenal diri anda sendiri.
 
Blog ini boleh di considerkan sebagai journal diri saya jugakkan? Yup...saya tahu apa yang saya suka, yang saya sayang, kekuatan diri saya, kelemahan diri saya...dan yang paling penting, saya sensitif dengan response orang ramai kepada tindakan/kata-kata saya. Yup, sensitiviti ini membolehkan saya memperbaiki keadaan sekiranya saya melakukan kesalahan.
 
Saya juga cuba belajar daripada pengalaman. Saya cuba tidak melakukan apa yang saya tidak suka orang lakukan kepada saya.
 
Saya juga ada orang yang sering saya rujuk yang sering memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Saya ada Tok Bomoh juga adik beradik serta kawan-kawan. In fact semalam seorang kawan lama telah menghantar message via wassup mengenai sesuatu yang dia rasa saya telah overlooked di blog ini...Terima kasih Atim....Dan pastinya saya ada ramai kawan lain/kakak/sedara mara...tempat mengadu, tempat berkongsi masalah.
 
Conclusion : Anda tidak akan mengenal diri anda sendiri sekiranya anda tidak sensitif dengan respons yang anda dapat daripada setiap apa yang anda lakukan/katakan. Jangan ingat anda sentiasa betul. Amalkan sikap rendah diri dan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri anda...
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Baru-baru ini, seorang kawan saya (seorang doktor) telah pergi mengerjakan umrah. Saya juga telah memesan kepada beliau untuk mendoakan semoga mata Imran akan sembuh dan boleh melihat semula. Kawan saya ini juga banyak memberi kata-kata positive supaya saya tidak putus asa dan terus berdoa untuk Imran.
 
The only thing is that, I did not know that my friend has also got a daughter who is "special". She never mentioned it.
 
Hmmm...semua orang ada cabaran yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tapi saya dapat lihat yang kawan saya ini tabah, maklumlah, umur anaknya sudah remaja. Dengan izin Allah juga, kawan saya ini dapat saya lihat yang rezekinya melimpah ruah...alhamdulillah.
 
Tapi buat Imran, saya akan teruskan berdoa, semoga Allah maqbulkan doa kami.
 
Ya Allah, sembuhkanlah mata Imran, sihatkanlah mata Imran dan kembalikanlah pandangan mata Imran. Ya Allah, permudahkanlah urusan ibubapa Imran dalam menguruskan Imran, Iman dan Irfan.
Aamiin.





Monday, February 3, 2014

Opah turned 80

I have had a busy long weekend! 

Saya sangat sibuk dengan re-union sekolah lama saya on Friday and Saturday, went back to Chemor on Sunday and came back to Shah Alam this afternoon...

Sekarang, saya sedang selsema...terasa agak lomah la pulak.

Anyway, mari cerita fasal sambutan birthday emak saya ye....yang amatlah simple nya.

Kakak saya Mekyah dan saya bertolak dari Shah Alam pada hari Ahad, jam 11.00 pagi. Kami sampai Chemor dalam jam 3.15 petang sebab ada singgah makan tengahari kat Ipoh. 

Sampai aja di kampung, kami pun solat, lepas tu saya tidur sebab saya memang selsema dan rasa tak larat...tapiii, mekyah dan opah ada sesi tutorial. Yup, emak saya dapat hadiah ipad, ha ha ha....kena lah ajar dia guna ipad tuh...semoga dimudahkan proses emak saya untuk belajar cara menggunakan ipada tuh.

tengok gambar kat atas tuh, heee, naik stress emak saya belajar guna ipad tuh

Kami tak de jamuan besar besaran pun. Tapi Amalena telah belikan cupcakes untuk opah..


Haaa...there were six pieces, but since we brought it all the way from Shah Alam, adalah sedikit masalah comot comot tuh kan


petangnya, kakak datang bawa mee goreng mamak yang di beli di kedai Mamak yang terletak di stesen keretapi Tanjung Rambutan...kami memang suka mee goreng ni. 

Beli tiga bungkus, kongsi makan 7 orang...haaaa....berkatkan, langsung rasa kenyang sangat 

Haaa...gambar di dapur kampung kami...he he he

menu....mee goreng, karipap segera crocodile river mari, cupcakes, limau mandarin dan buah rambutan...heee

Haaa...ada orang kirim kad ini juga

It was short, sweet and simple ceremony. 

Sebenarnya emak saya mungkin tidak ingatpun tarikh hari jadi dia, tapi yang sebenarnya, kami adik beradik yang nak simpan hari itu dalam ingatan kami. Hakikatnya, mungkin tidak banyak lagi harijadi emak yang dapat kami sambut bersama...jadiii...kami cuba capture seberapa banyak yang kami boleh...sementara ada masa...

Ibu mertua saya juga menyambut hari jadinya yang ke 78. 

Doa saya semoga emak/opah serta ibu mertua saya dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat.

Buat Ina, if you are reading this, opah jawab waalaikumussalam. Opah kata "ingat juga Ina kat Opah, alhamdulillah"

Buat Pijah juga " thank you!!"

Buat Malena "thank you for the cake".

Buat yang lain yang sentiasa mendoakan dari jauh...thank you juga. 

The next day, kami bawa opah tangkap gambar kat Kedai Gambar Federal Chemor. Orang yang tangkap gambar di kedai ini dah tua la, dia ini jugalah yang telah tangkap gambar untuk IC saya 32 tahun yang lalu...sentimental betul.


Lepas tuh...Mekyah, saya dan hubby pun bertolak kembali ke Shah Alam.

Semoga emak saya sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aamiiin.