Sunday, March 15, 2015

Sabtu, 14 Mac 2015

Hari Sabtuu...

We started the day early, kami ada hal, jadi kami tidak pergi for our morning walk.

Lepas selesai urusan, sewaktu kami nak balik ke rumah, tiba-tiba kami ternampak banner Le Tour De Langkawi dannn, banyak jalan yang telah di tutup. Tokbomo pun apa lagi, terus cakap macam ini "jom kita pergi cikbib".

Kita orang pun pusing-pusing cari jalan yang tak tutup dan cari parking dan berjalan ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam, tempat di mana upacara permulaan akan diadakan. 

Sewaktu kami sampai tu, preparation masih berjalan. Mereka tengah-tengah bersiap buat show lah, nak siap hidang makan lah...dannn, cuaca adalah super panas.

Mula-mula kita orang ingatkan kita orang nak menonton persembahan, malangnya, panas sangat dan khemah hanyalah untuk secretariat dan VIPs. Siap bila kita berdiri kat situ, akan ada seorang polis simpanan ni yang berbisik macam ini "khemah ini hanya untuk mereka yang memakai sticker, yang tidak pakai tu sila beredar". 2 kali dia bisik dekat saya babe...

Saya siap jeling marah kat polis tu, walaupun sebenarnya bukan salah dia pun, dia hanya menjalankan tugas...tapi tetap rasa nak cekik dia. Yang organizer pun, cuaca kan panassssss sangat, siapakanlah khemah sikit kan....waktu ni, sebagai seorang salah seorang pembayar cukai, saya rasa sedikit tidak puas hati.

Tapi tak pe, tenang kan hati, kita orang pun berhijrah ke tepi padang yang ada pokok-pokok sikit dan redup. Best apa, ada angin dan selepas itu, lepas satu-satu kumpulan pelumba basikal tu sampai dan lepak bersama-sama kita orang. Dapat lah kami menengok-nengok. Saya ada ada tangkap gambar, jom tengok:

Meja di tepi padang tu, tempat ni sejuk dan berangin. Kami duduk kejap aja sebab lepas tu kami sibuk pergi menengok pelumba-pelumba tu walaupun kami bukannya kenal...kerja menyibuk ajapun kita orang ni

tengok punye lah panasnya padang ni...

Sebelah kiri tu adalah khemah dan tempat persembahan...punye lah panehhh


Mula-mula group ni mai, depa ni ASIA punye team, dan salah seorang nya adalah peserta terbaik ASIA. Sewaktu phasa hari ini, salah seorang daripada mereka telah naik podium...badan-badan depa ni memang super fit..nampak macam hebat aja

Lepas tu, kami tengok pasukan dari Italy ni pulak...setengok basikal tu,puluh ribu kut reganya

kena letak gambo ni, team Terengganu punya van

depa ni team Malaysia yang paling popular dan glamour...yang tengah tu adalah cyclist Malaysia yang paling bagus...tapi I lupa nama dia

Another Malaysian team, di bawah NSC

Ini another Malaysian team, tapi macam kurang glamour sikit...saya rasalah

Ini pasukan dari mana pulak ntah..

Lepas tuuu...Anak Sultan Selangor Bagi Ucapan sikit, pergi salam2 sikit dan seterusnya ucapara pelepasan.

Kami tengok aja dari jauh sebab paneh bebeno

Tokbomo...

Lepas tu, kami balik, salin baju dan terus ke rumah kenduri di Seksyen 20, rumah anak sedara Kak FS. Waktu balik, kami beli ABC dulu. Sampai aja rumah, makan ABC, lepas tu terus pengsan sebab memang panassss.

Petangnya pulak, kami pergi beli basikal untuk anak sedara saya Maisarah. 

Beli yang murah aja pun.

Lepas tu, kita orang pergi makan lempeng pisang dan balikkkk.

Berakhirlah hari Sabtu kami

No comments:

Post a Comment