Friday, October 3, 2014

Tak Feel Langsung!

Hari ni hari Jumaat, hari bekerja terakhir sebelum hari raya haji.
 
Dalam group wassup family hubby dah bising dah fasal preparation raya. Ada yang dah masak kek, ada yang rendang dah di atas dapur, ada yang cerita kek yang dia order dah sampai. Saya yang baru baca perbualan tu tiba-tiba baru teringat, hari raya haji dah nak tiba, macam mana saya boleh tak feel langsung ni.
 
Saya pulak, kali ni mungkin tak buat apa-apa preparation kut. Hubby kata, kita balik bawak perut kosong aja cikbib.
 
Saya okay ajaaaa.....ha ha ha ha...tapi saya ada order kuih simpulan kasih tu sikit dan kami beli barangan dapur lain seperti nescafe, susu, air mineral dll. Contribution orang yang kurang rajin masak.
 
Sekarang ni pun, saya tidak masih di ofis sebab kena attend dinner yang related to work lah.
 
Anyway, selamat bercuti semua. Selamat berhari raya dengan keluarga. Saya berdoa semoga semuanya, sama ada keluarga, kawan atau pun kerja, akan menjadi lebih baik selepas ini. Insyaa Allah

No comments:

Post a Comment