Hari Sabtu, 6.41 pagi. Kami bangun pagi tadi untuk solat subuh, tetapi saya mohon untuk skip our morning walk this morning sebab kaki saya rasa sejuk semacam. Sooo...hubby tidoq balik dan saya tadi menonton DMFK di astro Maya. Sekarang ni, tengah menonton Ustaz Kazim pulak, sambil update blog ni.
+++++++++++++++
Semalam, hari Jumaat, hari Buruh. Pagi nya, saya mendapat berita yang Julie Dahlan meninggal dunia. Innalillah. Al-fatihah.
+++++++++++++++
Semalam juga ada demo GST. Saya secara peribadinya tidak suka sangat dengan demo ni, tapi, kalau lah demo itu bisa membuat kerajaan untuk melihat semula perlaksanaan GST tu, maka, saya doakan semoga ada kesan positif. Saya anggap sajalah mereka ini berjuang seperti Robin Hood...ekekeke.
Secara peribadi, saya rasa hidup saya sekarang ni, asyik bayar cukai aja. Gaji memang ada potongan 25% (25% adalah 1 per 4 daripada pendapatan anda ye tuan/puan, setelah di tolak sedikit dengan perbelanjaan peribadi dan potongan untuk anak/isteri etcs). Sesudah gaji kita dipotong sebanyak 25% tu, dengan duit lebihan yang lebih kurang 75% tu pulak, kita dikenakan GST pulak bila beli barang. And I am talking about barang asas kehidupan, macam makanan, sabun, syampoo dll, bukan barang mewah pun.
Insyaa allah sekarang ni saya masih manage, tapi how about those with less income?
Tapi ye lah, tak kan nak geram aja kan, jadi, sekarang ni, untuk menyedapkan hati, saya tetap cuba menjadi positif, dan berdoa semoga semua cukai yang dikutip itu, digunakan ke jalan yang benar. Cukai yang dikutip itu, akan digunakan oleh kerajaan untuk membina/membaiki kemudahan awam seperti hospital, sekolah, jalan raya dll serta membantu orang-orang miskin. Semoga keadaan rakyat di negara yang saya sayangi ini, akan menjadi lebih baik.
Semoga doa saya maqbul, Aamiin.
+++++++++++++++
Semalam juga, adalah hari cuti. Pagi nya kami pergi exercise sikit di sebuah Taman di Tanjung Aru. Mungkin sebab kami telah skip our morning walk last week, this week rasa macam tak larat aja...he he he.
Semalam juga saya masak. saya masak gulai ketam dan bakar ikan...ada gambo...yay
Mula-mula nak masak kari...hubby tak bagi...ekekeke....mesti Tokbomo stress setiap kali saya kata saya nak masak kari...ekekekeke
Bila dah siap masak ni, saya pun hidanglah makanan ni dan tunggu Tokbomo balik dari masjid. sepatutnya dia boleh sampai dalam jam 1.30 pm macam tu, tetapi dia lambat. Dia hanya sampai pada jam 1.40 pm.
Dan tahu tak, dalam jangkamasa 10 minit yang pendek itu, saya tiba-tiba rasa macam takut sangat. Di fikiran pulak terus fikir, what if anything happened to him?
Haih...itu adalah bisikan syaitan kut kan? Yang suka bagi kita risau? DFMK kata, fikiran seperti ini juga adalah doa, so, for parents especially, elakkan berfikir perkara tidak baik yang mungkin anak-anak anda mungkin lakukan kerana apa yang di dalam fikiran anda adalah doa.
Anyway, Tokbomo came back and we had lunch and you know what, after lunch, boleh Tokbomo tidur pulak. When Tokbomo went to sleep, my mind started to wonder again and suddenly I realised that Tokbomo is one of the best gift that Allah has given me.
Saya tidak akan puji lah suami saya ni, saya rasa you all pun lebih kurang tahu how our relationship is kan, tapi semalam tu barulah terdetik dan rasanya saya perlu bersyukur banyak-banyak dan layan Tokbomo dengan lebih baik...jangan asyik degil dan membulatkan mata aja, ekekekeke....Tokbomo sure happy baca statement ni.
Hmm...ini masa ingat lah kan...waktu lupa kalu...haaa...tak tahu nak cakap lah.
Okay lah...saya nak masak breakfast sat...maklumlah, isteri mithali.....ekekekeke...
Okay guys...have a good weekend!
No comments:
Post a Comment