Sunday, October 26, 2014

Melawat Cikgu di Melaka

Sewaktu saya di tigkatan 2 dan tingkatan 3, saya telah belajar di sebuah sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang. Antara cikgu yang paling dekat di hati kami adalah dua orang guru Bahasa Malaysia iaitu Cikgu Hasran dan Cikgu Amin.

Kedua-dua cikgu sebenarnya baru sahaja mendapat ijazah mereka pada waktu itu dan kami adalah antara murid mereka yang terawal. 

Baru-baru ini, kami telah berpakat untuk melawat kedua-dua orang cikgu ini. Berita ini telah di war war kan di dalam Wassup Group dan telah mendapat sambutan. 11 biji kereta telah bertemu di tol Jasin dengan jumlah manusianya adalah seramai 43 orang, termasuklah kanak-kanak.

Ada gambar...

Ini adalah satu antara 11 kereta yang pergi. Saya driver kali in. Kawan-kawan yang lain adalah Zahrah, Nora dan Sam. Kami bertolak dalam jam 8.05 minit pagi daripada stesen komuter Batu 3, dan telah sampai di Tol Jasin dalam jam 9.35 pagi. 

Perjalanan 1.30 jam tu dirasakan sangat pendek sebab kami memang asyik pot pet pot pet sepanjang jalan....maklumlah, dah 30 tahun tidak berjumpa.

Sampai di tol Jasin, kawan-kawan yang lain sudah sampai dan sedang makan. Ada banyak menu, ada yang sponsor nasi lemak, ada yang bawak sandwich yang sangat sedap, ada kuih muih....banyakkkk

Kena la cari port yang redup kan...haaaa....tepi bangunan ni

makan dan bersembang. Bila saya tengok balik gambar-gambar yang ada, semuanya asyik tersenyum aja....kami semua ceria dan jadi macam budak-budak berumur 15 tahun balik

haaa...cookies yang Zahrah buat yang super sedap....lagi sedap dari famous amous

Lepas makan, dalam jam 10.15 pagi, kami bertolak ke rumah cikgu Hasran. Sebab memang tidak pernah sampai tempat ni, saya telah cepat-cepat chop belakang Wak Ram...ketua tunjuk jalan kami

Haaa....kereta-kereta yang terlibat. Kereta saya yang warna putih tu...

 
Haaaa....sampai dah di rumah cikgu. Ini adalah kasut-kasut kami

Sampai di sini, sekali lagi kami dijamu. Ada nasi tomato pulakkkkk

Haaa, cikgu kami siap order nasi tomato. Kami pun, dalam cuba nak kurang kan makan, masih juga makan...

nasi tomato...


makanan lain yang kawan-kawan saya bawa dari KL. Kuih-kuih dan buah-buah

Sibuk, semuanya rajin dan bekerjasama

Yang ni gambar living room room rumah cikgu

Makan dan sembang...tengok muka-muka tu, semuanya ceria


Fai dan Zahrah...dua classmate saya dulu

one group photo, yang dukung budak tu adalah cikgu Hasran

before we left, another group photo di depan pintu rumah cikgu 

Selepas itu kami ke rumah Cikgu Amin pula yang terletak tidak sampai lima minit perjalanan daripada rumah Cikgu Hasran


Rumah yang ini meriah..warna merah dan kuning

tempat ni boys duduk

pintu antara tempat lelaki dan perempuan

yang tiup kek tu cikgu Amin, and the cake was prepared by Zahrah again...kagum saya sebab kawan saya ni pandai masak kek

the cikgus yang banyak jasanya kepada kami...Cikgu-cikgu ni ingat semua nama kami sampai ke nama ayah kami. Terharu betul. 

group photo di depan rumah Cikgu Amin

Lepas tu, kami balik


Sebelum tu...haaa....ini adalah BFF...kami gang betul waktu form 1-3. Ini pun tak cukup korum sebab Azah, berada di Kuantan.

I had a great time lah waktu pergi Melaka ni. Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi saya tidak masukkan semua. Seronok jumpa kawan, seronok jumpa cikgu, seronok sebab dapat menggembirakan cikgu...alhamdulillah. Semoga ada rezeki kami beraktiviti bersama lagi.












No comments:

Post a Comment