Saturday, November 29, 2014

Hong Kong 2014 - Day 6

Assalamualaikum! 

It is now 10.33 pm, Saturday. Malaysia has just won 3-1 to Singapore in AFF Suzuki Cup...and I am happy.

Saya juga sudah basuh kain (guna mesin kali ni) dan sudah juga sidai. Sekarang ni musim hujan, oleh kerana itu, kerja-kerja untuk memastikan kain kering tanpa berbau adalah penting.

Setelah kerja-kerja membasuh selesai...marilah mengupdate blog. Saya akan bercerita mengenai hari ke 6, iaitu hari Jumaat.

Sewaktu saya masuk ke kelas saya pagi itu, saya nampak yang cuaca adalah berangin dan laut adalah berombak. Keadaan cuaca itu agak menakutkan, walau bagaimanapun, rakan dari Hong Kong mengatakan bahawa cuaca itu adalah biasa dan tiada masalah langsung mengenaik rancangan kami untuk menaiki kereta kabel di Ngong Ping.


Tengok...depa dah tukar carpet di dalam lift ke Friday 

Kelas hari ini adalah setengah hari kerana kami semua adalah digalakkan untuk menyumbang kepada ekonomi Hong Kong dengan membeli belah. Hikssss

Habis kelas, saya balik ke bilik menunggu suami saya yang bersolat Jumaat di Masjid Kowloon yang terletak di Nathan Road

Tokbomo bawa nasi beriani...murah sikit harganya, dalam HK$20...

rupa nasi tu tak lawa, tapi rasanya sedap, kami kongsi aja nasi tu

Tokbomo makan, kena lah isi minyak kan sebelum bergerak

Selepas solat dan makan, kami pun bergerak ke luar. Kita orang nak naik kereta kabel di Ngong Ping tu. Sebelum sampai ke stesen api di Ngong Ping tu, kita orang ada berhenti di perhentian untuk transit ke Hong Kong Disneyland. Bila sampai di situ, Tokbomo cakap "lain kali kita pergi Disneyland ye Cikbib"

Saya tak sangka yang hubby berminat untuk ke Disneyland, tapi kalau dia berminat, bisa saja kami pergi di lain waktu, insyaa allah kalau ada rezeki.

Kami sampai di stesen kereta kabel tu, dan beli ticket...tak ingat pulak harga ticketnya.

gambar kabel nya...hari ni orang belum ramai sangat


Saya...


pemandangan 

mula mendaki

view






 suami saya...waktu ni batteri camera dah nak habis...macam geram aja kat Tokbomo sebab tak charge battery...tapi tak pe, handphone ada kan 

saya...dengan posing menarik....kih kih kih

airport, tapi cuaca sangat berjerebu


kami naik kereta kabel ni ke Pulau Lantau. Tokbomo ada recall yang dulu, kalau dia tengok filem Hong Kong, orang-orang jahat akan ke Pulau Lantau untuk melarikan diri. Tempat ni macam secluded dan kurang membangun. Daripada kereta kabel, kami nampak ada trek yang boleh dilalui...macam teringin juga nak pergi. Mungkin boleh bawa bekal kan

Sampai aja kat pulau tu...kami nampak ada satu kedai halal dan Tokbomo terus nak makan lagi...he he he

kami beli kebab dan coffee, kongsi


bukan lapar sangat, tapi excited nak makan jugak jugak


Lepas makan, kami ke depan sikit dan nampak starbuck...haaa...terus Tokbomo menyesal sebab dah minum kat kedai yang terdahulu tu.

Bila kami sampai di sini, cuacanya sangatlah berangin, sejuk dan macam nak hujan...


Sempat tangkap gambar ni






yang ni guna self timer

yang ini pulak...he he he...ini gambar terakhir guna camera sebab bateri akhirnya habis.

Kami beratur dekat 30 minit untuk naik kereta kabel semula. Sewaktu beratur tu, ada pulak satu coupe mat salleh di depan kami. Yang lelaki tuuu, sangat handsome dan sangatlah romantik dengan pasangannya. Ramailah perempuan-perempuan Hkong, termasuk saya yang asyik melihat si lelaki ni.

Lelaki tu, muka dia macam Ben Affleck sikit-sikit.

Sampai di bawah, kami singgah di station MTR tu yang ada tempat shopping famous yang bernama Citigate (macam JPO sikit-sikit). Kami jeling-jeling lah barang-barang kat situ...tapi tak beli apa apa pun. 

Lepas tu, kami balik ke Nathan Road dan proceed ke Chungking Mansion. Kami ke Restoran Syed dan makan roti canai

 
Roti canai tu dia jual satu set dua keping. Kari ayam tu asing, Set ini harganya dalam HK$55. 

Tokbomo...sedap roti canainya. Kami order lagi satu set pun lepas tu...he he he.

Lepas tu, balik hotel dan berkemas untuk esok....

No comments:

Post a Comment