Hmm...jom gossip. Saya tak pegi mana-mana weekend ni, so, no story to tell lah, nak masukkan gambar makanan, tak boleh pulak sekarang ni, jadi, mari kita gossip.
1) Saya tumpang gembira bila bila Diana rafar rujuk kembali dengan suami dia. Baca berita tu betul betul "made my day" lah, buat saya senyum lama lama. Mesti hebat kan kalau dah pernah bercerai, boleh baik semula macam itu. Saya rasa, perasaan kasih tu mesti lebih. Moga perkahwinan mereka akan kekal bahagia selepas ini, insyaa allah.
2) Cerita Lana Noordin tu kahwin...yang itu pun, saya doakan kebahagian mereka dunia dan akhirat...
3) Rita Rudaini...saya penat baca cerita dia ni. I am not evaluating who is wrong or who is right, tapi saya cuma rasa yang kalau saya di tempat Rita, saya just let go and move on. Saya rasa saya akan maafkan aja suami saya, jaga anak-anak dan be happy. Saya yang follow cerita dia sikit-sikit pun rasa penat, dan saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia perlu mengharung cabaran tersebut begitu lama. Saya doakan Allah permudahkan semua urusan Rita dan anak-anak nya, di dunia dan akhirat.
4) Saya tengok gambo Che Ta attend wedding pengarah drama bersiri "Cinta Ibadah". Dia pakai baju hitam...punye la lawa
5) Ehh, Zamani dah gemuk sikit sekarang ni...handsome sikit dia. Hee...ada kawan saya sewaktu saya belajar dulu, minat bangat dengan si Zamani nih. Saya pulak, tak pernah minat pun, tapi again, mari kita doakan semoga dia kuat untuk menghadapi hidup yang mencabar ini, semoga dia berbahagia dunia dan akhirat.
6) Pelarian Rohingya adalah satu perkara yang saya sangat sedih nak baca. Amat mencabar kehidupan yang dikurniakan Allah kepada mereka dan saya juga merasakan yang amat kejam nya orang-orang Myanmar tuh. Bila dalam keadaan helpless macam ni, kita kembalilah kepada Allah. Pasti ada sebab kenapa Allah jadikan perkara ini. Mesti ada pengajaran yang Allah nak suruh kita ambil/belajar. Salah satunya adalah, betapa mudahnya kita untuk mempraktiskan Islam di negara kita ni, nak solat senang, nak puasa senang, tak de orang yang nak halang kita. Tapiii, kita masih lalai. Doa saya, semoga di kurniakan kepada mereka kekuatan, kesabaran juga keselamatan. Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka, peliharalah mereka.
7) Pagi tadi, sewaktu di dalam perjalanan ke ofis, kami telah terserempak dengan seorang ibu yang sedang berjalan untuk menghantar dua orang anak-anaknya ke tadika. Di Sabah, berjalan kaki ke satu-satu tempat adalah masih perkara biasa, walaupun di dalam kepanasan tengahari. Saya sebenarnya, rasa teringin nak berhenti, dan offer them a ride, tapi berlawanan arah pulak la kan. Tapi, saya cuba jadi positif lah, walking in the morning kan healthy. Semoga Allah pelihara mereka dan juga sentiasa memberi mereka hidayah.
Okkk...sebelum saya sendiri boring, saya stop dulu ye. Bubaiiiii
No comments:
Post a Comment