Wednesday, October 30, 2013

30 October 2013

I am sure that many of you realised that my blog is getting less interesting...

I have less time to write, that's all.

I also found out that I am not interested to read also..hiks..yeah, I tried to read and understand an insurance quotation of which I may be interested to buy, but no, it was too heavy for me.

But I am now very much into watching Love You Mr Arr...

Haaaa...even though 70% of the time I failed to arrive home on time so that I am able to watch the series.

But of course I can watch it in the internet or ask hubby on the updates...heee...sian hubby kena paksa tengok cerita ni.

I am also following "Jodoh Milik Kita"...on Astro...

In short, I am sort of addicted to this cerita Melayu bersiri already. Infact, I hardly turned to cinema package channel anymore..heee

But I am now falling in love with Light and Easy radio station again....after focusing so much on Sinar, Hot and Era. I still change the radio station though, but Light and Easy is in the list lah.

Hmmm...I am now bullying one of my collegue. Sian dia, but work has to be done. He is good and committed, but somehow he is too active with his co-curricular activities that it effected his performance.

I have a big event coming from 10th till 15 November and I hope everything will be fine, insya allah. And of course when I am worry/stress, I will pray more...why la like that kan...and I will ask hubby to pray for me. If situation become worse, I will ask everybody to pray for me lah...

I hope I can go back on time today because yesterday I went back at 8.00 pm. Hmmm....semoga boleh habis cepat semua benda.

Okay lah, berhenti dahulu di sini...jumpa lagi di lain kali





Tuesday, October 29, 2013

Tuesday, 29 October 2013

I am the very the busy nowadays..

Yesterday, there was an inter organisations debate held in MITI and I was acting as a judge.

As a judge, I found out that my opinion was always against the other two judges, and I wonder whether I am normal or not.

For instance, the other two judges evaluated this one speaker as "very good" and I did not. For me the speaker "speaks" well but there's no content of which I think is the most important...I gave him highest mark for "style" but lowest mark for "content". But other judges gave hime perfect mark...now I wonder whether I have evaluated the debaters accordingly or not..heee

Today, I started to work right away after breakfast. I am pretty busy nowadays especially when one of my collegue is already taking her maternity leave. Semoga semua urusan saya akan di permudahkan, insya allah.

Sebenarnya, sewaktu saya menaip ni, boss saya sedang duduk di depan saya. Dia nak bersembang la pulak mengenai budget...adoiiiiiiiii....

Nanti saya sambung kemudian ye


Sunday, October 27, 2013

Ahad, 27 Oktober 2013

Kami bangun awal dan pergi breakfast di Belanga. 

Kami dua-dua lapar sebab semalam tak makan nasi. Pagi makan cucur udang, tengahari/petang makan di Deli Teapot...makan macam-macam...scones la, roti jala la, malam pulak makan maggi.

Being me, saya rasa lapar la pagi ni, tapi hubby saya tak pasti, dia tu bukannya suka makan sangat.

While having breakfast, we witnessed this "rather pathetic" situation. This lady (55 years and above) was driving this POLO red car and parked beside this one old white car. The owner of this white old car then came and opened his car door and somehow it touched the body of the POLO car..I am sure this must has happened to you right?

Anddd, the owner of the POLO car was not happy and requested RM50 from owner of the white old car.

We sympathized with owner of the white old car, ye la, based on the car he used, dia bukan orang senang la kut, lepas tu owner of the POLO car yang sepatutnya lebih senang tu kan, punyelah kedekut nak mampus..sempit hati betul. Keadaan macam ini la yang boleh buat orang kadang-kadang geram hingga ambil duit dua puluh sen dan scratch the car betul betul kan....

Itu yang kadang kala orang kaya ni sebenarnya hati mereka lebih miskin daripada orang miskin sendiri kan. Kalau membeli tu, sentiasa nak yang lebih murah, termasuklah bila membeli nasi lemak daripada orang susah...inilah masalah orang yang berhati kecil.

Oh ye, saya adalah baca sikit fasal Budget 2014 tu and haram tak faham...he he he.

Saya faham la sikit di mana :

1) To provide a further boost to businesses, corporate income tax will be reduced by 1% from 25% to 24% from 2016 (lama lagi ye, dalam tahun 2016)

2)  Income tax for small and medium sized enterprises will also be reduced from 20% to 19%, from 2016. (harap implementation bagus...sebab idea sudah bagus)

Tapi saya tak jumpa lagi fasal personal income tax...

ini pulak fasal GST :

3) Upon the implementation of GST, individual income tax rates will be reduced by between 1% to 3% for all tax payers. With this measure, 300,000 people on lower incomes will no longer pay tax.

Tapi saya sampai sekarang masih tidak faham fasa GST...lepas ni kena baca fasal GST pulak...

Hmmmm...itulah saja kut. Saya kan ke Crocodile River tengahari ni, abang saya ajak makan tengahari rumah dia :))))))

Hokeh...jumpa lagi di lain masa





Saturday, October 26, 2013

Sabtu, 26 Oktober 2013 - Jom Tengok Laporan B u d g e t

Hari Sabtu. Saya telah berkeras menyuruh hubby bangun awal hari ini sebab saya rasa rugi sangat bila hari minggu dihabiskan dengan tidur...

Sekurang-kurangnya bangunlah pagi, breakfast dulu, settle kan apa-apa yang patut dan kemudian bolehlah tidur....Sebenarnya itu memang pesanan emak saya, dan saya pun setuju juga, tapi saya selalu aja terlajak.

Sekarang ni, kami sudah breakfast. Kami breakfast dengan cucur udang dan teh o. Hubby pulak sudah macam nak terlena balik...hmmmm.

Saya nak cerita fasallll.....budgetlah. Hmmm...selain dari bonus setengah bulan dan BRIM dinaikkan daripada RM500 KE RM700, keseluruhan budget menampakkan peningkatan perbelanjaan hidup. Saya secara peribadi mengharapkan ada penurunan cukai pendapatan, tapi memang tiada banyak perubahablah nampaknya. Ini adalah tax rate yang dikenakan untuk tahun 2013:
Chargeable IncomeTax RateCumulative Tax
From RM0 - RM2,5000%RM0
From RM2,501 - RM5,0001%RM25
From RM5,001 - RM10,0003%RM175
From RM10,001 - RM20,0003%RM475
From RM20,001 - RM35,0007%RM1,525
From RM35,001 - RM50,00012%RM3,325
From RM50,001 - RM70,00019%RM7,125
From RM70,001 - RM100,00024%RM14,325
RM100,001 and Above26%

Tinggi kalau dibandingkan dengan Singapore , tapi saya idak la nak pindah Singapore pulak. Dengan akan ada sedikit pengurangan, tetapi dalam 1-2% sahaja.

Lepas tu, kalau kita tahu duit yang kita contribute tu digunakan dengan betul, tak pe juga, tapi bila dengar laporan audit baru-baru ni, haaaa, lagilah sedih. 

Lagi satu, dalam kita jadi pembayar cukai yang tegar, barulah kita tahu yang daripada 29 juta penduduk di Malaysia, hanya 2 juta yang membayar cukai dan kita adalah salah seorang daripadanya...


Oh ye, yang ini Singapore punye ye :


Singapore punye 20% and less aja tau....

Tapi saya tetap tak nak tinggal di Singapore. Saya nak tegaskan di sini, saya sayang negara saya tetapi saya hanya mengharapkan pengurusan kewangan yang lebih baik, yang lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat keseluruhan daripada kekayaan segelintir kumpulan. 

Semoga keadaan akan menjadi lebih baik Ya Allah...tunjukkanlah kami jalan yang benar, sejahterakanlah negara kami, insya allah...saya nak baca balik laporan budget nih...walaupun bukannya faham sangat.....tak pe...baca juga



Thursday, October 24, 2013

24 Oktober 2014-Merapu Tahap Gaban

Semalam, seorang pegawai bank telah ditembak mati oleh pegawai keselamatan sewaktu dia memasukkan wang ke dalam peti bank di USJ..satu contoh "Harapkan pagar, pagar makan padi".

Semalam juga, sewaktu saya menghadiri satu mesyuarat yang agak membosankan, saya telah menerima berita melalui wassup mengenai air empangan yang terpaksa dilepaskan oleh TNB sehingga menyebabkan banjir di Cameron Highlands.

Hmmm...gambar-gambar selepas kejadian menunjukkan keadaan kampung seperti selepas tsunami...hmmm ...dalam kita selalu kata yang Malaysia sentiasa terlindung daripada tsunami, Allah turunkan pula cabaran dalam bentuk lain. Semoga kita bersabar dan belajar daripada apa yang berlaku.

Sejak kebelakangan ini, kerja di ofis sangatlah banyak, mungkin sebab bilangan DD yang ada sekarang hanya tinggal dua orang saja kut. Seorang DD masih di Mekah mengerjakan haji dan seorang lagi telah dipindahkan ke Bahagian lain. Saya okay aja, tapi saya rasa Division saya memerlukan lebih ramai officer...sian officer yang ada sekarang, tiada pengkhususan kerja, main ambil siapa yang free aja...

Semalam saya tidak buat ER, tapi sebelum ni, saya telah buat ER straight untuk 4 hari, yup, setiap malam, saya buat 4 kms. The thing is, saya selalu buat pada waktu malam dan saya dapati selepas itu saya menghadapi sedikit masalah untuk tidur dan seterusnya ada masalah sikit untuk bangun pulaaaa....hmmm.

Nanti saya tengok cara mengatasi masalah ini.

Seterusnya, saya plan nak ambil cuti sehari untuk temankan kakak saya menguruskan sesuatu untuk anak sedara saya yang seorang ini. It is always good if you could have someone to be with you and support you kan, so, I am trying to do just that lah, support my sister. Tapiiii....bila nak ambil cuti ni? Bila I free, mek yah tak free, bila mek yah free, I tak free...hai yaa.

Saya tengok schedule saya, bulan November hingga Disember ini memang full. Bila saya nak g Sabah ni. Semoga saya dapat pergi dalam bulan Januari tahun depan, insya allah.

Okay lah...sangat tidak fokus kan post saya hari ni?...merapu tahap gaban...





Tuesday, October 22, 2013

Hari Ini, 22 Oktober 2013

Hari ini, Noreen Nor telah dikebumikan, yup, beliau telah meninggal dunia semalam. Alfatihah.

My colleague, Syed, tak kenal pun dengan Noreen Nor, walhal, Noreen Nor pernah pada satu masa sangat lah popular. 

Saya juga ingin menyentuh tentang  berita F a R I D K amil yang tidak membenarkan isterinya DD makan nasi. Mak oiiii, begitulah pengorbanannya untuk kurus dan cantikkan. Hmmmm

Hubby saya pulak boleh bagi statement macam ni "dia ni mesti tak sayang isteri dia, ada ke tak bagi makan nasi"...heeeee, nak gelak saya.

Saya rasa okay aja, you kena pilih la kan, you nak sedih sebab tidak makan tapi happy sebab slim dan cantik atau you nak happy waktu makan, jadi gemuk tapi sedih sebab gemuk...haaaaa.....pilih, jangan tak pilih.

Buat masa ini saya masih memilih untuk gembira makan tetapi sedih sebab ngumuks.

Tapiii, saya boleh aja memilih untuk gembira makan dan gembira ngumuks kan...saya memilih untuk gembira, walau saya gemuk atau kurus...yeah.

Hmmm, tu dia saya merapu. Saya sekarang ni kurang fokus untuk menulis la, macam ke sana, ke sini, tapi tak ke mana...hiks. 

Okay lah...di sini dulu ye, saya nak tengok tv3 punye drama bersiri ni..tajuk apa ntah...wokeh...see you in the next post


Sunday, October 20, 2013

Mak Saya dan Hari Raya Haji 2013

Saya balik ke Chemor pada hari Ahad, 13 Oktober 2013.

Saya memang tidak akan beraya di Chemor tahun ini sebab memang turn kg hubby. Sampai di kg, abang Hab saya dan keluarga sudah ada di kampung, jadi saya sudah senang hati sebab saya ingatkan, abang Hab saya akan beraya di Chemor untuk menemankan emak saya beraya.

Sewaktu bersembang bersama emak saya, diapun bercerita, yup, pastinya banyak yang boleh dikongsikan bersama. 

Antara yang diceritakan adalah mengenai abang saya yang hampir setiap minggu akan singgah di Chemor sebelum pulang ke Sungai Petani (Abang saya ni bekerja di KL, tapi keluarganya di Sungai Petani).

Emak saya juga bercerita bagaimana abang saya dan anaknya membantu membersihkan halaman rumah pada hari Jumaat, yup, membersihkan halaman adalah antara perkara yang emak saya sangat suka buat.

Emak saya juga bercerita bagaimana abang saya itu juga telah mengemop lantai rumah. Mak saya kata "tengok lantai depan tu, kan berkilat"....

Saya pun kata "baik anak lelaki kome mak, tak ramai anak lelaki yang bersedia menolong macam itu"....

Bukan apa, walaupun sudah tua, emak saya ni perlu juga diingatkan tentang perkara baik yang sangat banyak Allah telah bagi dekat dia sebab dia kadang-kadang lupa dan terlampau fokus dengan kebimbangan dan perkara-perkara yang negatif.

Bila saya cakap macam itu, emak saya diam dan senyum sikit....

Saya juga tanya mak "abang raya kat mana?".

Mak saya jawab "raya sini kut, abang kan selalunya balik".

Mak juga excited bercerita sebab dia ada pergi shopping dengan abang Hab saya pada hari sebelumnya (Sabtu). Abang Hab belikan mak saya banyak benda pulak kali ini. Emak saya dapat handphone baru (handphone nokia aja, mak saya tak tahu guna handphone sangat pun). Sooo...berceritalah fasal handphone tu.

Lepas tu tetiba nampak beg "SCHOLL". Hubby pun tanya, "sape punya kasut baru tu?"...Mak pun jawab "Mak punye, abang Hab juga beli semalam. Mahe Yeop!"...(Mahe tu, Mahal....orang Perak cakap Mahe ye).

Ha ha ha, kagum saya bila mak saya gunakan term "Mahe Yeop". Mak saya ni, jarang gunakan term orang Perak sangat tau kecuali bila dia pronounce Durian dan Kapal Terbang (jadi Deghian dan Kape Teghobang).

Lepas tu, emak saya juga tunjuk jam tangan baru yang Abang Hab juga beli...ganti jam tangan mak yang dicuri sebelum ni.

Uwaaaa, banyaknya Abang Hab saya belanja...saya pun kata lagi "Mak kena bersyukur, anak-anak mak baik-baik (kecuali saya lah yang degil sesangat)".

Mak saya senyum...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenanya, waktu saya sampai, abang Hab saya dan family dia pergi berjalan-jalan ke Ipoh, membeli barang-barang untuk anaknya yang belajar di Kuantan supaya bila mereka balik ke Sungai Buaya nanti, mereka tidak perlu keluar ke bandar untuk membeli barang.

Bila abang Hab balik, kami berbual dan barulah saya tahu yang sebenarnya abang Hab saya tidak akan beraya di Chemor. Mereka datang hanya untuk melawat, pre-hari raya visit. Mereka ada beberapa urusan yang tidak membolehkan mereka beraya di Chemor.

Hmmm, nak buat macam mana kan? Tapi, bila saya tahu, saya pun tanya lah mak saya "Habis tu, mak beraya dengan siapa?"

Being herself, mak saya terus marah dan cakap "seorang lah".

Yooo...tapi kali ini saya boleh rasa kesedihan mak saya, dan saya juga teringat her earlier statement yang "abang beraya di sini kut, dia kan selalu beraya di sini". Rupanya itu adalah doa emak saya, ye, dalam dia cuba jadi tabah dan tidak menunjukkan kesedihannya, dia tetap sedih dan berdoa yang anak lelakinya yang sorang lagi tu boleh balik beraya bersama dia.

Sebab anak perempuannya yang lima orang tu...haaaa, saya dan mekyah kena ikut suami, Ecah kat Terengganu, Kak Cik kat KL dan Kakak pulak sibuk dengan cucu, dan dengarnya kakak juga terdemam, heeee, selepas jaga cucu di hospital.

Tapi, mestilah emak saya sedihkan sebab dia dah order lemang, dah order tiga biji kek coklat, dah order simpulan kasih berbalang....mungkin emak saya tidak perasan kut yang cuti raya kali ini memang lah sangat singkat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anyway, being kepoh, saya telah letak post di facebook menceritakan keadaan dan alhamdulillah, abang saya di Sungai Petani response. Abang saya balik beraya dengan emak saya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hubby saya selalu pesan, sementara emak ada, kita baliklah beraya di kampung. Nanti bila emak tak de, kita cerita lain...

Saya rasa saya kena lebih ambil berat benda yang macam ini sebab dalam diam dan machonya mak saya, dia tetap ibu, dan sentiasa mengharapkan anak-anaknya serta cucu-cucunya balik. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi kan, waktu saya salam emak saya sebelum saya balik KL, saya ada juga geram sikit dekat mak sebab dia kata saya ngumuks....Uwaaaaaaaaa






Wednesday, October 16, 2013

After Aidil Adha : 16/10/2013 : Booster

Hari ke 2 Raya Korban, saya telah berkorban ke ofis pada petangnya, walaupun ambil cuti...tak pe, saya tetap bersyukur sebab saya masih ada kerja untuk menyara keluarga, juga kesihatan yang baik.

Tengahari tadi, masuk aja dalam bilik, ada sepucuk surat yang telah diselitkan di bawah pintu bilik saya ...macam ni...


Saya pun bukalah...tengok-tengok ada surat. Terkejut saya,...saya buka dan baca, tulisan tangan surat tu...haaaaa...I wish I could post it here, tapi hubby kata toksah...so, kena lah patuh.

Sebenarnya ada seorang kawan seofis ni yang telah menghadiri satu kursus dan salah satu aktiviti semasa kursus adalah menulis surat kepada salah seorang rakan sepejabat untuk mengucapkan terima kasih.

Haaa, walaupun hanya untuk aktiviti dalam kursus, saya tetap merasa terharu sebab telah dipilih. Ye, kawan saya ni telah memilih saya untuk menyatakan ucapan terima kasihnya. Menurut kawan saya ni, saya telah "memberi semangat dan penenang" sewaktu saya menjadi Timbalan Pengarahnya. Heee, terharukan? Tersenyum saya membaca surat ni, ekekekeekek

Rasanya yang menulis surat juga adalah pembaca blog ni...saya nak ucapkan terima kasih juga dekat dia, saya nak cakap yang saya pun sayang juga kat dia dan pengalaman saya bekerja dengan dia adalah pengalaman manis yang akan sentiasa saya ingat.

Dan kalau dia perlu tahu, saya juga pernah menjadikan satu SMS yang pernah dia hantar sebagai salah satu topic presentation saya sewaktu saya menghadiri kursus "Dale Carnegie" tahun lepas...

I must have done something right to deserve this letter kan? Alhamdulillah















Friday, October 11, 2013

Jumaat, 11/10/2013

Lamanya saya tidak update blog niiii....

Hari Isnin dan Selasa, saya di Terengganu. Sibuk la sikit kan

Hari Isnin Rabu pagi, saya sampai di KL balik..terus kerja. Tapi penat lah sikit..maka, bila sampai rumah, nak tengok facebook pun tak berapa larat.

Hari Khamis lagi lah lompat-lompat, sekejap buat itu, sekejap buat ini. Balik lambat sikit, tengok-tengok hari hujan, haaaaa, jalan jam pulak. Balik, makan, tengok karoot komedia, terus tertidur depan tv.

Hari ini pulak...pagi tadi meeting (very interesting though)..dan lompat sikit sikit...heeeee.

So...setakat ini dulu ye, sebab banyak kerja, doakan saya kuat supaya larat update blog ni malam nanti...cheerio

Sunday, October 6, 2013

Semalam dan Hari Ini : 5-6 Oktober 2013

Hmmm, bila saya running out of topic, saya selalu letak gambar aja kan?...Hari ni pun macam tu juga rasanya.

Sekarang ni sudah malam Ahad...time flies betul. Jumaat malam Sabtu baru ni, kami pergi kenduri di Bukit Jelutong...macam tu macam ni, buat itu buat ini, tiba-tiba dah  Ahad malam, esok pulak, dah kerja balik...tapi tetap kena bersyukur sebab ada kerja cikbib....ingatan untuk diri sendiri

Let me tell you about yesterday first, yup, 5 Oktober 2013

Bangun aja pagi, saya terus rasa macam teringin nak masak gulai kari. Saya sebenarnya dah lama sangat tak masak gulai kari ni sebab malas bila hubby asyik komplen aja sebab tidak mencapai his standard...heeeee....alagasan sebenarnya!

Anyway, bangun aja pagi semalam, saya pun terus ke dapur dan mula masak. Saya masak gulai kari ikan, ikan goreng, sayur kacang buncis goreng dengan sotong dan sambal belacan.

Tapi saya tidak ambil gambar waktu makan tengahari, sebaliknya saya tangkap gambar waktu makan malam...

Waktu makan malam, kami makan atas lantai, depan tv...hubby seems to love my gulai kari this time, terharu saya...

haaaa, hidangan di atas lantai

inilah kari ikan saya....adalah juga macam bentuk kari ikan...kan?

gambar ni penting sebab nak tunjuk botol kicap...miahahahaha

haaaa, lebihan makan tengahari tadi...


Mat Karipulai....he simply loves curry

heeee, tupperware tu memang jadi meja kalau hubby makan atas lantai, bagi tinggi sikit

So, semalam kami tidak keluar rumah langsung which is not normal..bila kakak saya call dan saya cerita yang saya tidak keluar, dia pun macam terkejut...he he he....

Pagi ni pulak, saya masak lagi sebab esok saya akan ke Terengganu selama dua malam, jadi hubby telah request saya masak ikan masak sambal sebagai bekalan dia sepanjang ketiadaan saya. 

Sebenarnya saya memang selalu buat pun, tapi selalunya saya buat tumis ikan bilis. Hubby selalunya akan estimate betul-betul supaya makanan tu habis betul-betul waktu saya balik...hee

Okaylah inilah gambar ikan masak sambal saya :
  

haaaa, sebab dua hari, saya asingkan kepada dua tupperware. Saya letak dalam peti sejuk dan hubby boleh panaskan satu tupperware satu hari dan masak nasi sendiri...

Petangnya kami ada pergi Ole-Ole untuk beli bateri baru untuk telefon nokia saya. Telefon tu, kalau bercakap lama sikit, habis lah beterinya.

Satu lagi, cucu saudara saya, Imran dan Iman telah dimasukkan ke hospital. Semoga mereka cepat sembuh. Semoga mama dan papa kembar juga kuat untuk menghadapi cabaran...semoga dipermudahkan semua urusan mereka...insya allah

kat bawah ni ada gambar Iman dan Imran yang saya ciplak dari facebook mamanya...boleh ye Pijah...cikbib main copy paste aja...


Wednesday, October 2, 2013

Mode Malas...Kita Share Gambar Dulu

Mari share tempat saya buat retreat dulu ye...sebab ada gambar kan.

Mula-mula, masuk aja bilik, saya terus excited giler sebab bilik cantik...mari tengok gambar...

Haaaa, masuk aja, nampak meja ni lah

tengok belah kiri pintu macam ni lah, ada dua katil...ada tv juga

tengok siling dia

tengok kayu bulat-bulat tu...ini balcony

ini wardrobe dengan cafe barnya

ini bilik airnya...gelap

shower

tak nampak pulak, tapi ini bath tub nya

cafe barnya...

tapi kan, malamnya, kami macam tak best sikit sebab panas sikit dan gelap lah bilik ni...infact, kawan-kawan saya pun cakap macam itu...so...rasanya kalau ada tempat lain, pergi tempat lain lah kami, idak le kami nak ke tempat ni lagi

Esoknya, saya kan kena kerja, tapi pagi tu saya breakfast. Hubby tak nak join for breakfast jadi saya telah seludup dia benda ini :


Heeee.....itu jari hubby. Hubby memang tidak suka ambil heavy food for breakfast, saya pula suka heavy food for breakfast, heavy food for lunch, heavy food for tea and heavy food for dinner...haaaaa....resultnya adalahhhhh...saya!



Ini gambar bilik kami dari luar, bilik saya yang atas belah kiri

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Selepas ini pulak adalah gambar bilik waktu saya pergi Kuching bulan Julai lepas...



haaa...ini pintu bilik saya dari luar, sempat tu tangkap gambar


masuk aja bilik ni saya rasa macam...wow. Sebenarnya bilik kami telah diupgrade sebab bilik lain semuanya habis...rezeki kami la tu

katil, dapat kingsize....

katil dari sudut lain

yang paling best adalah bilik airnya....tapi sebab tidurpun semalam aja, tak sempatlah saya nak berendam ke apa

bersih dan baru...loveeee the toilet

tangkap gambar dulu sebelum settle benda lain

ada tingkap kat tepi bath tub tuh, tapi bila mandi, tak gamak la plak nak buka blind tuh


keluar dari bilik air tu adalah wardrobe macam ini...ada robe . Tapi iron masih kena request...

  
study table

oooo...gambar shampoo dengan shower gel pun saya amik...he he he

Tapi saya tidak berapa sempat nak menikmati bilik ni sebab saya sampai dari Bintulu pun dekat nak jam 11.00 malam. Sampai bilik, lepas tangkap gambar, saya iron baju, mandi dan tidur. Lagi satu, saya juga risau sebab session esok adalah mencabar...jadi bilik cantik pun tak de sangatlah gunanya, he he he 

yang atas tu adalah gambar sessi yang saya conduct, saya segan nak tunjuk sebenarnya, heeeee. Kenyataanya memang banyak perkara yang saya perlu improve, tak pe, saya kan masih belajar, atleast saya mencuba kan...semoga saya akan jadi bertambah baik, insya allah.

Itu aja..dah jam 10.30 malam dan hubby bising suruh saya ER...eiiiii



Tuesday, October 1, 2013

1 Oktober 2013 - Another Session With CD (Chedet)

Petang tadi saya berpeluang sekali lagi mendengar CD bercakap. Kalau di sesi yang dahulu jumlah yang hadir adalah sangat ramai, sesi yang ini pula rupanya adalah dalam format high tea...heee...nasib baik saya telah skip lunch tau, boleh la saya makan.

Saya pergi sorang, drive kereta saya lah. Sebelum pergi tu, saya ada lah cek peta dulu. Tengok-tengok macam tak susah sangat kan..soooo....

Fokus hari ini adalah mengenai dasar pandang ke Timur. CD cerita balik macam mana dia mula tertarik dengan orang Jepun ni semasa dia melawat Jepun di dalam tahun 1961. Dia dapati Jepun sewaktu itu terus maju walaupun mereka baru kalah perang.

Menurut CD, antara sikap yang membawa kemajuan kepada orang Jepun adalah sifat tahu malunya. Bagi mengelak perasaan malu itu, orang Jepun akan berusaha bersungguh bagi memastikan apa yang mereka buat itu akan berjaya supaya mereka tidak perlu berasa malu kerana gagal.

Orang Jepun juga adalah orang yang sangat mementingkan maruah. Orang Jepun juga adalah orang yang sangat mementingkan kehormatan. Orang Jepun tidak suka meminta dan menurut CD, orang demi maruah, orang Jepun tidak menerima tips. Hmmmm

Menurut CD juga orang Jepun adalah sangat pembersih di mana, untuk membuang sampah sekalipun, mereka akan melipat kertas/sampah itu sehingga kecil-kecil, baru di buang.

CD juga berkata yang dia sesungguhnya telah mencuba untuk mewujudkan masyarakat Malaysia seperti Jepun...tapi dia mengaku yang dia sudah gagal....

Menurut saya pulak, yang cuma baru sekali pergi ke Jepun...

Saya rasa kita sesungguhnya sangat ketinggalan jika dibandingkan dengan Jepun...sangat jauhhh ketinggalan. Saya bukan membandingkan kemajuan fizikal, tetapi lebih kepada sikap. Walaupun tidak beragama Islam, masyarakat Jepun telah berjaya melaksanakan banyak ajaran yang telah dianjurkan oleh Islam. 

Daripada segi kebersihan, daripada segi sopan santun/menghormati orang tua, daripada segi mengutamakan orang lain sebelum diri sendiri, daripada segi disiplin dalam menjalankan tugas, daripada segi bertolak ansur lebih-lebih lagi di jalan raya, daripada segi kesabaran dan lemah lembut bila berurusan dengan orang lain...

Dimanakah kita? Kita ketinggalakan lebih 50 tahun ke belakang

Saya ingat di mana Chedet ada cuba menerap beberapa perkara yang telah dilakukan di Jepun seperti bersenam sebelum bekerja dll. Tapi saya tidak pernah dengar di mana kanak kanak di serapkan dengan ciri-ciri mulia ini sejak kecil...yup, di Jepun, kanak kanak telah diserapkan dengan budi pekerti mulia, cara menggunakan toilet dengan betul, cara basuh tangan ...semua....

Hmmm...tidak senang untuk melahirkan generasi yang baik kan? 

tidak senang juga untuk menjadi pemimpin....

Kali ini saya nampak Tun lebih tua, tapi dia tetap naik tangga without any difficulties...