Saya dah tak sabar nak buat post mengenai majlis perkahwinan anak sedara saya yang sorang ni. Muaz ni anak kepada kakak saya yang tinggal di Terengganu.
Sesungguhnya saya jarang jumpa Muaz ni...dulu dia kecik aja, tapi sekarang ni dah besar, ye lah, dah nak kahwin pun.
Anyway, saya telah ambil cuti pada hari Jumaat, 13 November 2014, pada hari akad nikah di jalankan.
Sekali lagi rumah saya telah dijadikan tempat berkumpul sebelum kami beramai-ramai pergi ke Puchong. Keluarga abang saya dari Sg Petani, keluarga abang saya dari Crocodile River, Mekyah dan kembar dari Shah Alam.
Dannn...nasib baik lah kakak-kakak ipar saya faham benar akan diri saya ni, jadi mereka telah sampai di rumah saya dalam keadaan bersedia. Bersedia bukan apa, yang dari Sg Petani memang sudah siap makan nasi beriani di Restoran Syed. Yang dari Crocodile River pulak, bawak mihun goreng sikit...heeee. Saya pulak, buat teh O dan goreng keropok dan beli cream puff sikit. Boleh la untuk buat lapik perut kan. Nanti kat rumah kenduri tu mesti ada makan juga kan.
Kami juga telah berbincang, ye lah, kira sana, kira sini, dan akhirnya, untuk mengelakkan dari kelewatan, kami semua perlu bertolak right after orang lelaki balik dari solat Jumaat.
Kami berkumpul di Pusat Bandar Puchong dulu dan seterusnya bergerak ke rumah pengantin perempuan...kami sampai dalam keadaan hujan lebat...hujan rahmat.
sampai aja, saya terus ambil gambar pengantin lelaki dan letak dalam group wassup keluarga...ramai yang request minta ada live telecast...
yang ni family kita orang, menunggu tok kadhi yang lambat sikit...traffic jam dan hujan pada masa yang sama kan.
lagiii...anak-anak dara
orang lelaki dari jauh. Yang 4 tu adalah hantaran dari pihak lelaki...simple tapi cantik
yang ni jelas sikit...yang sebelah kiri dan kanan tokbomo adalah my brothers
dua orang anak sedara yang paling kecik. Imtiyaz yang berbaju hitam tu adalah yang termuda dan Ziyad adalah the second youngest
pelamin
Muaz...bersedia untuk akad nikah
Pengantin dan ibunya di atas pelamin
panjang introductionnya akad nikah kali ini
sekali lafaz saja, alhamdulillah.
Lepas tu, kami pun pergi lah makan. Saya memang lapo pun
Makanannya simple, tapi sedap. Ada nasi lemak, roti jala, sate, putu piring, buah anggur, air teh dan kopi O yang super sedap. Saya minum kopi O tu 3 cawan tau, dan akibatnya, sewaktu dalam perjalanan balik, perut sudah memulas. Dah la jalan jam...mak oiii...jenuh menahan.
Saya kena cakap lah di sini yang saya rasa majlis telah berjalan dengan cantik sekali. It was simple, but nice. Thumbs up untuk ibubapa pengantin perempuan.
Malamnya pula, abang saya yang dari Sg Petani tidur di rumah saya. Kami telah beli mertabak Singapore dan makan di rumah...sebab ada gambo, mari lah letak di sini kan...
Haaa...Imtiyaz dah book nak duduk di kepala meja
Mestilah ambil dari sudut yang berlainan kan
close up sikit.
Lepas tu, kami pun sembang dan tidurrr....
Esoknya ada majlis di Duchess Place pulak....
No comments:
Post a Comment