Sunday, April 3, 2016

Setahun di KK dan Tentang 26 Mac

Assalamualaikum.


Hari ini hari Ahad, 3 April 2016. Saya di depan tv sementara suami di dapur sedang potong nenas. Mesti dia nak makan dengan Mak Bee tu. Hari ini adalah sangat panas dan kami berdua memang merasa agak kurang selesa.

Heyyy, pada 1 April 2016 baru-baru ini, telah genap setahun kami di KK. Terasa baru saja kami sampai di KK, kepoh-kepoh cari rumah, masukkan Unifi, masukkan Astro, beli tv, beli katil, dapat kutu pulak pergi beli almari dll....tiba-tiba, kami sudah setahun di sini.

Banyak juga yang telah saya lalui di sini. YBM sudah 2 kali datang, YBTM yang dua orang tu sudah 3 kali datang, Dep. CEO ada datang sekali, buat seminar ada sekali, saya ada buat opening remark depan CM sekali, dan saya ada buat presentation beberapa kali.

Yang pastinya, sekarang ni saya lebih selesa di KK sebab pengetahuan mengenai industri dan syarikat di Sabah telah meningkat. Keyakinan datang dengan ilmu lah kan.

Yang itu, fasal kerja, mengenai kehidupan pula, kami berdua memang belajar untuk adapt. Pada hari bekerja, kami cuba untuk breakfast bersama dan itu adalah salah satu masa yang paling mengembirakan buat kami. 

Waktu balik ke rumah selepas kerja juga adalah lebih awal. Pastinya saya kena masak untuk makan malam kan (walaupun tidak tiap-tiap hari). Saya ada juga cuba masak masakan-masakan yang tidak pernah saya cuba sebelum ini seperti....laksa utara, masalodeh, karipap, walaupun presentation karipap tu tidak lah mengkagumkan, cheezekut, kek batik...hmmm...itu ajalah yang saya ingat.

Sebagai bukti betapa seriusnya saya memasak, saya telah membeli acuan karipap pada hari ini kerana saya dapati saya memang tidak boleh mengepil karipap dengan baik. Minggu lepas (27 Mac) pula saya telah membeli "roller" dannnn...apa tu...nanti saya letak gambo...


haaaa....excited nak masak agaknya saya ni
-----------------------------------------------------------


Minggu lepas, pada tarikh 26 Mac adalah birthday suami saya. Kami tiadalah buat apa-apa sambutan, walau bagaimanapun, pada pagi Sabtu tu, saya pun turun lah pergi dapur untuk sediakan makanan istimewa. Walau bagaimanapun, oleh sebab tiada apa-apa bahan yang sesuai, saya pun buat nasi lemak ajalahhh...


Hah...yang istimewanya nasi lemak ini adalah pinggan-pinggan tu...baru beli tu sebenarnya. Kami beli mangkuk tu untuk makan laksa sebenarnya, tapi bila letak makanan dalam pinggan ni, rasa macam menarik pulak la bila all white kan, makanan nampak lebih menyerlah. And yes, kali ini saya berjaya sediakan telur rebus dengan kuning telur tu lembut macam tu...kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi.

Pada hari Ahad (27 Mac), saya telah sediakan kek batik untuk hubby..


Hmmm...kira macam kek hari jadi lah. Kami makan sikit ajapun dan bawa selebihnya ke ofis untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

-----------------------------------------------------------
2 April 2016


Saya masak laksa sempena 1 tahun di KK.... hah...gambar makan laksa guna mangkuk putih dan sudu baru juga...he he he. 

Pada 3 April 2016 pula, akhirnya kami telah berpeluang untuk celebrate hari jadi Encik Shuk...



Kami order sepotong kek, popiah tuh dan air...itu ajalah pun. Selamat menyambut hari lahir wahai suami, semoga sihat tubuh badan, murah rezeki dan dikurniakan pengakhiran yang terbaik. 

Dan sebab kami memang bawa bekal hampir setiap hari ke ofis, suami saya telah excited beli benda ni jugaaa...


3 layer tu, suami dah plan dalam fikiran, satu layer nasi, satu layer kuah/lauk, satu layer lagi timun/sayur/sambal belacan...rasanya beli container ni dah jadi macam hobi terbaharu kami lah.

Dan pagi ini, saya ada sediakan cokodok pisang..



Dan last sekaliii.....saya nak share juga gambo karipap yang saya buat baru nih....


Haaa...bagi saya karipap ni sedap aja tapi suami saya kata..."kulitnye tebal sangat, intinya pulak, terlampau banyak kentang dan kurang sardin, intinye perlu dikurangkan. Shuk juga kata buruk benar presentationnya".

Kih kih kih...tengok la, kalau rajin, sebab dah beli roller tu kan, juga acuan karipap tu kan...mungkin saya tidak perlu give up lagi dan terus mencuba kan...















No comments:

Post a Comment