Tuesday, January 27, 2015

A Little Bit of Kindness

Assalamualaikum.
 
Saya ada satu pengalaman yang saya nak kongsikan.
 
Semalam, saya dan hubby telah melawat seorang remaja yang berumur 17 tahun. Remaja ini telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya di tingkatan 5, dan tidak akan duduk untuk peperiksaan SPM. Sebaliknya, dia sekarang sedang mengikut satu kursus yang dianjurkan oleh Kementerian S umber M anusia. Kursus ini diadakan khas untuk para remaja dengan tujuan supaya mereka mempunyai kepakaran tertentu dan seterusnya bersedia untuk alam pekerjaan.
 
Kami pergi kerana telah di amanahkan oleh ibu remaja tersebut yang tinggal agak jauh untuk menyampaikan sedikit wang perbelanjaan.
 
Sewaktu dalam perjalanan, saya telah berbincang dengan Tokbomo supaya mengingatkan sedikit remaja itu untuk belajar rajin2 dan jangan tinggal solat. Tokbomo pun kata "okay".
 
Bila berjumpa, dan bercerita tentang kehidupan remaja tersebut di kolej juga rumah sewa, saya pun cakap lah pesanan yang saya sempat dan ingat, ye lah, standard la kan..."Belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat, hati-hati bila berkawan dengan lelaki-lelaki di situ, jangan keluar malam sebab tempat tu bahaya sikit". Hiksss..mak nenek sungguh saya ni rupanya. Saya juga siap pesan dekat dia "jaga kebersihan, jangan nanti, kalau tidak bersih, kulit boleh tumbuh macam macam."
 
Tokbomo dan saya, ikhlas ajalah kan. Kami pun pernah jadi remaja, duduk asrama, duduk rumah sewa. So, we roughly know how it is lah kan.
 
Tapi, yang syahdunya sikit adalah, bila kami bersalam sewaktu Tokbomo dan saya sudah nak balik tu, budak tu tiba-tiba cakap "nak peluk" dan dia pun terus peluk saya. Kasihan, dia rindu dekat emak dia kut dan rasa macam 'I need a hug' macam tu kan, jadi, bila dah tak de orang lain yang dia boleh peluk, terpaksa la dia peluk saya yang comel lote ni, ntah cukup ntah idak tangan dia bila dia peluk saya tu, hiksss. Remaja ini cukup keding orang nya.
 
Saya kasihan dengan remaja tersebut.  Keluarga dia susah. Dia mungkin cerdik budaknya dan ada banyak kelebihan sekiranya di gilap...tapi ye lah, mak dan ayahnya bukannya tidak mahu menggilap, tapi mereka tidak tahu apa dan bagaimana untuk meng-gilap.
 
Sebelum balik, kami berpesan supaya remaja tersebut menghubungi kami sekiranya dia memerlukan apa-apa bantuan. Saya dapat lihat remaja ini mengalirkan air mata sewaktu kami mengucapkan selamat tinggal.
 
Setengah orang mengumpamakan yang kehidupan ini hanyalah pelakon lakonan kita manusia ke atas skrip yang telah  Allah sediakan. Allah sentiasa adil dan tahu apa yang terbaik buat kita. Yang kita perlu buat hanya redha dan yakin dengan setiap perancangan allah. Semoga remaja tadi terus kuat, dan semoga dia akan dikurniakan rezeki/pekerjaan yang baik supaya dia dapat membiayai dirinya dan seterusnya membantu keluarga, Insyaa allah.
 
 Ehhh...apa kena mengena dengan tajuk?...ntahhhh
 
 

Thursday, January 22, 2015

Cabarannnn

Pagi tadi, saya telah pergi untuk membeli sarapan.
 
Saya pergi ke satu gerai yang saya dah lama tak pergi (gerai Awe di LGI, bagi mereka yang tahu).
 
Bila saya pergi, saya tengok ada banyak sangat makanan, maka, saya terus rambang mata. Tengok karipap nak karipap. Tengok kuih apam yang salut kelapa tu, teringin gak. Tengok kuih yang warna coklat di salut kelapa (kasui kut namanya) tu pun nampak sedap. Tengok kuih yang hijau kat atas tu pun nampak sedap. Tengok kuih popia basah tu pun, teringin. Adoiiii...memang selera besar atau ada syaitan yang memang asyik ajak makannnn aja. Aishhh
 
Tapi saya decide untuk ambil 2 biji karipap dan 2 biji kuih apam. Kononnya 2 untuk breakfast dan dua untuk break pukul 10.00 pagi. Saya ingat nak beli untuk lunch terus, tapi saya ni PANTANGGG ada makanan, saya akan habiskan. Jadiknya, elakkan ada makanan, beli sikit-sikit aja...kalau habis, pandai aja saya diam.
 
Waktu nak bayar harga kuih kuih tu, tiba tiba saya nampak bungkusan nasi berlauk ikan, huk aloh, dah teringin pulak. Saya tanya harga dan saya sudah buka purse untuk ambil duit, tapi, alhamdulillah, tiba tiba hati jadi kuat...tak payah lah beli Cikbib, minggu depan pulak kita beli ye, hari ni makan kuih aja...okay, berjaya, alhamdulillah.
 
Haihh...saya tak tahu lah sama ada memang rezeki saya berselera besar dan berperut besar ni...Saya memang boleh makan banyak dan tidak fussy langsung tentang apa yang perlu di makan, asalkan halal dan bersih.
 
Waktu saya lebih muda, kalau breakfast, saya boleh makan nasi lemak @ mihun ke apa, dan tambah lagi kuih dua ketul. Tengahari, excited aja pergi beli nasi. Petang pun ada pulak goreng pisang ke, goreng ubi ke, cucur udang ke. Malam pulak, nasi lagi, infact, kalau balik kampung, boleh makan nasi bertambah lagi.
 
Cumanya, dari kecik lagi, saya memang lebih suka minum plain water, daripada air air manis yang lain.
 
Bila di kenang-kenang, rasa macam saya nak terbalik kan aja masa, dan cuba makan dengan lebih sihat. Yelah, yang masuk ke dalam badan ada dalam 3,500 kalori, tapi yang di consume tak sampai 1,000 kalori, haaa, ke manakah 2,500 kalori tu pergi kalau tidak tersimpan di badan dan menjadi lemak teput dan toksid?
 
Sekarang ni, baru lah nak jadi "Angkatan Wanita Insaf Sikit (AWIS)" he he he. Malangnya, ianya hanya berlaku bila jumlah lemak dan toksid sudah di tahap perlu berjaga-jaga.
 
Tapi, better late than never lah kan, saya sedang berusaha untuk makan dengan lebih sihat.
 
Tapi saya tidaklah tidak makan, saya makan jugak, cuma kurangkan nasi dan makanan berat lain yang banyak kalori. Macam semalam, saya makan ringan-ringan aja siang nye (makan biskut jacobs dan dates), tapi malam tekak macam nak makan sesuatu yang masam dan pedas, jadi saya telah makan laksa.
 
Tapi, saya tetap makan bila pergi kenduri, atau bila saya host/belanja orang ataupun bila orang belanja saya...
 
Saya pernah mengurangkan food consumption saya tetapi berat tetap naik. Saya tanyalah doktor dan doktor itu sengih aja dan cakap "then, what you have done was just not enough"
 
I tanya la dia, "what is it that I have to do that will be enough?"
 
Doktor tu tak nak jawab pulak. Tapi dia katalah, kurang kan nasi la, kurang kan sugar la, banyakkan sayur la, bla bla bla bla.
 
Cabaran yang besar buat saya....
 
Semoga allah bagi saya kekuatan untuk mengatasi cabaran yang telah saya hadapi sejak kecil lagi. Semoga dijauhkan juga Syaitan yang sentiasa menggoda saya untuk makan dan makan lagi. Saya kena mencuba dengan lebih kuat sebab metabolisme pun sudah semakin menurun sebab umurpun sudah bertambah kan.
 
Dan, untuk orang-orang muda di luar sana, sila jaga pemakanan sebelum terlambat. Jaga diri kerana anda adalah orang penting yang diperlukan oleh orang lain. Ikut petua rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang. Dannn, jangan makan 3 jam sebelum tidur (yang ni susah saya nak ikut).
 
Dan, kalau Cikming baca post ni...aku tahu benda ni tidak relevant dengan hang Meen....semoga aku akan berjaya kuruis macam hang satu hari nanti, insyaa allah.
 

Sunday, January 18, 2015

The Weekend With Irfan n The Gang

Assalamualaikum.

Tokbomo dan saya tengah lepak dan tengok AJL sekarang, selepas mengharungi hari minggu kami.

Kami ni ada aja aktiviti di mana pada hari Jumaat, malam Sabtu, kami telah ke Putrajaya, ada jemputan ke majlis kenduri. Sempat pulak kami berselfie...he he he....dalam traffic jam tu...


Kami sampai dalam jam 8.40 malam  dan telah meninggalkan majlis dalam jam 9.40 malam untuk mengejarkan Maharaja Lawak, ha ha ha....

The next day, kami mulakan hari dengan pergi berjalan kaki di Taman Tasik Shah Alam. Pada petangnya saya telah ke rumah Pijah untuk ambil dia dan anak-anaknya bermalam di rumah. Kami ada singgah di Dtrn Shah Alam untuk bagi budak-budak main dulu...


haaa...depa main buih sabun...menengok budak-budak ni excited memang priceless....

Imran...Imran suka bubbles...

tengok tu....


lagiii


Ini Iman, adik Imran, puting memang tak lekang



Untuk mereka yang tidak pernah sampai di Dtrn Shah Alam. Beginilah keadaannya, sesuai untuk bawa keluarga, lebih lebih lagi mereka yang ada anak kecil

The other side...tengok orang tu jugal buih sabun

Malamnya kami pergi makan...


Iman behaved, dia baik sangat

Irfan memang sentiasa behave

Imran...haaa...buat la sikit perangai, sebab dia mengantuk. Last last tu dia memang tidur dah

Bonding time, bila mama dan adik-adik sudah tidur, Irfan turun bawa bantal biru tu dan minta nak main game, kita orang pun layan aja lah. Dia macam tak mengantuk pulak tu, bila jam 12.00, kami paksa aja dia pergi tidur

Esoknya, bila bangun tidur, Irfan datang jumpa saya, dia kata "Opah Chu, kita nak pergi padang kan?"

Okay lah Irfan, kita pergi padang ye...tapi tunggu Iman bangun dulu. 

Kita orang singgah beli nasi lemak dan kuih, air pulak, kami bawa dari rumah....

Sampai di Taman Tasik Shah Alam, kami cari tempat lepak dan biarkan budak-budak main. Budak-budak ni kan asyik bergerak, susah nak snap gambar. Saya letak ajalah gambar yang ada kan

Iman...Imran takut nak naik ni, dia tak boleh balance sangat kut

Kami lepak di tempat yang ada pasir ni

Mula-mula Imran macam tak selesa sikit, mungkin sebab lapar kut sebab selepas kami breakfast, dia jadi ceria ....

dan main pasir...Allah ajalah yang memelihara budak-budak sini sebab sudu tu sampai masuk mulut balik

Imran...having a good time main pasir

 
Hmmmm.....

Iman dan irfan. Kepala Iman penuh dengan pasir waktu ni

Lepas tu, balik, mandi..

Tok Chu tengah layan Imran. Imran ni suka dengan orang lelaki aja, dengan orang perempuan, dia tak berapa nak. Lepas kena layan Iman dan Imran tidur keletihan

Petangnya, dalam jam 3.00 petang, kami keluarga pergi ke SACC Mall. Jalan-jalan dan makan

Waktu makan itu adalah havoc. Yang duduk atas lantainya, yang mengetuk sudu dan benda-benda lain di atas mejanya, bising meja kami....adoiiii

tapi sempat gak selfie dengan Iman...mat romantik sikit dia ni. 

Tokbomo order yang ini. Kami lupa pulak nak ambil gambar makanan saya dan Pijah 

Yes, magiknya, dalam hiruk pikuk tu, budak-budak ni terus senyap bila diberi fries.

Dan...lepas tu, Imran boleh buang air la pulak, ha ha ha.

Kami berempat lepak goyang kakai kat sini sewaktu Pijah memproses Imran. Lepas tu kami hantar depa balikkk

Tokbomo ikut waktu ini dan Imran telah menunjukkan bakatnya bercakap...adorable sangat dia ni

Dah sampai rumah....alahai, sedih la pulak...nanti datang lagi ye

Tapi best...seronok sangat bila tengok budak-budak tu excited waktu di dataran Shah Alam, Taman Tasik juga di SACC Mall. 

Baru-baru ini Imran ada jumpa doktor lagi. Doktor mahu buat pemeriksaan untuk memastikan power bagi cermin mata Imran. Insyaa allah, kita doakan semoga Imran dapat melihat semula. Aamiin.

Dannn...esok kerja....semoga kita semua dapat melaksanakan kerja kita dengan baik...chow dulu

Friday, January 16, 2015

Tengahari Jumaat, 16 Januari 2015

Assalamualaikum.
 
Hari ini hari Jumaat dan oleh kerana itu, waktunya adalah panjang.
 
Saya teringin nak makan sesuatu yang masam dan pedas dan teringat dengan laksa Penang yang dijual di La Cucur. Oleh kerana rasa bersemangat, saya pun keluar daripada ofis tepat jam 12.15 tengahari.
 
Saya jalannn terus ke La Cucur dan order dan terus dapat, alhamdulillah. No waiting time. Lepas tu, saya pergi gerai buah dan beli buah. Sebab awal lagi kut, terus juga beli dan tidak perlu menunggu. Lepas tu saya intai Guardian dan saya dapati masih kosong. Saya masuk Guardian dan beli barang sikit yang hubby tak sempat nak beli.
 
Lepas tu, saya balik ke ofis. Tiba di ofis, saya tengok jam, baru pukul 12.45 tengahari. Huh, kagum saya dengan kepantasan yang telah saya lakukan...heee. In fact, waktu saya berjalan balik ke ofis tu, ramai aja kawan lain yang baru nak keluar dan bertanya kepada saya, "Bib dah balik? "...hiksss
 
Sampai bilik, saya makan dan baca balik pos pos lama saya di blog ini. Saya adalah peminat utama blog saya ni. (syndrom SS). Saya tak tahu lah kenapa, tetapi saya senyum aja baca kisah-kisah dulu. Bagus juga ada blog ni, mendokumenkan apa yang terjadi kan?
 
Dannn, saya dapati performance saya adalah sedikit menurun di mana jumlah pos memang mengurang. Kalau dulu saya menulis hampir setiap hari, tetapi sekarang, hanya purata satu kali seminggu. Saya nak rajin balik rasanya selepas ini sebab saya rasa suka aja bila membaca pos pos lama ini. Yang penting, saya gembira...kan Tokbomo?
 
Yang menariknya, saya terbaca pos macam mana saya ada cuba untuk panggil Tokbomo dengan panggilan "abang" sejak tahun 2011 lagi...dannn, masih gagal. Tak pe, teruskan usaha, usaha tangga kejayaan.
 
Dan hari ini adalah hari Jumaat. Dannn, ada kenduri di Putrajaya. Kalu sempat, kami mungkin pergi...tapi kena cepat sebab nak tengok Maharaja Lawak pulak lepas tu.
 
Okay lah readers. Selamat berhari minggu. Jumpa lagi di lain post.

Tuesday, January 13, 2015

Tidurlah Wahai Mata

Sekarang ini, jam sudah pukul 2.09 pagi dan mata saya tidak mahu tidur.

Sebenarnya saya sudah tidur dalam jam 10.30 malam tadi dan bangun semula pada jam 12.30 pagi. Malangnya, setelah bangun, mata ini terus terbuka dan seolah-olah tidak mahu tidur balik. Risau saya sebab esok pagi, saya ada appointment dengan boss pukul 8.00 pagi dan sejarah telah membuktikan yang saya bukanlah rajin untuk bangun pagi.

Oleh sebab saya tidak boleh tidur, saya pun buat macam macam aktiviti lah. Mula-mula, saya tengok facebook. Yup, Pijah ada letak gambar anak-anak dia...


haaa, yang atas ni, gambar Irfan sebelum pergi sekolah. Budak ni positif aja kalau nak pergi sekolah tu. Semoga menjadi anak yang soleh, jaga mama, papa dan adik adik, insyaa allah


Yang ni pulak, gambar mereka tiga beradi pakai baju spiderman...yang tengok camera tu Iman, yang tengok jari tu adalah Imran. 

Sebab Imran masih baby, kita tak boleh nak determine dia punya kadar penglihatan, tapi kita doakan sama-sama semoga pandangan matanya terus improve. Insyaa allah.

Bila tengok facebook lagi, nampak pulak banyak cerita sedih mangsa banjir di Kelantan. Mereka yang tinggal sehelai sepinggang sehingga tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah. Semoga bantuan yang sepatutnya ada, akan sampai untuk mereka-mereka ini. Saya rasa, memang banyak bantuan sebenarnya dan semoga semua bantuan ini akan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Lepas tengok facebook dan masih tidak mengantuk, saya mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan ambil laptop supaya saya boleh update blog ini. 

Saya ada berbincang dengan Tokbomo sewaktu balik daripada makan malam tadi, saya kata "tak ramai orang baca blog saya sekarang ni"

Tokbomo kata "ye lah, cikbib memang jarang update pun sekarang ni"

Saya pun jawab "kita kena selalu pergi bercuti la, so that I have something to write"

Tokbomo jawab balik "Bukan, kalau nak orang follow, cikbib kena buat cerita bersiri, yang ada "to be continued" atau part 1, part II."

Hmmm...bernas tak jawapan tu? ekekekek

Bukan senang nak jadi penulis kan? kadang-kadang kita memang ada topik/isu untuk ditulis, tapi kebolehan untuk mengupas isu tersebut, membuat nilai tambah supaya ianya membawa erti dan menarik untuk dibaca, bukanlah senang.

Tapi tak pe, saya nak try juga sikit-sikit...dan kalau bukan semua orang suka, saya cukup pasti yang atleast ada 5 orang pembaca setia, haaa, siapakah orang orang itu? Sila angkat tangan.

Hmmm...I am going to end my post here although I am not sleepy yet. 

Doa saya semoga semua pembaca saya sihat fizikal dan minda and have a productive days ahead.

Dan semoga Allah memakbulkan doa untuk Imran. Kembalikanlah pandangan mata Imran Ya Allah. Kurniakanlah dia serta Irfan dan Iman segala kebaikan di dunia dan akhirat. Aaamiin.

Sekarang sudah pukul 2.33 pagi.

Monday, January 12, 2015

First School Day - 2015

Hah..I am writing.

I had a conversation with Tokbomo last night. I asked him whether it is still relevant for me to write, and he said "yes".

He even said that, if I do not continue, I will regret it later. He said "just write, even if it is only one line"

Sighhh....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anyway, I have chosen the above title because it is the first school day for year 2015. Of course I do not have any children but I will be very much affected because the flow of the traffic will be bad and I just have to go out earlier.

This morning, I managed to go out before 7.00 am and believe it or not, Shah Alam was already busy. Once I entered the Federal Highway, it was also very busy...but alhamdulillah, I managed to arrive at 7.45 am. Something of which, I would like to maintain, insyaa allah.

And...in one of my many-many wassup group, the mothers are making a lot of noise! Most of them are complaining that their children only started packing last night and they are supposed to register this morning.

Haaa...semua benda pun hilang/tinggal lah macam tu. Yang menjerit hilang tali pinggang, yang tertinggal kad asrama, macam macam. Semua ibu-ibu stress...semoga Allah permudahkan urusan mereka, dan dikurniakan mereka kesabaran. Insyaa allah, akan ada balasan baik menanti nanti.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

And....I want to try to reduce my addiction to candy crush. Yeah, tokbomo has not complained yet but I really would like to do something about it. It's better for me to read kan?

Saya baca dalam Harian Metro semalam macam mana ada pasangan yang sampai bercerai sebab hubby asyik main game/judi online. Yang couple lagi satu ni pulak, isteri langsung lambat buat kerja rumah sebab asyik main game...

Boleh juga main game ni bila stress ke, atau bila menunggu ke...but choose your time lah kan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, itu aja...have a productive days ahead.

Wednesday, January 7, 2015

Karakter yang saya jumpa di Taman Tasik Shah Alam

Assalamualaikum
 
Hari ini hari Rabu, 7 Januari 2015. Boss saya tak ade di ofis, dan saya macam banyak kerja, tapi tidak tahu nak mula kat mana.
 
Saya juga dapati post saya semakin berkurangan sekarang. Sekarang, kalau ada post pun, ianya adalah post yang bergambar, yang berupa laporan. Saya sudah tidak buat post merapu saya, yup, a short sweet post just to document what I have in my mind.
 
Tapi saya rasa hari ini saya ingin bercerita tentang watak-watak yang menarik yang saya jumpa sewaktu saya pergi ke Tasik Shah Alam for my morning walk last week. Sebab minggu lepas kami pergi sampai 4 kali, adalah beberapa character yang saya ingin highlight di sinii.
 
Character no. 1 : Datuk Bandar Taman Tasik Shah Alam
Of all the characters, I think this is the most interesting/important. Character ini adalah seorang Lelaki Melayu, berumur 60 ke atas dan bertongkat, tetapi masih berjalan laju. Apa yang menyebabkan Pakcik ini menarik adalah, setiap kali kami bertembung dengan beliau, beliau mesti sedang berbincang/bersembang dengan seseorang. Saya pernah ter over heard satu perbincangan pakcik ni dengan seorang wanita China, yup, mereka berbincang fasal pekerja asing...heee. Tapi tak pe, yang penting pakcik ni gembira dan sihat.
 
Character no 2 : Pakcik Assalamualaikum
Pakcik ni pun pakai tongkat juga, tapi tetap berjalan laju. Yang pasti, bila bertembung dengan joggers lain, dia akan bagi salam. Saya sampai malu sebab asyik dia yang bagi salam dulu, jadi, bila saya nampak aja pakcik ni dari jauh, saya akan pesan dengan Tokbomo untuk bersedia bagi salam. Ye lah, kenalah orang muda yang bagi salam kat orang tua kan.
 
Character no 3 : Uncle Cikgu Taichi
Haaa...uncle ni dah cukup lama mengajar taichi di sini. Daripada dia muda dulu dan badannya tough, sampailah sekarang, di mana badannya pelan mengecil, walaupun sihat. Pakcik ni, bila buat taichi tu, memang lah dengan penuh perasaan, sebab tu berkesan. Pernah sekali tu, bila kami lalu, kami tengok orang lain yang jadi cikgu Taichi, langsung risau, mana pergi nya uncle biasa tu? Rupanya dia ada duduk di belakang...legaaa....rasa risau pulak kut dia tak sihat ke, maklumlah, orang tua
 
Character no 4 :  Auntie pakai baju bunga-bunga
Haaa...auntie ni adalah sangat cute. Rasanya umurnya dah 90 tahun kut. Dia kecik aja,  rambut warna burgundy, pakai baju mesti bunga-bunga yang ceria dan akan mengikut uncle di atas buat taichi. Dannn, yang paling penting adalah, dia sentiasa tersenyum
 
Character no 5 : Cikgu Aerobik
Setiap hari Ahad, akan ada sessi aerobik di salah satu sudut Taman Tasik tu. Kami tidak lah pernah join, tapi kami selalu tumpang dengar muzik dan arahan yang diberikan. Antara arahan yang selalu kami dengar adalah : wohooo. Tapi, sebab dah asyik dengar, satu hari tu, kami pun bersemangat untuk tahu siapakah empunya suara cikgu aerobik tu. Haaa, bila tengok, terkejut pun ada. Cikgu aerobik tu besar orang nye. Tapi saya kagum dengan semangat dua untuk terus berexercise...semoga berkesan, insyaa allah
 
Charater no 6 : Remaja takut lalu atas titi
Character yang ini, baru sekali aja saya jumpa. Ada seorang budak perempuan ni, yang berumur dalam 9-10 tahun. Kami tengok dia dari jauh ajalah pada mulanya. Kami perasan, bila sampai aja di salah satu titi di atas tasik tu, dia akan berhenti. Terpaksalah abangnya patah balik untuk mengambil beliau. Sewaktu berjalan di atas titi tu, dia memang akan pegang tangan abangnye kaw kaw. Bila kami faham apa yang berlaku, langsung kita orang gelak.
 
Character lain : Ada banyakkkk....agaknya dia orang pun ada labelkan tokbomo dan saya dengan nama tersendiri. Ada yang memang laju berlari, ada yang berlari dengan nafas yang sangat kuat, tapi sangat istiqamah...dan macam macam. Tapi kan, sedar tak sedar, kami sudah jadi macam kawan, sebab, bila berjumpa di luar, kita orang jadi macammm..."macam kenal aja orang ni...haaa...rupanya jumpa di Taman Tasik"..
 
Okay...itu saja dulu


Sunday, January 4, 2015

Ke Mahnaz & Temerloh Catering

Hari Ahad, 4 Februari 2015.

Alhamdulillah, kami telah berjaya mengatasi rasa malas pagi tadi dan pergi for our morning walk di Tasik Shah Alam.

Lepas tu, kami pun pergi breakfast di Belanga Seksyen 7.

Lepas tu, balik ke rumah, kemas rumah sikit, mandi lama sikit, rehat sikit, berbincang dan berkelahi sikit dan akhirnya keluar balik untuk ke Mahnaz, satu kedai/kilang yang menjual barang-barang dari negeri Arab. 

Kakak saya memang ada menceritakan fasal tempat ini kepada saya sebelum ini, tapi saya tak sempat nak pergi pun, sehinggalah hari ini. Kami tidak pasti dengan lokasinya, jadi kami guna GPS ajalah. Senang aja pun, tak sampai 30 minit dah sampai. Tidak ada traffic jam, dan parking pun senang.

Saya ada gambar luar kedainya...


Tapi gambar di dalam kedai, saya tidak sempat nak amik. Rambang juga mata bila sampai tempat ni, Kami beli kurma, kacang, minyak zaitun dan beberapa barang lagi. Sempat amik gambar sewaktu barang-barang masih di dalam trolly..


Hmmm...banyak juga kita orang spent. Kami pergi ni sebab kononnnya kami nak makan makanan lebih sihat kan, so, untuk titbits tu, saya plan nak makan kurma, buah tin, kismis etcs. Insyaa allah.

Lepas tu, kita orang decided to go for lunch. Tokbomo akhirnya telah mencadangkan tempat ini :


Yup...Temerloh Catering. I was excited at first, tapi lepas tu macam dissapointed pulak. Bukan apa, I mengharapkan yang ada banyak ikan air tawar bakar/goreng. Tapi tak de pun. Annndd....I was hoping that I could have ikan patin masak tempoyak, tapi Tokbomo dah amik yang ini :


Ikan Kerai namanya , ini pun ikan sungai juga. Sedap, bukan la tak sedap. Yang paling saya suka adalah sambal belacannya yang super pedas, yeah, sesuai lah dengan saya. orang Mandailing memang kuat makan pedas.

Lepas makan, kita orang balik rumah untuk solat, dan keluar balik lepas tu, pergi Plaza Masallam pulak untuk cari compact powder saya yang tak sempat saya beli semalam.

Lepas tu, kami balik, solat dan sekarang, kami tengah tengok Gegar Vaganza....

Dan esok...keghoje lah semula. 

Have a productive week ahead you olls

Saturday, January 3, 2015

Baru lah Putih

Saya kehilangan compact powder saya baru-baru ni. Sekarang ni, saya tengah berfikir nak beli baru lah. Di Plaza Massalam, ada satu kiosk yang menjual product Rona Sutra yang modelnya Vanida Imran. Saya tidak lah tahu sangat fasal product ni, tapi modelnya cukup menarik bagi saya untuk find out more.

Hari ni, hari Sabtu. Kami mahu keluar makan pada petangnya, tetapi hujan turun sangat lebat dan kilat pun memancar-mancar, jadi, kami tunggu hujan reda sikit dan hanya keluar dalam jam 6.00 petang macam tu.

Kami pergi ke Plaza Massalam lah dan hubby mencadangkan kami makan di Nyonya Kitchen. Sebab belum pernah makan di situ, kami spent some time to look into the menu and finally decided with one of the set offered. Saya pilih set tersebut sebab saya nak cuba makan kari masak nyonya dia. Sooo...kami se tengok menu dalam set yang kami order tadi :


Mula-mula, dia bagi ni, macam appetizer. Sedap, tapi saya lebih suka sos yang di hidangkan di chicken rice shop

Ada sayur ni...


ada sotong goreng tepung

ada kari ikan style nyonya

dan ada tokbomo...he he he

Set yang kami pilih ini adalah untuk 2 orang makan, tapi sebenarnya, 4 orang makan pun cukup. Saya, bila nampak kuantiti makanan tu banyak macam tu, terus kurangkan jumlah nasi saya...itu pun tak terabis.

Tentang rasa, hmmm...kari tu tak sesuai dengan saya la. Tapi sotong goreng tepung tu dan sayur pun okay...Pie Tee tu pun okay

Ada buah buahan juga dalam set yang kami pilih tu...yang ni memang sedap.

Lepas makan, saya pun pergi lah ke kiosk Rona Sutra tu. Dia pakaikan saya product tu, tapi sebab Maghrib pun dah masuk dan saya malas nak buat keputusan tergesa-gesa, saya balik dulu.

Tok Bomo tengok saya pakai, dia kata okay aja. Tapi kalau nak beli, kena beli 3 item sekali...kena beli concealer, lepas tu bedak tu la dannn berus juga. Berusnya aja berharga RM38.

Dalam saya berbual dengan adik yang melayan tu, entah macam mana ada lah tercakap fasal nak putih putih ni. Saya pun jokingly cakap "kalau nak putih, pakailah Qu Puteh, barulah putih"

Yang kelakarnya, adik tu jawab macam ni " Betul kak, ada customer kita orang yang ambil Qu Puteh tu dan kulitnya cantik sangat. Kita orang pun sekarang ni tengah tunggu barangan yang kita order tu sampai".

Huh...hebat penangan Qu Puteh ni rupanya. You all bila lagi nak try? Baru lah putih...(sambil cucuk cucuk jari kat muka).

Have a nice day you alls.


Friday, January 2, 2015

First Jumaat of Year 2015

Pagi ini saya sempat minum pagi dengan hubby dan seorang kawan lama ni. Seronok! Tak de la sempat nak bersembang apa sangat sebab masa terhad kan, tapi tetap seronok.
 
Masuk ofis, rasa tak sabar nak cuti esok, walaupun semalam dah cuti sebenarnya, begitulah bersemangatnya saya untuk bekerja.
 
Semalam, saya sempat bertanya dengan suami saya. Saya cakap "bila la kita nak jadi millionaire ni. Kalau duit dah cukup, boleh saya cuti hari-hari".
 
Tapi suami macam blur sikit waktu tu, jadi dia telah jawab macam ni "Cikbib, memang lah kita bukan millioaire, tapi kita dah ok kan? Bersyukur ajalah"
 
Heee...tapi saya jawab balik lah macam ni "Bukannya kita tak okay, tapi kalau ada pilihan dan boleh bercuti sentiasa, alangkah best nya".
 
Hmmm...tapi ramai juga yang sudah bersara, tetapi teringin nak bekerja balik kan? Manusia memang begitu, sentiasa menghendaki apa yang kita tak dapat, yang sudah dapat, kita selalu lupa.
 
Tapi cuti yang saya ambil semalam dan pada hari Rabu adalah sangat menyeronokkan. Kami pergi jogging kat Tasik Shah Alam, spend masa sama-sama, saya sempat keluar dengan kakak saya juga, saya rasa gembira dan bersyukur sempat buat semua benda tu.
 
Pastinya saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada tahun 2015.
 
Untuk diri sendiri, saya berdoa dan berusaha untuk menjadi lebih sihat, lebih cergas, lebih rajin bekerja, lebih committed, dapat meningkatkan amal ibadah dll...semua yang baik-baik.
 
Untuk suami dan saya, kami pastinya ingin bahagia. Tapi usaha untuk bahagia itu perlu kami tingkatkan. Kami bercadang untuk menjadi lebih sihat, lebihkan exercise sewaktu cuti/weekdays, makan benda-benda yang sihat (we plan to eat at home more), kurang kan gula, minyak, dan segala benda yang tidak sihat tuh.
 
Kami juga merancang untuk lebih berjimat dan kurangkan expenditure yang tidak perlu. Contohnya, saya tidak ada visit ke Pavi tahun lepas ye..so, no new handbags/perfume...as per now lah...ha ha ha, kuatkanlah iman aku Ya Allah. Tapi kami nak berusaha untuk really implement this sebab kami dapati ramai orang yang susah dan perlukan bantuan...so, we want to get our priority right.
 
Banyak la pulak kan. Tapi mesti semua orang pun ada niat nak buat macam tu kan? Semoga ada rezeki kami untuk travel bersama, insyaa allah. Ada rezeki kami untuk mengerjakan haji juga, insyaa allah. Semoga kami sentiasa hidup di dalam iman dan dapat mengurangkan gossip...hiks...dah hidup berdua kan, gossip gossip ni memang susah nak di elak.
 
Untuk keluarga. Kami berdua selalunya cuba untuk hadir di setiap upacara keluarga. Tapi kadang-kadang, Allah tidak bagi kita rezeki masa kan, kadang-kadang sibuk ke apa. Tapi daripada pengalaman masa lalu, yang paling penting adalah niat. Saya amalkan sentiasa berdoa semoga saya dapat bersama-sama keluarga semasa diperlukan, yup, semoga Allah kurniakan kami rezeki masa.

Tapi, ada juga function yang memang terdetik hati tak nak pergi, dannn...memang lah tak pergi punnn
 
Untuk tempat bekerja/rakan-rakan sepejabat, saya mengharapkan supaya kami dapat bekerja di dalam suasana harmoni, ceria dan sentiasa dapat berbakti kepada negara. Semoga semua urusan kami dipermudahkan walaupun pastinya ada banyak cabaran.
 
Untuk agama/negara/bangsa saya...saya ada terlampau banyak harapan. Saya dapati adalah banyak perkara yang perlu diperbetulkan, yet I do not want to be too negative. Semoga Allah buka hati-hati pemimpin negara ini untuk memberi khidmat dengan ikhlas. Ianya akan menjadi titik permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. Saya sayang negara saya.
 
Okay...terlampau baik/positif akan menjadikan anda seorang yang membosankan. Hmmm...semoga blog ini akan terus hidup.
 
Chow dulu