Thursday, October 23, 2014

Teach Your Child How to Spend

Sekarang ni adalah waktu bekerja, tapi saya sangat mengantuk dan rasa perlu bertenang.
 
A few days back, bila buka radio, antara berita yang telah keluar adalah mengenai bertambahnya golongan mudah yang berumur kurang daripada 25 tahun telah diistiharkan muflis.

Stesen radio itu seterusnya telah menjadikan topik tersebut sebagai basis perbincangan yang seterusnya dinamakan "Teach Your Child How to Spend".

Pastinya ada bermacam-macam pendapat telah diluarkan. Ye lah, yang suruh ajar anak-anak menyimpan, menyuruh setiap anak di ajarkan untuk "apportion" kan duit mereka, suruh ajar berjimat dan lain-lain...
 
Ada banyak lagi perbincangan sebenarnya, tapi saya terus terkenangkan emak saya. Ye lah, sewaktu saya dilahirkan, kehidupan adalah lebih simple, tiadalah kad kredit ke apa dan sebab duitpun tak banyak, kehendak dalam kehidupan pun adalah lebih simple.
 
Apa yang emak saya ajar tentang penggunaan duit pun adalah basic dan senang untuk di faham.
 
Nombor satu adalah, berbelanja ikut kemampuan. Kalau gaji RM500, berbelanjalah seperti pendapatan anda adalah Rm500. Masalah akan muncul apabila gaji kita Rm500, tetapi kita berbelanja seperti pendapatan kita adalah RM1000. Punca segalah masalah adalah ini!
 
Nombor 2 adalah jangan jadikan berhutang/meminjam sebagai amalan. Sepatutnya, sekiranya kita mengamalkan kaedah yang pertama seperti di atas, kita tidak perlu pun berhutang/meminjam. Tetapi, sekiranya kita lupa diri, maka akan muncul lah masalah sehingga terpaksa meminjam.
 
Nombor 3, sekiranya anda sangat-sangat perlu berhutang/meminjam (memang ada masa nya yang kita terpaksa berhutang kan), jadikan urusan membayar hutang tersebut sebagai priority, jangan tangguhkan pembayaran hutang anda.
 
Nombor 4, berusahalah menyimpan.
 
Sampai sekarang, saya pegang aja nasihat emak saya ni. Memang lah, saya tahu ada kawan saya yang kata saya kedekut, tak pandai menikmati hidup dan kurang gaya. Saya pun mengaku juga lah kut...hiksss. Tapi, bagi saya, yang paling penting adalah hati senang. Apa guna kalau baju cantik, bergaya dengan kereta hebat, tapi nak isi minyak pun terpaksa meminjam....we better set our priority right kan?
 
Hidup saya sebenarnya pernah juga sempit sewaktu saya mula-mula perlu membayar loan rumah dan kereta, gaji memang tak cukup dan memang ada insan berhati mulia yang offer nak bagi pinjam duit...walaupun dia pun tak berapa ada duit...he he....yup, memang berat, tapi alhamdulillah, saya survive tanpa perlu meminjam sebab saya ada duit simpanan...duit itu saya simpan sejak saya belajar lagi. Simpanan tu pun, tak la banyak, tapi cukup lah untuk cover sikit-sikit, he he  he he...at least la kan
 
Ini adalah topik yang membosankan kan? Bertambah mengantuk saya!!! iskkk
 

No comments:

Post a Comment