Assalamualaikum.
Hari ini hari Selasa. Seperti biasa, selepas Maghrib, kami berdua pun keluarlah untuk makan malam. Mula-mula Tokbomo nak pergi makan di Kedai Kopi yang terletak di Dataran Shah Alam tu, terlupa pulak yang kedai itu tutup pada hari Selasa.
Bila tengok kedai tutup, saya pun mencadangkan kami pergi ke satu kedai yang kami telah ternampak selepas kami pergi ke DEMC baru-baru ni. Nama restaurant tu, adalah seperti di bawah :
Nampak sangat menarik kan? Restaurant ni terletak di Plaza Azalea, Seksyen 14...hiks...tak jauh dari DEMC. Jommmm kita terjah
Hmmm, signage tu dari dekat
Haaa, boleh duduk di dalam,
tapi ye lah, Tokbomoh mesti perlu oksigen lebih kan, so, kita duduk lah diluar.
Kami disambut dengan senyuman ye...so, yang tu kita bagi markah penuh.
Lepas tu, kami tengok menu dan harga, mak aih, mahal!! Terlampau mahal buat kami yang memang makan di luar selalu kan. Tapi kalau datang sekali-sekala, boleh la kut.
Kami akhirnya order satu aja meal untuk menjimatkan duit...
Kami order Chilli Cheese Fries ni, big portion and cost us RM18.00. Saya ingat juga yang harga Olio Oglio adalah RM30.00
Hazelnut coffee cost us RM10.00
Saya order air suam aja, tapi saya songlap air kopi tu separuh...ekekekek
Tapi we have no problem with the taste...sedap. Coffee pun sedap. Layanan pun cepat dan friendly enough. Harga aja la mahal sikit
kertas tissue pun menarik
Dannn....licin....alhamdulillah.
Balik dari kedai ni, kami pergi ke CIMB Bank yang terletak tidak jauh dari restaurant ni, Lokasinya menarik dan berdekatan dan memudahkan. Parking pun banyak...jadik...buat masa ini tempat ini adalah sangat menarik....boleh lah cuba especially untuk mereka di jalan Platinum tuh,
Cukup ke makan fries aje.. Ke lepas tu p kedai lain.. Hehe
ReplyDeletecukuppp...dinner je pun.
ReplyDelete