Assalamualaikum!
Sekarang ni, saya tengah menahan sakit perut nak ke toilet tapi toilet penuh, moga dapat bertahan.
Hari Jumaat...dan esok cuti. Semoga ada aktiviti esok, insyaa allah.
Saya ada terbaca tentang ayah seorang blogger ni (Peej) telah kena stroke untuk kali ke 3 dan masih di hospital. Hmm, walaupun hanya melalui blog, tapi saya rasa macam cukup kenal aja dengan ayah blogger ni. Doa saya semoga ayahanda beliau cepat sembuh, serta dipermudahkan semua urusan Peej dan keluarga, insyaa allah.
Dan semalam, cerita yang menjadi perbincangan hebat di facebook iaitu "Hati Seorang Perempuan" telah tamat dengan penuh dramatiknya...ekekekeek. Semoga realiti di dunia ini, tidak banyaklah orang yang berperangai sama seperti mereka di dalam cerita "Hati Seorang Perempuan" tu, sebab if not, bosannya lah dunia, sebosan cerita itu.
Tapi orang perempuan memang kadang-kadang suka merajuk tak kena tempat kan? Saya pun macam tu jugak. Walau pun merajuk tak kena tempat, tetap juga teringin untuk dipujuk kan? Dan bila rasa tidak di pedulikan, rasalah sikit-sikit kecik hati kan? Tapi kecik hati pun tak de pekdahnye kan? Orang mana tahu hati kita kecik. Jadikkk...sebagai orang yang macho, muntahkan saja kemarahan itu...yay...
Hmmm...semangak-semangak...hiks.
Ohh, saya nak cerita satu perkara ni sebenarnya. Sepanjang saya pindah ke office Sabah ni, saya sentiasa ada problem dengan pc saya. Mula-mula lembap, lepas tu lembap lagi, sekali semalam, langsung tak connect dengan internet. Bila jadi macam tu kan, saya terus teringat satu perkara, agaknya saya ni negatif sangat kut. Saya kan asyik kata sistem lembap la, wifi lembap la, nak buka email lembap la, nak buka attachment lagilaa lembap, nak archive email lagilaaaa lembap...haaaa, asyik itu aja dalam kepala.
Dann, apa yang dalam hati/kepala tu kan boleh jadi doa...langsung saya terfikir yang mungkin saya ni negatif sangat kut, tu yang pc saya memang jadi betul-betul lembap...haih.
Anyway, kadang-kadang kita lupa dan perlu di peringatkan, betul tak? So, saya akan cuba berfikir dengan lebih positif lepas ni.
Macam hubungan suami isteri juga, apa apa masalah, kalau ada salah dan silap pun, communication tu penting. Problem tak kan selesai kalau kita diam dan tidak berusaha.
Okay...jom positive...have a nice weekend guys
No comments:
Post a Comment