Tuesday, May 19, 2015

Assalamualaikum

Hari ini hari Selasa, 19 Mei 2015.

Pagi tadi, saya bawa bekal roti berintikan sardin untuk sarapan pagi. Tokbomo hantar saya dan kami makan bersama (perkara ini akan berlaku kalu kami tak kelahi ye, kalu kami "not in a good term" kalu, haaaa, kadang-kadang dia hantar dan terus balik rumah, atau dia tak hanto langsung pun ada).

Kalau di KL, kami sudah cukup gembira sekiranya ada peluang untuk Tokbomo hantar pergi ofis dan dapat bersarapan bersama. Peluang itu pun hanya kami dapat sekali sekala sahaja . Tapi di sini, kami sempat breakfast, baca surat khabar...hmmm....blissful. Tapi ada la jugak masalah lain iaitu makanan yang dijual adalah terhad and due to that, I prefer to sediakan bekal, dan bawa dari rumah.

Tapi kalu nak bawa bekal, kenalah rajin sikit kan. Kami di sini selalunya bangun untuk solat subuh dalam jam 5.30 pagi. Selepas solat Subuh tu, haaa, kalu rajin kalu, boleh la terus ke dapur, tapi kalu malas kalu, menuju ke katil balik laaaa.

Untuk memudahkan kerja, cuba buat preparation lah pada malamnya supaya pagi kerja yang perlu di buat adalah minimal. Macam kalu nak buat nasi goreng ke apa, semua perencah ke apa, sudah di siapkan pada malam sebelumnya so that pagi tu, kita terus masak aja. Masak ni selalunya kejap aja, yang lamanya adalah preparation of the bahan2.

Tapi kalau buat roti bakar yang simple pun boleh aja. Ataupun saya sediakan kuih pau segera tu la kan, senanggg sangat.

Oklah...di sini dulu...


No comments:

Post a Comment