Wednesday, August 1, 2012

Berubah Kepada Yang Lebih Baik?

Saya kenal kedua-dua suami dan isteri ini, dan kedua dua nya masih muda dan baru 2 tahun berumahtangga. Mereka berkahwin setelah agak lama bercinta (dalam 5-6 tahun) dan proses perkahwinan mereka juga tidaklah mudah kerana kedudukan kewangan yang amat terhad.

Walau bagaimanapun, selepas berkahwin, sang suami telah mendapat pekerjaan yang lebih baik. Saya dapat lihat secara fizikalnya/kewangan yang mereka telah 'improve'.  Mereka mampu membeli kereta sendiri juga gadget-gadget lain yang menjadi kegilaan orang muda. Walau bagaimanapun, mereka masih belum dikurniakan anak.

Apabila bersama, mereka saya lihat amat mesra dengan nama-nama manja yang digunakan (baby la..ayang la...)..heeee. Cuma, mereka terpaksa berpisah pada hari bekerja kerana sang suami terpaksa bekerja di tempat lain.

Baru-baru ni, saya telah menerima berita yang mereka telah bercerai. Saya secara peribadi tidak lah terkejut, walau bagaimanapun saya merasa sedih dan sedikit kasihan, lebih lebih lagi ke atas sang isteri.

Saya telah diberitahu bahawa sewaktu proses perceraian, sang isteri kelihatan begitu determine untuk bercerai dan merasakan tiada langsung ruang untuk mereka kembali sebagai suami isteri. Sang suami juga telah memberikan reaksi yang sama, "yeah, ekau tak mahu sekali, aku tak mahu kat ekau seratus kali"...ye lah, dua dua tengah emosi kan...tiada kompromi lagi pada waktu itu.

Melalu facebook, saya dapat lihat bahawa sang isteri masih secara aktif mengikuti perkembangan keluarga sang suami-ex. Saya juga diberitahu bahawa sang isteri, mungkin dalam usaha untuk mengubati hati yang lara, telah banyak mengembara dan salah satu lokasi yang telah dilawati adalah kolej di mana adik iparnya (x adik ipar lah sekarang) belajar di Kelantan...jauh tu....

Sang suami pulak tak nampak apa-apa aktiviti di dalam facebook...tapi ada yang memberitahu bahawa salah satu punca kepada perceraian mereka adalah sang suami mempunyai kawan perempuan lain di tempat dia tinggal sewaktu bekerja.

Cerita ini cerita biasa, tiada yang istimewa. Cerita perkahwinan yang gagal, cinta yang putus di tengah jalan.

Saya mempunyai ikatan persaudaraan dengan pasangan ini, oleh kerana itu, jauh di sudut hati saya mendoakan yang semoga mereka akan kembali bersatu.

Sebagai perempuan, saya membayangkan perasaan sang perempuan, mesti sedih apabila tiada lagi seorang yang bernama suami untuk menjadi penguat diri untuk hidup di dunia ni. Walau pun mungkin sebelum ini mereka memang sudah biasa tidak bersama, terpisah kerana kerja, but believe me even to have the 'taught' that someone is loving you and really care about you from far is enough to give you some 'strenght' to carry on...helps to cheer up your day...

Sang lelaki pula...hmmm, sekiranya memang ada pengganti, pasti ruang untuk mereka rujuk kembali adalah agak sukar

Hmm...cerita dunia ni macam macam kan. Apa yang pasti, saya yakin sang perempuan tadi banyak belajar dengan apa yang berlaku..insya allah dia akan menjadi manusia yang lebih baik selepas ni.

Yang lelaki pulak...saya doakan yang sama...semua pengalaman akan membentuk diri kita pada masa hadapan..semoga kita sama-sama belajar, insya allah.

No comments:

Post a Comment