Wednesday, March 18, 2015

Cerita EL

Siapa ikut cerita jam 7 di TV3 sekarang yang tajuknya lebih kurang "Teman Lelaki Upahan"?
 
Saya ikut lah pulak cerita ni sekarang dan oleh kerana itu, saya selalu cuba untuk balik ke rumah awal lepas ofis.
 
Cerita ini belum pun habis lagi, tapi jalan ceritanya lebih kurang macam cerita TV3 yang lain iaitu mengenai muda mudi yang mula-mula benci tetapi lama-lama jadi suka/jatuh cinta. 
 
Walau bagaimanapun, dalam penulisan saya hari ini, saya mahu menulis mengenai siri semalam di mana, keluarga EL yang kononnya adalah jutawan terkenal di Sarawak, telah menemui kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan bapa dan abang EL meninggal dunia, sementara adik EL lumpuh.
 
Bapa El telah meninggalkan seorang balu sementara abang EL meninggal kan seorang isteri yang sedang sarat hamil anak pertama.
 
Sebelum kemalangan, keluarga El adalah keluarga idaman semua orang. Ibu dan Ayah mereka kaya, adik beradik EL sangat rapat antara satu sama lain, mereka adik beradik dibesarkan dengan kasih sayang, dan mereka bahagia/gembira ataupun mungkin lebih tepat kalau kita ibaratkan sebagai keluarga sempurna.
 
Tetapi, dengan kuasa Allah, dalam sekelip mata sahaja, kebahagiaan mereka seakan direntap, dan saya, seperti biasa, telah meng "absorb" diri saya ke dalam keadaan itu dan seakan turut merasai kesedihan yang dirasakan oleh keluarga EL, maka, seperti biasa, termenangis sedikitlah saya.
 
Saya merasakan yang sekiranya saya berada di keadaan itu, hanya iman dan keyakinan kita kepada qada dan qadar Allah sahajalah yang boleh memberi kekuatan. Hati kena yakin dengan perancangan Allah kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.
 
Sekarang ni sebenarnya ada banyak pulak cerita yang saya ikut kerana selain daripada cerita EL, saya juga mengikuti cerita "asam pedas untuk dia". yang disiarkan pukul 7.00 ptg juga pada hari Sabtu dan Ahad. Dari segi jalan cerita, saya secara peribadi tidak bersetuju langsung dengan cerita-cerita yang menyembunyikan perkahwinan ni, tapi untuk cerita  "asam pedas untuk dia" ni, saya macam tersuka nak tengok hero cerita tu berlakon...hiks(namanya Shukri kut).
 
Macam banyak sangat kan? Baru 2 cerita ajapun.
 
Selain menonton cerita-cerita bersiri ni, saya sekarang ni sedang sibuk mengemas bilik saya sebelum berpindah ke Sabah. Sambil mengemas, sambil menengok balik benda yang dikemas dan adalah berjumpa benda-benda yang selama ini saya cari tapi tak terjumpa. Semoga dipermudahkan urusan saya untuk berkemas dan seterusnya berpindah ke Sabah. Insyaa allah.





2 comments:

  1. suami sebelah rumah pun best kak bib isnin smpai khamis 6.30 ptg sebelum cita TLU tu start la.. best izzue ngan ayda jebat

    ReplyDelete
  2. tengok juga Ida, kalu sampai awal la kat umah

    ReplyDelete