Friday, April 15, 2016

Jumaat 15 April 2016 - MIL

Assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat, 15 April 2016, jam 11.50 tengahari, waktu rehat untuk makan tengahari pada hari Jumaat di KK.

Hari ini, saya duduk sahaja di ofis dan update blog ni. Ingatkan nak pergi main boling tadi, tapi tak jadi pulak, sooo, kita lepak-lepak kat ofis ajalah. 

Cuaca adalah lebih baik pada minggu ini sebab hujan ada turun untuk membersihkan udara daripada jerebu. Pagi tadi, Gunung Kinabalu kelihatan dengan gah nya dan matahari juga memancar, alhamdulillah.

Saya pulak, sihat alhamdulillah, tetapi ada mata ikan di lidah saya yang membuat saya sedikit bad mood dan kurang selera makan (alhamdulillahhh, bukan senang saya ni nak hilang selera makan). Saya dapati badan saya ni macam panas dan perlu ambil jumlah air yang lebih daripada biasa. Sebenarnya saya ni rajin minum, tapi malas nak pergi toilet kalau minum banyak. Tapi sekarang ni saya tak peduli, saya minummmm aja. 

Seperti yang selalu saya tulis, antara perkara yang terpaksa kami lalui bila tinggal di KK adalah rindu kepada ahli keluarga juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan ahli keluarga. Dan, berita mengenai emak saya yang sakit gigi baru-baru ini, walau pun kecil, adalah agak menyentuh hati. Baru-baru ini pula, kami telah mendapat berita terkini mengenai MIL. Menurut adik ipar saya, ingatannya MIL saya mengenai perkara-perkara masakini adalah semakin berkurangan.

Ingatan MIL mengenai perkara-perkara yang dahulu adalah sangat baik, walau bagaimanapun, perkara-perkara yang berlaku masakini, agak susah untuk terlekat di fikirannya. Ini mungkin bukanlah perkara yang perlu di risaukan sangat tetapi sekiranya ianya sampai menyebabkan beliau lupa untuk makan dan seterusnya menjadi lemah, adik beradik suami saya mula lebih mengambil berat. 

Dan, bagi saya, yang paling menyedihkan adalah apabila MIL saya sendiri turut berasa sedih apabila dia menyedari tentang masalah yang dialaminya. Bila dia sedih macam tu, saya pun jadi sedih la juga.

Tapi ye lah, Allah bagi yang ini dan Allah ambil yang itu...kita perlu hadapi, redha dan banyak berdoa. Kami di KK, jauh. Tapi, adik beradik yang lain ramai yang sudah merancang untuk balik melawat MIL hari ini. Mungkin perlu ada jadual yang lebih terancang pada masa depan di mana pada setiap minggu, ada satu keluarga yang bisa melawat supaya MIL tidak sunyi.

Atau pun mungkin sudah masanya MIL tidak lagi tinggal sendirian, yup, dia pastinya memerlukan lebih perhatian dengan keadaan nya itu.

Semoga semuanya dapat dilalui dengan baik buat emak saya, juga emak mertua saya. Mereka adalah wanita-wanita hebat yang telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup. Pelihara mereka Ya Allah, kasihanilah mereka, permudahkanlah semua urusan mereka dan kurniakanlah mereka pengakhiran yang baik. Aamiin

No comments:

Post a Comment