Assalamualaikum.
Saya di sini, di ofis.
Tengah-tengah buat kerja tadi, tiba-tiba ada cicak. Hmmm...apa lagi, menjerit saya, siap lompat dari kerusi dan keluar daripada bilik. Rasa menggeletar seluruh badan.
Ya allah, nasib baik Saf tak de, kalu dia ada, lagi segan saya sebab rupa macam macho, tapi takut cicak. Kawan-kawan ofis lain tanya macam itu ajalah kan sebab depa pun takut cicak jugak sebab semua perempuan. Saya pulak, pergi lah masuk bilik balik sebab ingatkan cicak tu dah pergi, tengok-tengok, tertonggok lagi dia depan PC tu. Agaknya dia takleh bergerak sebab atas meja tu ada letak cermin kan.
Sebab cicak tu ada lagi, saya keluar balik dari bilik. Waktu tu fikir, kalau Saf ada, boleh minta tolong dia buangkan. Rasa macam nak call Tokbomo pun ada, tapi rasa macam diri mengada-ngada sangat lah pulak. Soo...kuatkan semangat, amik ruler panjang tu dan halau cicak tuh.
Dan....sampai sekarang, saya masih geli geleman lagi...eeiiii
Saya memang penggeli dengan binatang berdarah sejuk. Waktu di kampung, pernah sekali tu, saya sedang membersihkan bilik air dan telah membuka penutup lubang tempat air keluar tu dan tengok-tengok ada katak. Apa lagi, menjerit tahap gaban lah saya. Dah la saya ni besar kan, jagi, kalau menjerit tu, jadi bergema-gema lah.
Suami saya terkejut waktu tu tapi emak saya relax aja dan tanya macam ini "ada katak ye?"...he he he...dia pun boleh agak dah. Dia kata, kalau musim panas, katak akan masuk ke dalam rumah untuk menyejukkan badan mereka.
Oleh kerana itu, rumah di kampung saya tu, memang selalu ada katak. Tapi mak saya cool aja buang katak, even suami dan abang saya pun tak se cool emak...he he.
Tapi kata kira tak pe lagi, kalau benda lain?...semoga allah pelihara emak saya yang sorang-sorang di kampung...
No comments:
Post a Comment