Saya ada baca post dalam blog lain tadi, fasal makanan.
Tapi di dalam post yang ini, saya nak menulis fasal "makan". Ianya adalah kata kerja/verb. Makanan adalah kata nama/noun, jadi, tidak lah sama ye.
Jadi, saya akan bercerita tentang saya MAKAN makanan. Yang berbeza nya adalah fokus sahaja, ianya adalah tentang budaya makan saya, bukan budaya makanan. Ada garisan halus yang membezakan antara makan dan makanan ye...
Saya suka makan dari kecil lagi, ataupun saya boleh tulis di sini yang secara amnya, keluarga saya memang suka makan.
Walaupun kami bukannya orang senang, tetapi kami banyak sumber makanan yang kami suka.
Kami boleh mendapatkan sumber protein daripada ikan air tawar yang dipancing sendiri daripada lombong/kolam di belakang rumah kami. Kami bela ayam kampung yang rasanya memang lebih sedap daripada ayam sekarang ini. Kami ada sumber telur ayam kampung yang sedap dan percuma. Kadang-kadang, abang saya akan menjala udang sungai yang sangat manis bila digoreng dengan kunyit. Kadang-kadang juga, kami makan daging burung yang di jerat sendir oleh abang saya dengan bantuan saya lah (saya adalah budak kecik yang suka menyibuk waktu itu, abang saya terpaksa layan saya).
Best kan?
Untuk sayur mayur, lagi lah senang. Ada pokok ubi di keliling rumah, sayur pucuk paku pun ada, kangkung free pun ada, dan banyak pokok lain yang kami tanam sendiri. Kami juga kaya denga pokok buah-buahan...hampir semua pokok buah-buahan ada...kami cuma kena rajin pergi ambil sahaja lah.
Antara yang jelas di dalam ingatan adalah aktiviti membakar jagung yang kami tanam sendiri...seronoknye!
Makanan kami pun simple aja dan saya diajar untuk makan tanpa komplen. Yuppp...apa-apa pun ok. Mak saya pun bukanlah suka masak, walaupun dia sangat pandai masak. Menu yang biasa adalah gulai lemak daun pucuk ubi (sebab kami orang mandailing kan), gulai lemak macam macam sebenarnya...semua benda boleh dibuat gulai lemak tu, cuma ada yang berwarna hijau, ada yang kuning dan ada yang putih.
Ikan pulak, goreng lah, atau pun bakar. Kalau abang saya balik memancing bawa ikan talapia, kami akan bakar di bawah rumah dan makan dengan kicap+asam limau+cabai burung + bawang. Marvellous!!
Kemudian, sewaktu form 1 sampai habis degree, ada dalam 9 tahun macam tu, saya banyak menghabiskan masa makan saya di dewan-dewan makan. Waktu tu, saya okay aja, kalau tak percaya, tengok badan la kan. Yeah...survive tanpa masalah.
Dan sekarangg....
Dan saya...makan. Sampai sekarang, saya memang kurang komplen fasal makanan sebab saya kurang memilih. Dan, oleh kerana itulah agaknya, saya menjadi seperti saya sekarag ini...heeeeee....
Saya dengan Tokbomo boleh makan dengan bersemangatnya walaupun hanyak berlaukkan ikan goreng cicah kicap/air asam. Siap berebut lagi.
Seronok aja pun kan?
Hmmm....tapi sekarang saya kena kurang kan badan. Boss pun baru ni siap cakap "mu sekarang ni gemuk ye Bah!..aishhhh...sensitif betul, walaupun saya tahun kenyataan itu, ha ha ha ha ha ha
Sebenarnya itu aja pun yang saya nak tulis....doakan saya kuat iman untuk kurang kan makan ye, supaya saya sihat, panjang umur, murah rezeki...Aaamiin
No comments:
Post a Comment