Wednesday, October 31, 2012

Pssstttt

Mari gossip!

saya ada baca banyak blog orang lain sebenarnya...tapi saya perasan yang ada beberapa blog yang saya baca ni sangat suka lah meng up diri sendiri...

Salah tak untuk memuji diri sendiri? apa salahnya ye...tapi bila saya baca, saya macam bosan aja, tak payah puji diri sendiri la kan...tapi saya tetap juga follow blog blog tu, ha ha. Ye la, takkan nak bagi tahu orang mengenai cerita cerita yang tak baik pulak kan, tak betul juga tu.

Antara perkara yang suka diperkatakan adalah mengenai kecekapan pemilik blog untuk buat kerja, multi tasking la, energy level tinggi la, sangat efficient la, menantu yang bagus lah, disayangi boss la, disayangi kawan la, ...haaaa...yang macam macam tu la.

Saya juga perasan, depa depa ni, bila post gambar, they will choose only those yang cantik cantik aja, yang buruk depa simpan, tak post, ha ha, kecuali Peej...dia ni, gambar cantik ke, buruk ke, semua keluar.

Yang sorang ni pulak, jual kolagen lagi..haaa....semua gambar yang keluar mestilah yang cantik je kan. Cerita pun, mesti fasal macam mana orang puji kulit dia...bla bla bla...ehhhh, tapi yang ni Peej pun ada buat tau, tapi caranya nampak okay somehow...

Sekali tu, ada pulak sorang budak ni buat komen negatif and claimed that tuan punya blog is actually very 'NORMAL'. Tak lah hebat sangat seperti yang dia kerap war war kan kerana dia makan kolagen tu kan...macam orang muda umur 25 tahun walaupun dia sudah berumur dalam 45 tahun kut.

Haaa, terkejut dengan komen tu, sipenulis telah buat post khas untuk membincangkan komen negatif tersebut. Tu diaaa...a special post tau. Mula mula penulis kata dia tak tergugat pun...tapi lepas tu nampak defensive pulak, lepas tu menyerang pulak, kata budak tu mak dan ayahnya tak ajar sopan santun...lepas tu compare dengan diri dia pulak, katanya anak anak dia memang bersopan santun berkat didikan dia.

Tapi saya rasa dia sangat silap bila bertindak menghighlight kan komen negatif itu di dlam salah satu postnya. Kalau dia tak buat macam tu, saya mesti tak tahu sebab saya memang tak pernah pun baca komen orang di blognya. Tapi sebab dah di hebohkan, saya pun lepas tu bacalah komen komen yang keluar. Hanya 20% sahaja yang negatif, 80% lagi semuanya menyokong tuan punya blog...

Saya sebenarnya tak kisah sangat pun, tapi kenapa saya pun siap buat post khas untuk isu ni ye? Inilah contoh mengata orang dia yang lebih, ha ha

Hmmm...sebenarnya dia memang cantik pun, dan tidak dinafikan anak anak dia pun memang cantik dan bersopan...tapi mengapa saya rasa macam 'haaa, amik kau'....bila ada orang yang komen begitu? hikssss....saya ni pelik kadang kadang




Bekerja Kembali

After the long break, I am finally back working.

There are files piling on my table. That is an indication that my officers have all been very rajin doing their work during my absence.

There was also some makan makan...yup, another officer is going to Sabah...best of luck to her.

And I must say I am feeling better.

I was not well when I went back to my kg last week. Yeah, I was having a bad cough and my ear was infected. I managed to buy ear drops and another stronger ubat batuk from the pharmacy.

The cough and an infected ear effected my mood. I did not prepare anything at all for the hari raya. I was determine to have a good rest and get well, that's all.

But you know what, miracle happened when I was having my holiday back home. Tau kenapa? Yup, no work stress...my head was clear, I was happier and my antibody become stronger. My batuk slowly becoming less, so does my infected ear.

Saya beraya di kg suami. Kami ada aktiviti mengemas rumah sebenarnya. Being seorang menantu yang paling 'tidak rajin', saya tetap join...saya selalunya buat kerja mengemas, menyapu, mengemas, mengemas dan mengemas. Saya tidak masak, sebab ada orang lain yang lagi pandai masak...ha ha..

Tapi buat kerja rumah kan sebenarnya adalah cara yang bagus untuk de-stress? hmmm...berpeluh lagi...dengan statement statement maut dan kelakar dari ipar duai..dengan cerita-cerita sensasi..tidak lupa 'mengumpat'...yang niiiiii....kami kata tak nak buat...tapi tak boleh tahan...insya allah akan improve selepas ni.

Saya selalunya ada assignment yang lebih fokus seperti :'Bib tolong gantung semua baju mak dengan hanger'...haaaa...yang ni saya akan buat dengan kusyuk dan tawadduk...not knowing that my MIL has got sooo many baju kurungs/jubah...haaaa, lagi banyak dari baju I tau.

Tapikan...saya rasa saya ni dah jadi orang lain la...saya boleh get along lah dengan ipar duai saya...saya fit in lah orang kata...hmmm...where is the stubborn me? (siapa yang kenal saya, mesti tahu kenapa saya buat statement ni)

Dan saya rasa relaxed and happy and healthy...alhamdulillah.









Tuesday, October 30, 2012

first post using my new samsung notes II

Hubby is using the laptop,  therefore I am left with my new     Samsung notes. It's not easy to update the blog using this new machine,  so, this is going to be a short one.  Huh....

Monday, October 22, 2012

Impian Tercapai?

Entah apa sebabnya, tadi saya terbuka blog jejari runcing, owned by ex-makwe si Khairul Fahmi...he he.

Dia menulis mengenai impiannya untuk memiliki camera nikon pink tu tercapai, mak dan ayah dia belikan.

Ramai orang suka camera pink tu kan? Fasha Sandha pun dapat gak baru ni, Jejai bagi. Saya rasa, anak sedara saya Azimah pun hantu pink juga, walaupun tengok dari luar dia tu macam brutal...dalam hati tetap ada taman, ha ha.

Saya dan pink?...suka juga, saya suka soft pink...tapi bila dah dewasa ni, rasa tak serius lah kalau semua pink kan...jadi saya prefer earth colour, tapi ada waktunya, kalau hati rasa mahu sesuatu yang menceriakan, yup, I will choose something pink to wear.

Anyway, back to impian tercapai...hari Sabtu baru ni, ada dua impian saya tercapai.

i) Saya pergi gunting rambut. Saya ni sebenarnya dah lama teringin nak gunting rambut macam Liyana Shamsudin yang berlakon "isteri ku gangster" tu. Tapi ye lah, saya tak berharap sangat pun sebab saya selalu cakap kat tukang gunting rambut macam mana nak gunting rambut, tapi depa selalu cakap yang mereka tak tahu..so...no high hope.

Baru ni, bila pergi kedai tu, saya pun cakap la dengan kakak tu, nak gunting macam Liyana Shamsudin. Kakak tu selamba jawab, "saya tak tahuuuuuu"...isk

Saya pun, diam je la, redho...ha ha ha. Decided to enjoy the moment when she massaged my head...sedap.

Lepas tu, tiba tiba tukar orang. Adik yang potong rambut tu, muda sikit dan dia senyum senyum tanya " akak nak potong macam Liyana Shamsudin ye?"...saya pun..."betulll....alhamdulillah, makbul doa dan impian saya".

Saya rasa cantik juga adik tu potong...tapi jadi macam Liyana Shamsudin tak? mungkin juga, jadi macam Liyana Shamsudin yang overweight la.

ii) Lepas gunting rambut, saya telefon hubby. Hubby drop saya pergi gunting rambut, bila habis, dia datang fetch. Best juga tau arrangement ni, rasa macam ber cinta pulak...ha ha ha...kami ni okay aja, jangan start bergaduh sudah.

Anyway, hubby kata, jom makan dulu. So, kami pun makan. Saya ingat lepas tu terus nak balik sebab saya belum solat zohor, dia kata jom pergi beli 'Samsung Galaxu Notes II"...yippie.

Ini bukan pembaziran ye, kami beli sebab handphone Nokia Express Music yang lama telah kong...out totally.

Kami juga rasa macam perlu untuk selalu get connected walaupun bila balik kg, outstation dll. Hmmm, ye lah kan, budak budak yang belum bergaji pun dah ada facilty tu, inikan pulak kami berdua. Infact, kami akan share guna...tak ke berbaloi??

Tapi saya lupa pulak bawa simcard dalam phone lama tu...so, masih kena balik, solat zuhur dan asar dulu, petang nya baru lah keluar beli.

Hmmmm, excited? boleh la, tapi saya belum guna lagi pun...slowly...semalam banyak hal nak diuruskan.

Conclusion? : Hmmm...kita kadang kadang tak perasan, tapi sebenarnya ada juga impian kita yang tercapai kan?Saya ni selalu asyik ingat impian yang tak tercapai aja, yang tercapai, selalu tak hingat.

Okay lah...ada cita cita untuk 'change the world'? Maybe we can start by starting the day with a smile..have a productive week everyone.

Saturday, October 20, 2012

Nothing...

Yoooohoooo...it's Saturday morning, harinya sejuk , makanya hubby terus tidur...

Saya bangun, solat subuh, menung panjang dulu, basuh cadar dan selimut ie. letak dalam washing machine la, buat telur setengah masak, buat air teh dan had breakfast infront of the laptop.

By the way, our laptop is okay already, alhamdulillah. If not, bertambahlah perbelanjaan hidup kami lagi.

Hari ini juga ada banyak perkara yang perlu di settle kan. Saya sepatutnya perlu pergi dentist, lepas tu pergi swimming class dan kalau sempat, slot kat mana mana lah, nak g gunting rambut. Saya adalah seorang yang selesa berambut pendek...

Lagi?....I hope I would be able to catch up some sleep. Yup...really need that.

Saya tertanya tanya juga sama ada something wrong dengan cara saya membawa hidup saya ni. Whether saya kurang competent ke, tak berapa cekap ke? Atau simply sebab memang terlampau banyak kerja di pejabat tu, maka memang saya sebenarnya tak terbuat.

Yang saya tahu, saya cuba buat yang terbaik. Kalau tak sempat buat di pejabat, saya cuba bawa balik, tapi saya tak pernah push myself to do the job even if I have brought it home...sebab I think I do deserve a break also.

Saya juga tidak bawa kerja ke kg..ha ha ha..mana sempat kan? Kat kg we have better things to do..a lot to catch up bersama sama adik beradik.

Baru baru ini, saya ada melawat anak sedara saya di kolej...dia kelihatannya begitu sibuk, sampai tidak ada masa untuk saya yang melawat ni. Sebenarnya fenomena ini bukan berlaku dengan anak sedara saya yang satu ni aja, tapi ramai remaja lain.

Saya tidak pasti sama ada mereka memang benar benar sibuk, atau tak pandai handle masa, atau mungkin dia tidak selesa dengan saya (saya faham, saya pun selalu juga tidak suka dengan apa yang saya buat)...tapi saya hanya diberikan kurang sejam untuk bersama dia, dan mungkin fikiran dia terganggu ke apa, saya tidak menerima senyuman pun dari dia...the body language shows that she wasn't happy.

Hmmm, rasa macam mana ye? Saya sedih..ha ha ha..tak pe la, siapa saya kan, hanya makcik dia yang selalu complain dan tidak membawa kegembiraan...ehhh, ke situ pulak, tapi yang nak saya bincangkan di sini adalah, kalau waktu student dah sibuk sampai tak de masa nak jumpa sedara mara, macam mana bila dah bekerja nanti, naik pangkat tinggi sikit pulak nanti, mesti lagi sibuk, kahwin pula dan beranak pinak..haaaa, masa ni, ada dua keluarga yang perlu kita bahagikan masa...

Hmmm tu lah, kalau diikutkan semua ni, memang kita tak de masa sebab dengan masa yang ada tu, rasa macam nak tidur lebih baik kan? Hmm, priority yang macam ini lah yang menyumbang kepada kurangnya ikatan mesra sesama saudara mara.

Saya pun sebenarnya kadang kadang ada juga perasaan macam itu, tapi saya tengah set mind ni untuk menjadi lebih ceria, lebih bertenaga untuk balik kg raya haji ni..ha ha ha.

Yup...saya nak enjoy, buat kerja di kg tu sebenarnya boleh release stress juga, berlabun dan melupakan KL dan kerja buat sementara...I need that dan saya rasa keluarga saya pun deserve that...let's catch up guys, jumpa nanti di hari raya haji.




Monday, October 15, 2012

Monday Update : a short one

Laptop di rumah saya sudah buat hal, screen sudah kosong..kesannya adalah : no update pada hari Sabtu dan Ahad semalam.

Minggu lepas juga adalah minggu yang amat meletihkan mental saya. Ada macam macam mesyuarat/event/dateline yang semuanya menyerabutkan. Semua ini menyebabkan saya tidak boleh fokus untuk clearkan file officers saya. Saya cuba juga bawa balik ke rumah fail fail tersebut, tapi sebab penat, saya tak tengok pun, saya tidur aja.

Saya juga telah mungkir janji dengan anak sedara saya Athirah..sorry kakak, cikbib memang down betulla, nanti lain kali cikbib ambil kakak ye.

Janji dengan Anas juga belum ditepati...

Hari ini, hari Isnin...ada banyak progress...semoga saya sihat untuk melunaskan kerja yang banyak ni.

Lagi?...filling gigi tercabut lagi...kena jumpa dentist...semoga ada masanya saya boleh jumpa dentist ni, insya allah.

itu lah dulu ye...ada keroje...

Thursday, October 11, 2012

Rahsia RE part 2

Saya dah beli majalah NONA..hari Selasa saya dah beli, tapi sebab penat, saya put aside dulu, I only managed to read about Raja Ema last night, before I went to sleep.

Well, I know what is the secret of RE to loose weight. She takes rice only 2 times  a week and other than that, she takes wholemeal bread. She does aerobics too.

Lagi satu tu, dia ada buat masukkan benang kat muka dengan tangan dia...haaaa, macam mana tu? I have read this somewhere..it prevents the kenduran kenduran from berlaku...ho ho ho. That's why dia tak de double chin and all

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semalam juga saya telah menghadiri satu function di Istana Hotel. During lunch, I shared my table with my few friends, several Division's Directors from my organisation a few others including this one good looking Japanese lady.

We were served course by course food.

 The first course was black mushroom soup plus one piece of bun...yumsss, love it. Everybody loves the soup, the Japanese lady infact asked the waiter whether it is possible to have another bowl of soup, he he.

After that, the main dish. We can choose whether to have fish or chicken. It took quite a long time for the waiter to serve us therefore my friends and I took another piece of bun, to fill the time la konon. Nothing wrong with taking another piece of bun, but I realised that the ones who took extra bun were all having this overweight problem. In fact, the lovely Japanese lady stared at us as was trying to tell us..'please stop consuming that extra carbo'..hiks

After finishing up our main dish, we were served pemanis mulut lah..apa ye...it's like a jelly. It was really delicious and I finished up all...when I looked around, the Japanese lady plus the slim directors only consumed a small slice of the jelly...

Hmmm, conclusion? : you makan banyak, that's why you put on weight babe...jangan menyalahkan orang lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

A friend of mine was admitted to IJN recently, the doctor suspected that there's blockage. They tried to install (I am not sure of the right work ya, so, pardon me) the stent, but the exercise failed. The doctors then carried out another test and found out that location of the blockage was actually at the main artery. My friend was actually like a walking bomb which can explode anytime.

My friend went for a by pass surgery, and thank god she is fine now. She called me and said that she is thankful that god has given her another chance to live.

Pengajaran untuk diri sendiri :...kena jaga makan dan kena exercise...it comes together...Insya allah, encik suami, kita buat sama sama ye.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okay lah...itu aja, saya banyak kerja ni sebenarnya



Tuesday, October 9, 2012

Break!!

Saya baru habis 3 meetings...rasanya hari ni stress terlebih, rasanya blood pressure pun mesti tinggi sikit...kalau boleh, rasa nak balik aja ke rumah, tidur sat, lepas tu boleh clear files...tapi boss tak de pulak, Sham pun tak de, so, saya kena stay.

Saya try nak tidur tadi, tapi rasa heartbeat sangat aktif, over excited kut. Decided to tengok blog sat...la ni baru rasa normal balik, kalu boleh tidur, lagi bagus.

Anyway, beginilah kehidupan bekerja kan..banyak cabarannya...bukan senang nak senang...tak pe, nanti saya pergi bercuti..ha ha...penting untuk release stress.

Anyway, mari kita bercerita tentang sesuatu yang fun ye, untuk hilangkan stress yang ada.

hmmmmmm...siapa tengok Keluarga Iskandar? Saya suka rancangan tu.

Ada satu siri tu, salah satu pasangan dalam keluarga ni, ingin membuat kenduri di rumahnya. Mereka beria ia nak buat kenduri tanpa menyedari yang semua ahli keluarga telah bercakap di belakang mengenai keadaan rumah mereka yang kotor dan ahli keluarga sebenarnya agak keberatan untuk datang.

Ironinya, pasangan ini tidak sedar yang standard kebersihan rumah mereka agak kurang kerana mereka agak sibuk dan kurang mempunyai masa untuk memastikan rumah mereka bersih. Keadaan menjadi agak kecoh apabila salah seorang abang ipar mereka telah sengaja menumpang mandi di rumah pasangan ini dengan tujuan untuk membersihkan bilik air, juga membasuh kain yang sudah lama berendam..haaaa....tak ke pelik bila ahli keluarga datang semata mata untuk membersihkan rumah kita...bukan saja pelik, malah tuan rumah tercabar kerana secara tak langsung itu adalah statement yang mengatakan bahawa tuan rumah adalah seorang yang pengotor.

hmmmm..cara saya cerita ni macam serius kan, tapi cerita tu sebenarnya kelakar aja...tapi akhirnya pasangan itu sedarlah yang mereka perlu membaiki keadaan rumah mereka...ahli ahli keluarga yang lain pun rasa lega dan tumpang gembira...

lepas tengok cerita ni, saya pun tengok dapur saya...lamanya saya tak sentuh dapur saya...sian dapur saya. Dapur saya tak lah teruk sangat, sink tu kosong aja, dan saya try untuk pastikan semuanya bersih...tapi ye lah, di sinilah masa menjadi musuh utama. Kalau hari biasa saya sibuk kerja, hari cuti pulak ada aja aktiviti yang ada...saya balik kg la, pergi visit anak sedara saya la...tidur memanjang la, lepas ni pulak, raya haji.

Hmmm...apa apapun, sebenarnya pada masa ini saya lega sebab hari ini, iaitu meeting day of the week sudah selesai...saya akan fokus untuk buat kerja lain lepas ni...saya penat..




Monday, October 8, 2012

Banyak nya Kerjaaaa

Banyaknya kerjaaaa....rasa nak pengsan..kena bertenang, tulis blog kejap.

Officers pun memang tengah put pressure ke atas saya sebab they need to submit their papers for tabling by this afternoon, therefore I need to clear their papers ASAP. Adoiii, rasa sesak nafas.

Petang ni pulak ada meeting....pendeknya masa yang adaaaaa

Calls pulak memanjangg...

tiba tiba ada email dari M.. minta ditable kan satu paper ni di dalam mesyuarat esok...macam lah kami tak de task lain...officer pun sudah bising..rasa tertekan la tu, dia tak tau yang boss dia lagi tertekan sekarang ni.

dan yang paling buat saya stress, esok saya kena table saya punya outstanding applications...hmmm, kena evaluate tang tang tu is not a nice thing...hiks

Semoga dipermudahkan semua urusan ku Ya Allah..semoga walau apa pun berlaku, fasihlah lidah ku untuk berkata kata..dan walau apa pun kesusahannya, semoga aku tabah, bijak dan dapat bertenang...Aamiiinn.

Sunday, October 7, 2012

Kurus macam R. Ema

Esok Isnin, kerjaaaaaaa.

Saya tak la rajin nak update blog ni sebenarnya, tapi kalau saya tak update, takut tak sempat pulak nak update sepanjang hari bekerja nanti...lagi lah tak best kan.

So, what's up...haaaaaa, ni tengah berfikir nak tulis apa nih.

Saya ada baca dalam blog mengenai Raja Ema yang menjadi cover girl untuk majalah NONA. Saya belum beli lagi, tapi melalui gambar yang saya tengok di dalam blog tu, saya lihat Raja Ema sudah kurus...hooo, saya rasa saya nak beli lah, dan tengok rahsia dia, macam mana dia boleh kurus.

Siapa ada tengok Azalina...bekas menteri tu...baru ni saya tengok video dia tengah berdebat di Parlimen, mak aiii, dia dah gemuk balik la...dulu kan di dah kurus sekejap. Dia kurus waktu dia jadi menteri. Pada waktu kurus tu, bila dia pergi lawatan ke mana mana, dia akan request untuk dihidangkan hanya Diet Coke. Waktu jadi menteri, dia kan sibuk, mungkin setelah tidak lagi jadi menteri dan kurang aktif, haaaa, tu yang dia put on weight balik tu. Yo yo effect namanya.

Waktu saya di Sabah saya ada jumpa dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Puan Rosnah tu. Saya rasa, dia pun gemuk lagi dari saya lah. Tak pe lah, agaknya adalah mana mana orang di Kementerian Kesihatan yang boleh bagi solution untuk dia to loose weight kan. Anyway, she is still young.

Saya ada seorang kawan ni, di juga agak berisi, walau bagaimanapun, pada satu masa tu, dia telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Jepun selama sebulan. Sepenjang kurus dijalankan, pihak penaja tidak menyediakan makanan halal, and being orang Melayu/Islam, perut/mulut dia terus reject semua meal yang disediakan. Dia tak makan sampai jatuh sakit.

Selepas balik Malaysia, perut dia telah reject semua 'solid' food. Dia kena makan makanan seperti nestum, bubur nasi dll. She lost weight, which is almost 50% of her original weight..haaa, itu lah namanya blessing in disguise kan.

Kawan saya ni kurus betul waktu tu, dah nak potong saya dah...lepas tu dia kahwin, dapat anak dan berpindah ke tempat lain. Setelah hampir 5 tahun tak jumpa, baru ni saya jumpa dia balik dannnn...mak aiiii, she put on weight again...adohhhhhh...YOYO la lagi tu.

Anyway, I alway like to connect myself to Raja Ema sebab dulu ada orang kata muka saya ni lawa macam Raja Ema (silaaaaa lah muntah)...ha ha ha ha ha ha ha..

Tak pe, kalau untuk benda yang positif, tidak salah kita berangan kan. Hmmm, since Raja Ema dah kurus, saya rasa adalah amat patut saya mencontohi dia, oleh itu, saya akan membeli majalah dan menyiasat macam mana dia boleh kurus ye, dan kalau boleh dicontohi, apa salahnya saya mencontohi dia kan, maklumlah, muka pun sama kan (uweekkkkkk....sendiri pun nak muntah juga).

Hikkkks....ceria ceria kan diri anda...have a productive week everyone

Friday, October 5, 2012

Rasa Bersalah?

I woke up at 5.30 this morning. Both hubby and I slept on the carpet last night. I have fallen asleep very much earlier and hubby must have faced some difficulty to wake me up that he decided to join me sleeping in our living room.

After waking up, since it was still early, I decided to check my facebook and blog hopped, but somehow my mind was very much occupied.

I could not help thinking about work. About the outstanding applications..too much work but very few officers, adoiiii...gua stress juga sikit sikit.

Naik kereta, seperti biasa saya pun mulakanlah apa yang selalu di buat...baguslah saya punya budaya ni sebab saya terus teringat yang stress tu tak bagus, saya set balik fikiran jadi positif, set juga fikiran supaya relax, dan cuba buat yang terbaik dan terus juga ingat lagu Maher Zain, yaaa, 'pasti ada jalannya' kan??

Hmmm, saya juga doa semoga semua tugas dipermudahkan...kepada siapa lagi saya boleh mengadu kan?

Dannn, sampai ofis, tengok tengok ada dua paper yang saya tunggu tunggu sudah siap...alhamdulillah. Saya juga rasa, clerk saya yang baru ni adalah lebih cekap/positif...thank you allah.

Haaaa....sekarang nak terus bekerja..semoga boleh fokus...ye lah, siap kejar kejar officer suruh cepat, tengok tengok kita pulak yang lambat...haihhhh....

Thursday, October 4, 2012

Down the memory lane

Baru baru ni saya ada kerja sikit di Penang, yeah, dari hari Isnin hingga ke Rabu.

Lepas kerja, kami adalah round pulau tu, kami juga ada lalu di depan jeti, tempat feri berlabuh...

Sesungguhnya tempat ini membuat saya teringat zaman zaman saya bersekolah di Balik Pulau semasa saya di tingkatan 2 dan 3, dalam tahun 84-85.

Yeah, zaman tu, sekiranya saya balik daripada bercuti di rumah, saya akan naik bas dari Ipoh dan berhenti di stesen bas butterworth. Dari situ, saya akan hangkut bag saya untuk naik feri. Jauh juga saya berjalan. Selepas sampai di pulau, saya akan hangkut lagi bag saya keluar dari jetty dan akan cari bas ke Balik Pulau, saya tidak pernah pun naik teksi sebab rasa macam membazir.

Mmm, saya cerita kan cerita lama saya tu kepada pegawai saya...dia tengok saya dan cakap...beraninya puan..

Hmmm...saya pun pelik, berani? Pada zaman itu, sesungguhnya itu semua adalah biasa sahaja, semua kawan kawan saya pun buat perkara yang sama. Kami semua angkat bag ramai ramai, naik bas ramai ramai...ada juga kawan saya yang kaya sikit akan naik kapal terbang, tapi mereka selalunya adalah dari KL ataupun Kelantan, yang dari Ipoh, akan naik bas...atau ada juga yang parents hantar.

On weekends, saya jarang pergi Georgetown, sebaliknya pergi ke Pekan Balik Pulau saja. Hee..kami kena jalan kaki dalam 1 km, lepas tu baru lah ada bas...

Selepas pindah ke Kulim, saya tidak lagi naik feri, tapi saya masih naik bas ke Butterworth. Selepas itu, saya akan naik lagi satu bas ke Bukit Mertajam, dan naik satu bas lagi ke Kulim...

Waktu mula mula bekerja, saya naik bas mini. Yup...lepas tu, bas mini diganti dengan bas biru...bas Serijaya ke Serikota, macam tu lah nama bas nya....saya hanya mula memiliki kereta sendiri dalam tahun 1997 dan mulai tahun itu, saya tidak lagi naik bas...dah tak berapa tahu pun nak naik bas..

Tapi saya rasa saya bersyukur sebab pernah merasa kesusahan naik bas...

Saya juga bersyukur sebab walaupun dengan menaiki bas, saya tetap berdiri di atas kaki sendiri, dan tidak menyusahkan orang lain...

Saya juga bersyukur sebab dengan mempunyai kenderaan sendiri, selain memudahkan pergerakan, saya juga berupaya untuk membantu orang lain sekali sekala...

Dan yang tidak kurang pentingnya, bila mengenangkan zaman zaman ini, saya boleh tersenyum sorang sorang...apalah hidup ini tanpa kenangan kan?