Thursday, August 30, 2012

My therapy session

Sorry sebab saya tidak sempat update blog ini semalam.

Semalam, saya perlu hadir ke sesi physiotherapy untuk kali ke 2. Hari ini juga saya telah pergi untuk sesi yang ke 3.

Sesinya tidak lah panjang, tapi sakitnya boleh tahan, ngilu dan lenguh tangan saya.

Selain saya, ramai lagi orang lain yang perlu menghadiri sesi ini, termasuk kanak-kanak. Oleh kerana saya berada di dalam tempat saya sendiri yang dihadang oleh tirai, maka saya boleh mendengar tapi tidak boleh melihat apa yang terjadi diluar.

Hampir semua kanak-kanak yang hadir menangis dan saya sangat suka mendengar para pakar physiotherapy tu dengan sabarnya melayan kerenah kanak kanak yang hadir. Saya juga suka mendengar kesabaran yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang datang...terharu.

Saya juga overheard conversation between a veteran footballer dengan pekerja di situ...sembang fasal bola lah.

Hmmm, waktu buat therapy tu, saya siap bawa dokumen untuk dibaca, untuk menghilangkan bosan menunggu.

Saya juga terfikir yang kerjaya sebagai physiotherapist ni boleh la di masukkan ke dalam list kerja kerja yang boleh dipertimbangkan oleh anak-anak sedara saya. Yup, kerja ini mulia, boleh tolong orang, boleh jumpa ramai orang dan rasanya tidak lah stress sangat. The main idea is, be kind to people, kalau kita layan orang dengan baik...orang pasti akan layan kita dengan baik semula..

I better go back to work, byeeee

No comments:

Post a Comment