Saya ada buka blog gossip yang menceritakan tentang bagaimana Den Wahab telah membangkitkan isu tentang hutang tertunggak sejak tahun 2000 daripada ayah Shilla Amzah, ND Lala.
Lepas tu, ada pulak statement dari Shilla Amzah yang perli balik Den Wahab.
Lepas tu, Den wahab jawab balik yang perkara itu berlaku waktu Shilla terlampau kecil dan oleh kerana itu, dia mungkin tidak tahu.
Saya tidak sokong mana-mana pihak tetapi sebab saya baru saja memperkatakan tentang "kesetiaan" dengan seseorang, saya ingin menjadikan senario ini sebagai contoh.
Di sini Shilla terus memberi statement untuk membalas kenyataan Den Wahab. Saya tidak pasti sama ada Shilla telah memeriksa tentang kebenaran kenyataan Den Wahab itu atau tidak dengan bapanya sebelum menulis statement balasan di dalam instagramnya, tetapi yang pastinya kenyataan balas beliau adalah defensive dan pastinya kita faham kenapa, Shilla kan seorang anak yang baik dan Den Wahab telah menyentuh integriti bapanya, antara manusia yang paling dia sayangi, pastinya dia rasa tercabar.
Semalam, saya ada berbincang dengan suami mengenai satu pasangan ini. Panjanglah perbincangannya, tetapi sebagai kesimpulan, Tokbomo telah berkata macam ni "Alah, suami dia ni mestilah sokong dia sebab dia hanya menerima cerita daripada sebelah pihak, dia hanya mendengar cerita daripada isteri dia sahaja, tidak daripada orang yang di sebelah sana".
Saya jawab balik "laaa, dah memang isteri dia kan? Mestilah dia dengar dan percaya lebih dengan isteri dia. Kalau saya cerita kat Shuk pun, mestilah Shuk percaya lebih kat saya. Shuk mesti rasa saya ni betul dan tak perlu nak siasat dari orang lain dulu"
Dan Tokbomoh terus buat muka dan diam.
Sebenarnya itulah kenyataan kan? Kadang-kadang, bila orang yang kita sayang sangat-sangat datang mengadu, kita tanpa usul perika akan memberi sokongan atas dasar sayang dan setia. Memang itulah kenyataannya, sampai kadang-kadang kita hilang rasional dan menyokong tanpa usul periksa.
Perkara ini sebenarnya okay, malah kadang-kadang sangat diperlukan. Tetapi kalau kita berlebih-lebihan mungkin boleh membawa keburukan.
Sepatutnya atas rasa kasih sayang dan setia, kita perlu memberi nasihat apabila di perlukan. Sekiranya salah, katakan salah, dan sekiranya betul, katakan betul. Kebenaran perlu ditegakkan tetapi carilah pendekatan yang sesuai supaya yang penerima nasihat tidak berjauh hati.
Dan untuk Tokbomo, jangan marah ye tentang perkara semalam tu. Terima kasih lah sebab selalu percaya dan memberi sokongan dan nasihat kepada isteri anda yang macho ni.
Salam Jumaat untuk semua dan Selamat Hari Raya Haji!
No comments:
Post a Comment