Saya sekarang ini sedang menonton NONA. Cuaca di KK adalah sangat panas (33 Degree Celcius). Suami saya kurang sihat jadi dia tak de mood sikit.
Sebenarnya kami telah dimaklumkan bahawa terdapat masalah bekalan air pada hari Sabtu, 9 April 2016. Oleh kerana itu, kami telah mula bersedia pada hari Jumaat lagi di mana semua baju sudah di basuh dan semua baldi juga sudah dipenuhkan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, berita yang tersebar itu rupanya tidak berlaku. Oleh kerana itu, hidup menjadi lebih selesa lah.
Semalam, saya bangun awal untuk menyediakan sarapan. Saya buat cokodok dan goreng karipap yang saya sudah sejuk bekukan...ada gambo..
Hah, ada kawan yang request gambar karipap yang kononnya elok sikit dari yang sebelum tu kan. Kira boleh la, kulit nya nipis sikit dan saiz lebih standard.
Kami keluar rumah dalam jam 10 pagi sebab kami merancang untuk ke kawasan berdekatan Sepanggar. Saja nak tengok kawasan tu dan cari Restoran Seafood Gayang, nak tunjuk dekat suami lokasi Lokan Bakar, Kelapa Bakar dan Jelly Kelapa yang sedap dan seterusnya makan di Restoran Sri Keningau.
Tapi sebelum itu, kami ke One Borneo dulu. Kami pergi tanpa ada ada tujuan pun, tapi tiba-tiba teringat untuk beli botol untuk buat roti jala itu. Saya cari di Parkson, tapi tiada, jadi saya saja tanya adik yang bekerja di Parkson tu dan dia cadangkan saya mencari barang tersebut di DIY.
Sooo...pencarian berhasil..
Saya beli 2 sebab saya belikan untuk kawan ofis saya juga.
Tapiii, keluar aja dari DIY, suami kata yang kita perlu pekena kopi dulu Cikbib, sooo, kami ke Star bucks..
Hah...orang kampung duduk kat Starbucks kan. Kami beli Macchiatos tu, tapi too sweet for us lah, we prefer latte. Sebenarnya suami saya telah tiba-tiba sakit kepala sewaktu keluar daripada DIY tadi, jadi nya, saya telah sempat ke 7 Eleven sat untuk beli panadol dan air mineral. Lama juga kami lepak di sini sebab nak bagi Shuk relax sikit...tutup mata sat.
Selepas itu...kami pun memulakan lawatan kami ke Sepanggar. Sebenarnya saya dah banyak kali pergi, tapi suami belum pernah lagi. Kami tengok aja tempat itu dan hanya singgah makan tengahari di Sri Keningau.
Kami balik ke rumah selepas itu dan alhamdulillah, hujan turun sedikit, sehingga basahlah juga bumi Sabah ni sedikit. Semoga akan turun hujan yang lebih lebat/lama, selepas ini. Bumi Sabah sedang dilanda jerebu sekarang ini dan suhu adalah tinggi/panas.
Hari ini, saya bangun pagi dan telah sediakan roti jala menggunakan botol yang saya beli semalam
Roti jalan itu di makan dengan kari minggu lepas...ha ha ha ha. Hmm...okay lah juga bila saya buat roti jalan kali ini compare dengan waktu saya buat di Shah Alam dulu. Sampai menangis saya buat waktu tu sebab saya gunakan acuan yang macam cawan tu, yang kurang "user friendly" sikit. Lagi satu, di KK ni, saya guna kuali non stick yang elok sikit, jadi masalah melekat tu memang tiada. Tapi sifat malas dan kurang teliti dan ingat nak senang tu memang termaktub kan, jadi kualiti presentation tu tetap lah masih kurang. Heee...saya main lipat macam itu ajalah.
Hooo...mesti ramai yang nak tahu apa suami saya punye komen kan? Haaa...dia kat sedap. Saya sibuk bercakap dengan kawan saya sewaktu dia tengah makan tadi, jadinya tak sempat nak tanya lebih detail. Tapi dia ada mengada-ngada tanya kenapa tak gulung, saya kata "kalu nak gulung kalu, buat sindri". Suami saya kata, dulu emak mertua saya buat lagi lah tak lipat pun, main hidang sehelai-sehelai aja.
Hmm...hari makin panas ni. Saya nak tidoq sat dan kami bercadang nak keluar nanti selepas Asar...
---------------------------------------------------------------------------------
Saya nak catat juga di sini di mana pada Hari Jumaat, 8 April, Mr Os telah meninggalkan kita. Semoga dipermudahkan semua urusan akhirat allahyarham.
cik bib... restoran Gayang tu jangan lupa makan siput tarik....boleh bah kalau kau
ReplyDeletelaaa, jenuh pulak mencari siapa baulu ikan nih.
ReplyDeleteakan di khabarkan kepada Enci Shuk ye Lily sebab I tak berapa makan siput tarik ni.