Friday, November 14, 2014

14 November 2014, Setelah lama menyepi

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak update blog nii...saya ada masalah kurang mood sikit. Sibuk sikit pun ada juga.

Hari ini, hari Jumaat, 14 November 2014, saya bercuti kerana perlu menghadhiri majlis pernikahan seorang anak sedara saya di Puchong. Semoga majlis pernikahan hari ni, juga resepsi esok, akan berjalan dengan baik. Insyaa Allah.

Banyak juga perkara yang sudah berlaku kan? Yang saya rasa nak simpan di blog saya ni. Salah satunya adalah Raja Azmi sudah bercerai dengan suaminya. Saya tumpang sedih. Tak pe, teruskan usaha dalam mencari bahagia, di dunia dan akhirat.

Oh ye, pada hari Ahad lepas 9 November 2014, Uwan Saidah, salah seorang nenek sedara saya yang juga adalah jiran saya di Chemor, telah meninggal dunia. Saya ada bercadang nak buat post special untuk beliau, tapi macam belum buat lagi lah. Umur beliau sewaktu meninggal adalah 93 tahun.

Sebab kami adalah berjiran, tanpa saya sedari, sebenarnya Uwan dan keluarganya adalah sebahagian daripada kehidupan saya. Waktu saya kecil, saya akan ke rumah Uwan untuk menonton tv dan Uwan akan buatkan air milo yang dihidangkan bersama biskut marie untuk kami.

Mak saya pula selalu menjadikan Uwan contoh untuk kami adik beradik melayan suami kami. Yup, Uwan melayan suaminya bagaikan raja...hiks...tapi saya tak ikut pun, sebab saya tak rasa saya happy kalau buat macam itu. Tapi saya suka dengan ketelitian beliau dalam menyediakan hidangan...rasa macam best aja bila dia buat table setting cantik cantik...ye lah, kami kan tinggal di kg, bila ada table setting yang lawa-lawa macam orang British tu...rasa teruja lah kan.

Anyway, Uwan Saidah akan sentiasa ada di dalam kenangan saya...doa saya, insyaa allah. Al fatihah

Saya post gambar Uwan yang diambil pada jamuan hari raya tahun 2011.



Semalam juga adalah ulangtahun yang ke 5 cucu saya, Irfan Benjamin. I do not have his photo now, tapi kalau ada celebration ke apa, I will try to post something here. For Irfan, semoga menjadi anak yang soleh. Semoga kehidupan Irfan sentiasa di penuhi dengan keberkatan dan kebahagian dunia dan akhirat. Semoga dimurahkan rezeki dan di permudahkan semua urusan Irfan, dunia dan akhirat. Insyaa allah.

Keadaan saya di rumah sekarang ni adalah macam biasa,

Di ofis pulak....pun macam biasa. Tapi banyak kerja...mohon di permudahkan urusan aku Ya allah.

Cukup kut untuk muqaddimah hari ini...lepas ni saya cerita fasal trip saya ke Hong Kong.

No comments:

Post a Comment