Wednesday, August 8, 2012

Buruknya Orang Dewasa Merajuk

Hari ni hari ke 19 berpuasa, dan saya belum lagi tinggal, alhamdulillah...tapi tanda tanda bakal terjadinya ketidak berpuasaan itu memang sudah ada, contohnya, cerita telekung tu laa.

Isk, saya pun tak faham kenapa emo sangat, haih, penat dengan perangai diri sendiri. Saya tidak suka nak fokus dengan benda yang negatif ni sebenarnya, so, decided to berdoa semoga dilupakanlah perkara ini, dan diberi kesabaran diri yang lebih.

Satu lagi, saya tak tahan nak tengok telekung yang ada tu, rasa geraaam aja...teruknya perangai.

Anyway, hubby pujuk...dia kata "itu telekung aja cikbib, tuhan ada bagi banyak benda lain dengan cikbib, tapi, kalau nak, nanti saya beli yan berganda lebih baik"...terpaksa lah hubby pujuk seorang yang bukan budak-budak ni lagi...sian dia.

Anyway, hari hari saya adalah biasa, dengan meetings back to back semalam dan macam biasa, selepas hari yang panjang dan mencabar seperti itu, malamnya, lepas Maghrib, waktu break tengok berita dan tunggu hubby mandi, saya terlena. Bila terbangun dalam pukul 9, saya rasa lost betul, kat mana aku nih...hmmm, tengok tengok, pakai baju kurung dan tak mandi lagi.

Di tv waktu tu ada program 'Hello Bro, Tolong Masak (HBTM)'. Huh, semangat, nak tengok sat, ingatkan lepas tu baru mandi, tengok tengok lelap balik, pukul 9.30 baru bangun balik...hu hu, tak tengok langsung HBTM tu. Tak pe lah, lepas tu, saya mandi, solat isyak, solat tarawikh sorang sorang dan turun balik, tunggu Azizul Hasni berlumba'....

Semalam juga kami tidur aja depan tv, reason? hubby nak tunggu kut final 200m ada malam tadik...apara, tengok la schedule kat internet...rupa-rupanya bukan semalam.

Anyway, kehidupan kami rasa macam memerlukan lebih ahli supaya lebih ceria kan?..

No comments:

Post a Comment