Tuesday, February 20, 2018

Kenduri di KK - 20 Januari 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Selasa, 20 Februari 2018. Saya sudah solat Isyak juga iron baju untuk esok. 

Selalunya saya pemalas dan hanya akan iron baju untuk pergi kerja pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Walau bagaimanapun, oleh kerana esok saya perlu ke Sandakan naik flight awal pagi, maka bagi mengelakkan kelewatan, saya siapkan semuanya malam ini.

Bilakah saya kata saya siapkan semua, ianya memang bermaksud semualah. Telekung sudah masuk beg, purse, ticket, passport, etcs. Beg pun sudah siap letak tepi tangga, maksudnya esok saya capai aja dan terus pergi. Kalau ada rezeki, kami bercadang untuk keluar lebih awal supaya kami sempat untuk breakfast sama-sama di Mc D KKIA. 

Oh yeah, lupa nak kongsi perkembangan terbaru mengenai selera suami saya. Daripada makan KFC setiap minggu kepada nasi ayam chicken rice shop setiap minggu dan sekarang ini suami saya suka makan bubur ayam Mc D, hashbrown dan latte.

Suami saya ni setia orangnya, jadi dia akan makan menu yang samaaaaaaa aja. Saya pun layankan sajalah dan oleh kerana itu, hampir setiap hari minggu kami akan bersarapan di Mc D Suria Sabah. Setiap kali makan suami saya akan order bubur ayam medium size, hashbrown 2 keping dan latte medium size. Anddd, we will lepak di situ lamaaa, kadang-kadang sampai 2 jam.

Hah...ini contoh kami breakfast di Mc D Suria Sabah

Semoga Allah bukakan hati suami saya untuk mengembangkan sedikit ruang lingkup jenis makanan yang dia suka/boleh ambil...aamiin.

Seterusnya saya ingin berkongsi cerita kenduri kahwin yang kami hadiri di KK baru-baru ini. Kenduri di adakan di Magellan Sutera Sabah dan saya mahu simpan cerita kenduri ini kerana saya rasa ini adalah kenduri yang cantik.

Kenduri ini cantik daripada segi "flow" nya, hiburannya, saya suka doa yang dibacakan dan yang paling saya suka adalah speech yang disampaikan oleh pakcik pengantin...beautiful speech indeed.

Mari share gambar ye..

Kami di meja makan. 5 daripada kami di meja ini adalah orang Semenanjung.

Hmm...ada 2 pasang pengantin....gambar ini bersama VVIPs...YDP dan CM hadir sama. Kami ambil gambar daripada meja kami aja, tu yang senget benget tu.

Tuan rumah telah melawat dari meja ke meja, pasangan tuan rumah adalah nombor 4 dan 5 dari kanan.

and last but not least adalah kami di depan pelamin.  Kami ambil gambar ini sebelum kami balik.

It was a fun night dan kami gembira sebab berpeluang memakai semula baju sedondon kami yang kami pakai untuk kenduri Huda...

Okay people, di sini dulu. Good Night





Sunday, February 18, 2018

CNY 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 18 Februari 2018.

Hari Jumaat lepas adalah hari cuti bersempena CNY. Pada tahun lepas, kami ke Brunei semasa cuti panjang CNY, walau bagaimanapun untuk tahun ini, kami lepak sahaja di KK. 

Mulanya terdetik juga perasaan sedih apabila melihat update kawan-kawan/sedara mara yang ke sana ke sini sempena cuti panjang. Walau bagaimanapun, bila saya melihat keadaan jalan raya hari ini, saya bersyukur kerana tidak perlu melalui keadaan trafik yang hampir tidak bergerak.

Kami punya cuti di KK pun tidak lah begitu membosankan kerana kami sentiasa ada aktiviti untuk mengisi masa. Kami ke Pantai Tanjung Aru pada hari Jumaat, kami pergi buat refleksologi pada hari Sabtu dan pada hari ini, kami ke Suria Sabah. Ingatkan kami ingin menonton tarian naga, tiada pula tarian naga pada hari ini.

Saya juga ada masak cucur udang dan udang masak petai. Saya offer nak masak banyak benda lain, tetapi suami saya tidak berminat. Kalau suami tidak berminat, baiklah jangan masak sebab siapa lagi yang ingin makan di rumah ini.

Saya juga banyak menonton tv dan channel kegemarann saya adalah 731. Saya suka melihat kerja-kerja renovation rumah ataupun kerja-kerja mencari rumah yang sesuai (beli atau sewa).

Dalam asyik menonton 731, saya juga telah menonton filem La La Land hari ini. Saya suka lah filem ini. Pada mulanya saya agak skeptikal untuk menonton filem ini kerana selalunya filem yang menang oscar ini adalah membosankan, but not La La Land.

Bagi saya filem ini cantik. I like the way they present it, it was neat and beautiful. Lagu nya sedap dan pelakonnya best. Saya menangis juga sikit-sikit waktu ending cerita.

Lewat malam semalam, saya telah ter tonton satu filem Filipina ni di channel...( tak ingat). Again ceritanya adalah bersekitar mengenai cinta pasangan suami isteri. 

Seperti La La Land, ianya adalah mengenai kasih sayang seorang suami/pasangan lelaki terhadap isteri/pasangan perempuan. Saya selalu terkesan apabila melihat kasih sayang ini sebab saya boleh relate dengan suami saya.

Haaa...betul, bukan suami saya saja, tapi saya lihat ramai lelaki yang baik yang betul-betul sayang kepada pasangan isteri dan keluarga. Kasih sayang mereka ini kadang kala membuatkan mereka mengambil tindakan yang tidak bijak, but they did it for love. Tapiii, orang perempuan bila tahu perkara sebenar asyik nak marah-marah aja, termasuklah saya. Ha ha ha...

Elok juga menonton cerita seperti ini supaya kita boleh tahu apa yang orang belah sana fikirkan. Mungkin apa yang mereka fikirkan itu tidaklah tepat, walau bagaimanapun kita tahu lah yang asal usul fikiran mereka adalah perasaan sayang dan perasaan bertanggung jawab untuk "protect" isteri...

Well, mari lah belajar dan cuba menjadi insan yang lebih baik kan.

Hmmm...ok lah people. No photo for today's post.  Have a productive week ahead and see you in the next post.

Wednesday, February 14, 2018

Post Kenduri and Back to KK

Assalamualaikum.

Hari ini hari Rabu, 14 Februari 2018. Kami sudah dinner dan sekarang suami saya tengah merelaxkan matanya dengan meletakkan hirisan timun. Saya pula duduk di meja makan, mengadap laptop ini.

Pagi tadi saya dengan gembiranya melaporkan kepada suami bahawa jumlah mereka yang melawat blog ini semalam (13 Feb) adalah 141. Banyak lah tu kan kalau di bandingkan dengan nombor kurang daripada 5 pada hari-hari biasa.

Tetapi suami saya sudah ingatkan saya tadi, dia kata "itu semalam, hari ini mesti kurang sebab kisah Huda/Faiz/Adli/Adila sudah berakhir".

I guess he is wright but that will not make me stop writing.

So tonight I am going to write about our activities after the kenduri (macam lah banyak benar aktiviti nya). Kami duduk di rumah sahaja, pergi makan, jumpa kawan dan bersihkan rumah. Kami harap adalah rezeki kami untuk balik pada bulan March 2018 supaya kami berkesempatan untuk membersihkan sedikit rumah sebelum balik semula untuk raya, insyaa allah. Kalau kami balik di bulan puasa kami selalunya tidak berapa larat untuk membersihkan rumah bersungguh-sungguh...hikss.

Antara tempat yang kami pergi makan adalah Restoran Segamat Rail kerana kami teringin nak makan mee rebus. Kami telah membuat keputusan yang betul sebab mee rebusnya memang sedap. Saya akan pergi lagi ke tempat ini sekiranya saya balik Shah Alam.

Tengok gambar pun nampak sedap kan?...haihhh

Kami balik KK pada hari Selasa, 16 Januari 2018 dan flight kami pada jam 3.45 kut (lupa sudaaa). Kali ini kami suspens sikit nak balik sebab kami bawa sound system tv kami yang besar gedabak tu sebab suami saya nak pasang di KK, supaya dia boleh tengok AJL dgn best sikit...kih kih kih. 

Kami (suami saya) telah memasukkan semua peralatan di dalam travelling bag kami dan bagi mengurangkan pergerakkan, kami sumbat ruang-ruang kosong dengan kain baju kami. Sampai di airport, kami wrap beg itu dan waktu check in kami minta sticker fragile tu banyak sikit. And alhamdulillah tiada kerosakan berlaku dan sound system itu memang sudah berfungsi sekarang.

Kami solat zohor dan asar di surau baru KLIA (anjung tinjau). We have never been there, so it is good to know that the airport has got this big surau available. 

Kami sempat makan di Paparich lepas itu sebab lapar. Kami telah makan...

Suami makan ini, roti kukus dengan butter dan kaya

saya makan roti nan dan kari ayam

Lepas itu kami sempat shopping perfume...hah...mahalnya harga perfume sekarang

Dan lepas itu kami naik kapal terbang, tangkap gambar ini untuk diletakkan di dalam group wassup keluarga dan terbang ke KK.

Berakhirlah percutian bulan Januari 2018 kami, percutian yang memang kami tunggu-tunggu. Seronok pergi kenduri, meluangkan masa dengan keluarga, makan, jumpa kawan. Semoga dipanjangkan umur kami, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga kami dapat bercuti lagi.

Okay people...jumpa lagi di lain post.

Tuesday, February 13, 2018

Huda & Faiz's Wedding (Rumah Faiz)

Assalamualaikum.

Ahaaa, ghamei orang baca blog saya semalam dan hari ini. Terima kasih lah sebab sudi membaca, walaupun ada sorang tu kritik kata tidak detail, tidak ikut urutan masa kan.

Anyway, hari ini tiba-tiba saya terduduk di meja makan ni, terbuka laptop, terbuka facebook, terbuka blog dan ter pilih gambar, ter transfer gambar dan tertulis blog ini. Semuanya "ter". 

Sebenarnya hari ini KK adalah sangat sejuk. Sewaktu di ofis kami semua macam tidak senang nak buat kerja sebab sejuk. Waktu mandi petang tadi terkeluar juga perkataan-perkataan yang significant dari mulut saya sebab tidak tahan sejuk. Selepas mandi, saya terus pakai telekung sementara menunggu waktu Maghrib...baru lah sedap sikit sebab panas di dalam telekung.

I wish we have water heater set installed. 

Anyway, let's go back to what I am going to write today, that is on Huda & Faiz's wedding, but at Faiz's house somewhere at Ulu Selangor (Serendah).
____________________________________

Sebelum itu, saya nak bercerita bagaimana saya dan suami saya balik daripada kenduri Huda dalam keadaan lapar pada 13 Januari tu. Ha ha ha...biar betik kan, tapi really, we were hungry. The last time we ate was at around 11.00 am and after that we did eat some bubur kacang and goreng pisang...but it wasn't enough apparently because we were still hungry.

Sebenarnya bukan kami aja yang lapar, ramai aja yang lapar. Alhamdulillah, jemputan memang ramai dan makanan cukup dan hampir tiada yang berlebih. Due to that, tuan rumah tidak berkesempatan untuk makan berulang atau bawa makanan balik ke rumah...which is good.

We drove to Sg Buaya after that because there will be a bbq held at my brother's house. Kami duduk lah di situ, solat, lepak dan bersembang.

I don't know whether we are lucky or what, but we were served with "kambing bakar" while having conversation. Shukri dengan I bukan makan kambing sangat, tapi mungkin sebab lapar, kami makan banyak...sampai terkejut dengan diri sendiri.

Ini kambingnya, tak sampai 30 minit kambing ini telah habis.

Selepas itu, kami mandi dan solat Maghrib dan tukar pakaian.

Malamnya ada BBQ. Simple aja pun, ada nasi lemak bungkus, mee goreng dan kueteow goreng. Nasi lemaknya sedap dan suami saya telah makan 3 bungkus. 

Selepas itu, kami balik ke Shah Alam.
-------------------------------------------------

Esok paginya kami bangun, bersiap dan tiba-tiba suami saya muntah-muntah. Dia muntah banyak kali dan saya sudah cakap dengan suami saya, kalau tak larat, kita tidak perlu pergi kenduri di rumah Faiz. Tapi suami saya tetap mahu pergi.

Kami rasa kami tahu kenapa Shuk muntah-muntah sebab Shuk memang tidak berapa boleh makan kambing...dah nak jadi kan.

Saya drive hari itu, tersesat pulak sekejap sementara suami concentrate muntah (hiks). Siannnya, tak dapat saya bayangkan betapa penatnya suami saya hari itu.

But we arrived on time (11.00 am) and joined the convoy to Faiz's house even though I was left behind. We arrived a little bit late than others, but earlier than the photographer...ha ha ha...so, no problem.

Selepas itu, adalah upacara berarak....

Huda dan Faiz...cantik baju Huda, hijau dan purple

Shuk dan Abang Hatta

Selepas itu kami makan. Sebab kusyuk makan, langsung tiada gambar. Kami di jemput masuk ke dalam rumah selepas itu sebab ada upacara bergambar 

Yup..ada pelamin ringkas yang sweet.

Pengantin dengan sepupus

Pengantin dengan mokciks dan opah. 

Selepas itu, kami pun balik lah semula ke Shah Alam. Ahli keluarga yang lain juga balik ke rumah masing-masing. 

Adalah satu gambar kami adik beradik. Hasrat kakak saya untuk ambil gambar dengan semua adik beradik tidak tercapai kerana kakak saya yang di Terengganu tidak hadir. Tak pe lah, insyaa allah ada rezeki lain kan.

and ehhh..yeah, suka pula gambo ini, Abang Hab and Malena

Balik Shah Alam, kami solat dan petangnya anak saudara kami datang dari Bangi. Mereka ini baru kahwin (Aiman) dan sewaktu kami balik ke Semenanjung, mereka telah ke KK dan menumpang di rumah kami. Mereka datang untuk memulangkan kunci rumah kepada kami.

Kami ke Segamat Rail Restaurant. Kami makan macam-macam, tapi tiada pulak gambar. Kami celebrate bday Aiman juga, sebab itu lah ada kek.

Hokeh...sampai di sini dulu...insyaa allah saya akan update lagi untuk menutup cerita kami balik Semenanjung pada January 2018.

Good nite guys!

Monday, February 12, 2018

Selepas 3 Post Semalam

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, 12 Februari 2018 dan pastinya hari ini saya perlu pergi ke ofis untuk bekerja.

Kalau anda semua perasan, semalam saya telah membuat 3 post untuk blog ini. Untuk itu, saya pun dengan berbangganya telah mengingatkan suami saya pagi tadi. The conversation went like this :

Saya : dah baca blog saya tak? 
Suami : Dahhh
Saya : Dah baca semua? Saya buat 3 post tau.
Suami : 3 post la, tapi pendek-pendek aja semua. 
Saya : Ha?
Suami : Ye lah, pendek sangat, baca tak puas.
Saya : Ha? (Mulut dah senget ni)
Suami : Ye lah, sebuat post yang panjang sedikit, baru lah puas baca.

Hah...what I can conclude from the conversation are :

i) suami saya tidak happy sebab saya buat post pendek sangat.
ii) suami saya rasa saya malas nak buat post sekarang, kalau buat pun, pendek aja, tidak detail (suami had given this comment earlier. Dia kata, dulu saya menulis dengan detail, mengikut turutan masa. Sekarang ni, semua random aja)
iii) suami saya rasa, daripada saya tulis pendek, baik jangan menulis langsung...betul tak Tokbomo?

Ha ha ha...tak tahu lah nak komen macam mana, tapi memang saya terpaksa meringkaskan penulisan blog saya sekarang kerana takut saya tidak terkejar. Saya takut sekiranya saya terlampau detail, saya langsung tidak menulis pulak. 

Bila menulis, kalau terlalu detail, kita akan lebih stress. Sebagai contoh, kita mahu menulis tentang moment yang tertentu, tetapi gambar tidak jumpa dan sebab tidak jumpa, kita ambil keputusan tak yah lah tulis, senang sikit, ha ha ha.

Anyway, despite all those challenges, I still write kan? Maybe there are less post than before, shorter post post than before, but this blog still exist. Kira okay lah tu.

Okay lah, saya rasa saya nak melelapkan mata sekejap sebelum masa rehat untuk makan tengahari selesai.

Jumpa lagi di post yang lain...







comment cio

Sunday, February 11, 2018

Huda's Wedding - 13 January 2018

Assalamualaikum.

Hah..post yang ketiga untuk hari ini.

Saya sedang duduk di meja makan, update post sambil menonton AJL. 

Untuk pengetahuan, hubby telah dengan nekadnya membawa sound system tv dari Shah Alam dan install di tv KK baru-baru ini. Hmmmm...berdentum-dentum lah sound system kami sekarang ni.

Kali ini saya akan bercerita mengenai Majlis akad nikah serta kenduri kahwin anak perempuan abang saya, Nur Huda. Huda adalah adik kepada Adli dan kenduri serta akad nikah diadakan pada 13 Januari 2018.

Pada pagi 13 hb tu, saya dan suami memang tergesa-gesa juga untuk bertolak ke lokasi kerana akad nikah di adakan pada jam 9.00 pagi, tak ke awal tu. But we managed to arrive before the bride and tok kadi did...sooo...not bad lah kan.

Haaa...banner. Majlis ini di adakan sewaktu seluruh semenanjung bercuaca sejuk tu...makanya, banner yang di letakkan di tepi jalan tu, saya tengok semuanya basah kuyup.

Gambar Pokcik Pokcik Huda, belah ayah dan emak....cantik kan bila pakai baju sedondon macam ini

Cousins, plus Mekyah dan Adila, kakak ipar Huda


Huda's friends, fro Uni days rasanya

Dan kami...gambo ditangkap sejenak selepas Huda sampai.

Tok Kadi sampai lambat sikit, jadi sempat lah kami bertenang sikit...
Malena was the pengapit...these two adalah sebaya, gap umur mereka dalam seminggu sahaja. I ingat yang Huda mula berjalan sewaktu berumur 9 bulan, Malena pulak setahun lebih baru boleh berjalan. Tapiiii, Malena mula pandai bercakap awal...mulut berteh.

Sebelum akad nikah...Huda dengan ibu, tenang aja

suspens sebelum nikah...but all went well, tok kadi tu best, mudah dan ringkas



Akad nikah dijalankan oleh ayah Huda

Hah...muka terharu sejurus selepas selesai akad nikah...emosi sikit Huda dan Ibunya



Abang Hab...tak pasti nak cakap ekspresi abang Hab sebab dia memang sokmo tenang

Hah...my Tokbomo. Dia selalu standby amik gambar just in case saya tidak dpt angel yang baik. Tapi kali ni saya tak dapat satu pun gambar dari suami saya ni.

Lepas akad nikah...Huda with uncles and unties...ramaiiiii

the pengantin with keluarga belah lelaki

Kembo dengan Encik Ghaz

Selepas itu ada jamuan pagi dan lepak sekejap sebelum makan tengahari. Kami makan awal, pada jam 11.00 pagi, tapi tetamu pun sudah sampai.

Kami telah di arahkan untuk usher rombongan keluarga Adila daripada Melaka, maklumlah, kami telah jumpa mereka pada kenduri minggu lepas.

Emak dan Ayah Dalila ini pink..nice pink

Lepas itu adalah upacara berarak ke dalam dewan dll...yang saya tidak capture gambar properly

Kedua pasangan pengantin...

Ada speech...saya tidak ingat pun isinya, tapi saya ingat ada banyak pantun..hi hi hi

Antara tetamu yang hadir. Somehow saya tidak ambil gambar tetamu lah...yang sepatutnya saya lakukan. Mungkin ada banyak gambar dengan photographer nanti. 
  
And last but not least, parents of the bride...Abang Hab dan Kak Ina.

Saya rasa dalam banyak-banyak kenduri, kenduri ini lah yang saya tidak sempat makan sangat...saya sibuk apa pun saya tidak pasti. Tapiiiii...saya telah menghabiskan banyak masa dengan Amizah...are you reading Amizah?

Selepas ini saya cuba buat post fasal kenduri di rumah Faiz pula, walaupun bila saya check tadi, macam tiada gambar pulakkk.

Okay lah...selesai sudah satu lagi post...semoga Adli & Adila sert Faiz & Huda, kekal bahagia hingga ke jannah.

Aamiin












Pre Wedding Huda Dan Lain-Lain

Assalamualaikum.

Ini adalah sambungan selepas cerita Adli kahwin di Melaka dan juga percutian singkat kami di A Famosa Resort.

Sepanjang di Shah Alam, kami telah menjalankan banyak aktiviti dan saya rasa kami memang agak kekurangan rehat sepanjang di Semenanjug.

Antara aktiviti yang kami lakukan adalah makan. Kami makan ikan bakar di Jalan Bellamy, minum cendol juga, makan di rumah Mek Yah, juga keluar lepak di luar dengan Mek Yah. Mari tengok gambar2 yang ada.

Haa...makan umah Mekyah...Mekyah masak ayam masak lemak, ada sambal belacan yang sedap dan ikan goreng...sedap.

Makan mee goreng mamak di Restoran Uncle K Shah Alam...favourite suami saya

Makan deghoyan...ha ha ha...baru-baru ni saya pergi Keningau, durian yang baik punya hanya RM10 sekilo. Bila dia tengok ada durian yang tidak elok, dia nak ganti pulak...

Hah...adalah gambar satu ini yang meriah dengan makanan...

Kami juga pergi shopping kain untuk buat baju raya dan terus hantar kain kepada tailor. Settle, saya tidak akan fikir lagi tentang baju raya selepas ini. Semoga baju raya saya cantik, aamiin.

Kami menyambung cuti kerana anak sedara kami Huda akan nikah pada 13 Januari 2018. Pada 12 Januari, saya dan suami telah ke Sg Buaya untuk memeriahkan suasana. Kami tidak lah menolong sangat pun, saja aja tunjuk sibuk kan.

Antara kerja yang perlu di buat adalah memasukkan bunga telur ke dalam bekas bunga telur tu. Kematu juga punkoq bila kena duduk bersila dan masukkan seribu bijik telur. Walau bagaimanapun, alhamdulillah Cik Najihah ada membawa kawan-kawan serta adik kawan-kawan sekolah dia datang untuk membantu. Lega lah sikit orang-orang tua yang pakat-pakat sakit lutut tuh...hi hi hi

Upacara di atas pula adalah upacara meletak bunga telur juga, tapi ke bunga-bunga telur yang di letakkan di tepi pelamin tu. 

Upacara seterusnya adalah mesyuarat untuk kenduri esoknya. Kak Ina saya ada ramaiiiiii abang dan semuanya meriah-meriah belaka. Seronok  bila beramai dengan depa ni.

Selain daripada itu, upacara yang tidak kurang pentingnya adalah makan. Ada banyakkkkk makanan. Saya makan ajalah...

Malamnya, kami balik awal kerana kami perlu sampai awal ke Dewan sebab akad nikah akan dijalankan pada jam 9.00 pagi.



Opah's 84 Birthday

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, jam 6.50 petang. Kami sudah selesai menunai solat Maghrib dan hari ini kami tidak ke mana-mana kerana saya telah mengalami muntah dan cherry berry. Ada dalam 5 kali saya muntah dengan teruknya dan selepas itu telah terbaring sehingga zohor dan for the rest of the day, saya terus rasa macam tidak larat.

Due to that, everything that we planned today was not materialized. Janji nak pergi urut kaki, tak jadi. Janji nak pergi exercise (walking around the shopping complex) dan minum di Oceanus pada petangnya, tidak jadi juga. Saya melepek saja di depan tv hari ini.

But alhamdulillah, I am feeling better now and I hope my condition will improve tomorrow. Kena kerja kan.

Hari ini saya mahu bercerita tentang sambutan hari jadi emak saya yang ke 84. Tahun ini adalah tahun ke 3 saya tidak dapat meraikan sambutan hari jadi emak saya. Saya ada telefon emak saya baru-baru ini and she was very cheerful. Dia bersemangat bercerita mengenai menantu baru abang saya yang menurutnya rajin menolong mengemas halaman rumah di kampung (consideration penting buat emak saya, rajin mengemas, luar dan dalam rumah).

Hari jadi emak saya sebenarnya adalah pada 2 Februari, walau bagaimanapun, abang dan kakak saya hanya dapat  balik pada 4 Februari. Sambutan di buat di Hadramout Ipoh. Adalah kek sikit..mari tengok gambar...

Yay, senyum lebar...Happy bday Mak, semoga dipanjangkan umur emak bersama kesihatan yang baik dan penuh barakah.



Dengan Abg Hab, Kakak dan Kak Ina

Saya juga dimaklumkan yang emak saya juga telah menerima bunga dan cokelat...one happy face juga.

Semoga akan ada many years to come, insyaa allah.