Saya ada baca blog lain yang cerita fasal hubby mereka yang terlebih pengemas. Hubby dia ni suka menyapu/vaccumn rumah. Bila menyapu halaman rumah tu, siap sapu juga halaman rumah sebelah...hikssss.....rajin bebeno tu.
Ada sorang suami ni, siap boleh menyapu rumah 5 kali sehari. Pantang menengok rambut atas lantai, terus sapu...heeee...rimas la juga isteri dan anak-anak dia.
Tokbomo pulak, lately ni, selepas kami pasang lampu Ikea hari itu, dia jadi terlebih bersemangan untuk berkemas juga. Tapi dia punye pengemas tidak lah melemaskan saya, tapi ianya menjadikan saya sedikit risau untuk selerak barang or in other words, saya menjadi lebih bermotivasi untuk jadi pengemas juga.
Sekarang ni, bila saya balik aja dari kerja (saya kan selalu sampai rumah lebih lambat), saya dapati keadaan rumah adalah teratur. Kusyen besar yang selalunya bertebaran di atas karpet akan tersusun di atas sofa. Tokbomo juga sekarang ni amat suka dengan lampu yang suram-suram ni. Dia telah bawa lampu lama kami di bilik dulu tu dan letakkan di bawah.
Bilik tidur pun kemas aja. Dia telah bagi amaran suruh saya ambil semua barang yang saya campak-campak tu dan simpan. Jika sebelum ni dia memang tidak sentuh langsung meja solek tu, kali ini meja solek pun dia kemas kan.
Dapur pun boleh tahan kemas...
As a result, saya pun jadi lebih sensitif. Bangun tidur, saya cubalah terus tepuk-tepuk saya punya bantal dan kalau sempat, saya terus aja kemas katil (tapi selalunya memang tak sempat).
Di dapur pulak, usaha saya untuk mengemas dapur bila selesai memasak adalah lebih dari biasa. Bukan apa, bila ada orang yang menolong, kita sendiri pun akan rasa lebih semangat untuk mengemas.
Saya harap dan berdoa semoga perkara ini dapat kami kekalkan...insyaa allah...(cuba positive). Lagi pun, benda ni benda baik kan.
Rumahku syurga ku...gnite guys!!
No comments:
Post a Comment