Tuesday, August 28, 2012

Yang terbaik untuk saya

Waktu raya baru ni, makcik makcik saya did mention about their grandson, who has just got a job, but still single. And according to them, this boy is the quite type and rather shy. But he has a really good job.

Haaa...apa lagi kan..ada yang berminat? Wajah, hmmm, boleh tahan, memang baik orang nya, ada pekerjaan/pendapatan yang baik, masa depan pun insya allah cemerlang...memenuhi criteria tak?

Teringat saya pada satu masa dahulu di mana saya berpendapat bahawa masa depan/duit tu adalah yang paling penting. Ye lah, waktu tu kedudukan kewangan kita pun tidaklah bagus sangat, maka kita pun mengharap semoga dipertemukan dengan pasangan yang lebihkaya, supaya tekanan untuk kita dalam mencapai kedudukan yang stabil itu akan ditanggung oleh orang lain...boleh menempel orang punya kejayaan kan?

Ada juga ciri ciri lain saya saya impikan iaitu, orang tu mesti cakap orang putih lagi pandai dari saya...supaya dia boleh tolong saya yang tak pandai nih, dan saya juga cari lelaki yang suka bersukan/berdisiplin, supaya dia boleh tolong saya kuruskan badan...ha ha ha. Secara amnya, saya mahukan seorang yang boleh complement apa apa kelemahan yang saya ada.

Heeee...tapi takdirnya tidaklah begitu, Allah pertemukan saya dengan seorang yang hampir langsung langsung tidak ada kriteria yang saya impikan :

1) dia tidak kaya
2) dia sangat kurus dan tidak atheletic langsung
3) dia lagi tidak pandai cakap orang putih dari saya
4) dia lagi pemalu dari saya
5) dia tak punctual tahap gaban

Adoiiiii....dan satu satunya sebab kenapa saya pilih suami saya adalah kerana saya tahu dia adalah seorang yang mengutamakan solat...only for that reason.

Allah maha kaya, rupanya yang tidak sempurna itulah yang terbaik untuk saya dan sesungguhnya, saya belajar sangat banyak perkara apabila berkahwin.

Satu perkara yang pasti, yang paling saya suka adalah, saya boleh menjadi diri saya apabila bersama suami saya. Saya sangat selesa kerana suami saya tidak sentiasa 'menilai' setiap tingkah laku/keputusan/perangai saya. Sebaliknya, dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Ye lah, saya kan dah terbiasa dengan mak saya yanggg...haaa, duduk mesti camni, jalan mesti camni..nak hidang air mesti camni...so, bila saya dengan suami saya rasa sangat relax...rasa lega..tapi saya pulak yang treat hubby macam mak saya treat saya, ha ha ha...secara tak sedar,  I am becoming like my mother pulak

Walaupun suami saya tidak kaya, tapi saya perasan, setelah berkahwin, limpahan rezeki saya bertambah, alhamdulillah. Saya yakin itu adalah rezeki bersama di mana rezeki suami juga ada, tetapi disampaikan melalui saya.

Saya juga boleh berbincang banyak hal dengan suami dan dia juga sentiasa cuba membantu, dia adalah tempat saya mendapatkan khidmat nasihat. Suami juga amat tidak berkira dan sentiasa cuma berlapang hati...I really appreciate this since saya tahu saya adalah seorang yang agak sempit hati..ha ha ha, dah la sempit, kadang kadang busuk hati pun ada...haaaaa...sila baik diri ye cikbib

Suami juga mengajar saya supaya loosen up, tidak stress dan tidak terburu buru....lebih menikmati hidup...kurang risau, belajar redha dengan setiap apa yang berlaku.

Saya ni sebenarnya adalah jenis yang go getter, mesti dapat...mesti usaha sampai dapat...akhirnya, stress...apa kes kan...

Tapi suami juga ada berubah mengikut cara saya...dia lebih punctual, lebih berdisiplin...cara mengemas rumah juga sudah jadi cara saya (bila dia nak tolong laaa)...suka juga lah nak bersukan dan sekarang sudah hampir terikut dengan saya yang suka travel...

Hmmm...tengok tengok balik, heee, walaupun kita hidup lama, sebenarnya masih banyak yang kita tak tahu kan? Tu lah, ada orang cakap, sesungguhnya orang yang bijak, tidak akan sama sekali mengatakan orang lain bodoh, sebab orang yang bijak tahu bahawa masih banyak ilmu yang belum diketahuinya di dunia ini....

Okay lah, saya nak tidur dah ni, lunch hour ni..heeee, sesungguhnya tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Semoga saya tak kelahi dengan hubby lepas nih...selalunya, sesudah saya macam puji dia ke, atau rasa macam syukur kahwin dengan dia ke, tuhan saja aja bagi cabaran untuk kami dengan mengujudkan keadaan yang memerlukan kami berperang..adoiii, bila la nak berubah.



2 comments: