Sunday, March 1, 2015

Mengembara di GT

Assalamualaikum.

Semalam, saya dan hubby pergi Gua Tempurung (GT).

Kami sepatutnya pergi bersama-sama dengan gang ofis, tapi kita orang naik kereta sendiri, yang lain naik bas.

Kami bangun awal, dan keluar daripada rumah pada jam 7.30 pagi, kerana kami sepatutnya sampai di GT pada jam 9.30 pagi. Tapi, sebab lapar, kami ada singgah di hentian RnR Tapah dan membeli nasi lemak instant daripada kedai Serbaneka Shell tu. Kali ini kami beli sebungkus seorang sebab we need to eat...yeah, we need the energy.

Sewaktu kami sedang duduk makan di bawah pokok di tepi hway tu, tiba tiba kami nampak bas ofis lalu...he he he he....kami pun apa lagi, habiskan makanan cepat-cepat dan meneruskan perjalanan.


Tapi, tak lama selepas itu, kami overtake bas ofis tu jugak....he he he....kacangggg


Dann, bila sampai di sana, kami berdua decided untuk join pakage 3, sedangkan the rest of the team nak amik package 4 yang lebih mencabar....sooo...terpisah lagi.


Sebab terpisah, kami telah join satu gang budak-budak sekolah dengan cikgu cikgu mereka. Adalah dekat 40 orang budak-budak sekolah, ramai perempuan, tapi ada juga lelaki...hmmm, sebab join budak-budak sekolah, maka boleh lah dibayangkan kemeriahannya kan. Dengan excitement dan tahap energy yang berlebihan. Buat kami jadi bersemangat sama.

Mula-mula masuk ke GT ni, kita orang naik tangga aja...kami tidak bawa kamera pulak, sebab takut kena air konon, ....jadi, saya amik gambar dari google ajalah ye, harap orang yang mengambil gambar ini tidak marah sebab saya gunakan gambar mereka


Haaa....mula-mula, cabarannya hanyalah naik tangga. Ada 640 anak tangga kesemuanya. Semput juga sikit, tapi tourist guide tu bagus, dia bagi kita orang rehat in between, sooo, sesiapa yang takut nak pergi dan rasa tak fit tu, don't worry, kalau setakat stage 1 and 2 tu, kacang aja pun, cuma ada lah rasa nak putus urat kentut sikit sikit...




Kagum juga bila masuk ke dalam GT ni, tak sangka yang gua boleh jadi sebegitu besar kan. 

Selepas kami sampai ke puncak, berakhirlah stage 1 dan 2. Kami turun dengan menaiki tangga dan sewaktu turun ni saya rasa gayat sikit...tapi masih okay. Setelah turun tangga, bermulalah pengembaraan di stage yang lebih hebat, tanpa tangga atau bantuan yang lain. Lampu juga tiada, bermakna, kami memang bergantung sepenuhnya dengan lampu suluh yang kami bawa...


 


Lepas itu kami perlu melalui susur air seperti di gambar di atas. Kami perlu merangkak di dalam air. Kalau sakit pinggang, susah juga nak berbongkok/merangkak macam tu. 

Seterusnya, ada dua tempat di mana kami perlu menggelungsur. Inilah yang paling mencabar kut di mana kumpulan besar kami terpaksa menggelungsur seorang-seorang.

Saya cari gambar dari Google, saya dapati gambar tempat kami menggelungsur yang pertama tu tak de pun, yang kedua tu ada...




Image result for gua tempurung




Of course yang atas ni bukan gambar kita orang lah, tapi kami kena slide ke bawah macam itu lah dan orang kat bawah kena sambut/tangkap kaki so that orang yang slide tu tidak terhentak jatuh, especially orang yang berbadan cute seperti saya ni. 

Tokbomo, hari ini sakit badan dan lengan segala sebab salah satu tugas dia adalah menangkap budak2 tu daripada jatuh terhentak. 

Saya, sewaktu slide yang pertama tu, ada juga terhentak sikit, sakit juga pinggang saya, tapi alhamdulillah, hari ni dah lega sikit.

lepas tu, kami teruskan menyusuri lorong tempat air lalu di bawah gua ini...


Ada setengah tempat tu, paras air adalah lebih tinggi, dan laluan adalah sangat sempit, apa yang baiknya, semuanya adalah dalam jarak-jarak yang tidak terlalu panjang. Kami juga bernasib baik sebab sekarang ni adalah dry season, jadi secara amnya, paras air adalah tidak berapa tinggi.

Tiba di satu tempat, kami telah diarahkan untuk berhenti dan memadamkan semua lampu suluh kami, and yes, we were in total darkness in almost 3 minutes. Dan saya suka momen itu untuk membayangkan betapa gelapnya gua itu sekiranya tiada lampu.

Selepas itu, kami melalui lagi susur laluan air tersebut dan sehingga keluar daripada GT....yup, aktiviti selesai.

Jarak perjalanan nya tidak jauh, lebih sikit daripada 1 km sahaja, tapi perjalanannyalah yang mencabar.

Lepas tu kami bersihkan diri dan ganti baju sebab kami memang basah pun.

Lepas tu kami makan (makanan disediakan) dan bertolak balik ke Shah Alam

************

Saya bersyukur sebab di beri peluang untuk merasakan pengembaraan yang saya rasakan seperti filem pengembaraan Harrison Ford, Indiana Jones....he he he he he. Betull, bila saya merangkak dan splash splash berjalan di dalam air juga di dalam gua tu, saya terus ingat Harrison Ford, ekekekekek.

Lagi satu, saya rasa macam best sebab berpeluang berkongsi pengalaman tersebut dengan Tokbomo...alhamdulillah.

Kita juga berpeluang melihat kehebatan ciptaan tuhan. Dengan ada pasir berkilat yang membuat gua tu glitter, juga ada tempat pertemuan angin yang menyebabkan satu tempat di dalam gua itu adalah lebih dingin dan selesa.

************

Tapi, sewaktu makan malam, Tokbomo sudah cakap macam ni "Selepas ni, saya tidak izinkan Cikbib terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang macam ini dah"

Terkejut saya. Saya tanya balik "kalau jungle trekking tak kan tak boleh?"

Tokbomo cakap "jungle trekking boleh, tapi yang slide-slide dan panjat-panjat batu tu tak boleh"

Heeee....kalau saya nak try naik gunung Kinabalu macam mana?




No comments:

Post a Comment