Monday, June 30, 2014

Pre Posa and First Day of Posa

Salam Ramadhan!
Hari ini, 30 Jun 2014, hari ke 2 kita di Malaysia berpuasa, alhamdulillah.
 
 
Sebelum berpuasa, iaitu pada hari Sabtu, Tokbomo dan saya telah pergi sekali lagi ke Midvalley Megamall. Tujuan pergi adalah untuk menjalankan peranan kami sebagai Datuk Bandar Simpanan Shah Alam (DBS : siapa yang tidak tahu term ini untuk apa, sila baca post-post saya di bulan puasa tahun lepas ye).
 
Mula-mula kami tidak pasti sama ada kami ingin melantik diri kami sekali lagi sebagai DBS, tapi kami rasa, it is only rightlah untuk kami melantik diri kami...hiks...bukan rugi apa apa pun kan, ekekekekeke!
 
Anyway, manusia adalah sangat ramai di Midvalley, sampai saya yang teringin nak beli baju baby untuk cucu-cucu saya telah mengambil keputusan untuk balik aja...malas beratur.
 
Kami kemudiannya telah pergi ke Jalan Bellamy, untuk makan ikan bakar buat kali terakhir lah kononnya. Hmmm...tengok tengok, punye lah ramai orang...mak oiii...langsung tukar plan.
 
 
Di Shah Alam pun sama...restoran restoran penuh...semua orang macam kemaruk nak makan.
 
Tapi kami okay...kami memang sokmo relax kan...kecuali hubby yang takut sakit perut. Tapi yang baiknya, kami ada sedikit rasa insaf...heee...bila tengok orang buat salah kita perasan la kan, kalau kita yang buat salah, kita tak nampak. Tapi ye lah, tengok orang macam beriya sangat nak makan, kami telah memperbaharui azam kami untuk lebih bertenang dalam bulan ramadhan ni dan berusaha untuk tidak menjadi hamba perut...semoga engkau bagi kepada kami kekuatan Ya Allah
 
------------------------------------------------------------------------------
Saya telah masak ayam masak merah pada hari Sabtu malam Ahad tu, untuk bersahur, juga buka puasa esoknya (kalau ada lebih), juga bagi sedikit kepada Pijah.
 
 
Waktu sahur, saya tengok hubby makan macam seronok sangat makan ayam masak merah tu. Saya rasa bukanlah sebab sedap sangat kut, tapi mesti sebab dia rindu masakan saya. Saya mengakulah, saya sudah lama betul tidak masak...haih...bila tengok suami berselera, rasa macam nak masak selalu aja
---------------------------------------------------------------------------------
The next day...puasa day. Saya sempat berurut pada pagi Ahad tu. Lepas tu, dalam jam 12.00 tenghari, kami bersiap untuk ke rumah Pijah. Sebelum tu, tiba-tiba hubby buat suspens...yup, sakit perut.
 
Aduihhhhh...ngerinya waktu tu. Tapi alhamdulillah, sakit nya sekejap aja...kami relax sekejap dan terus ke rumah Pijah.
 
Waktu balik semula ke Shah Alam, baru kami perasan yang bazar Ramadhan di sekeliling Hotel Quality tu masih belum ada (atau tidak akan ada?). Tapi bazar di sekeliling SACC Mall memang sudah meriah. Oleh kerana hari tersangat panas, kami tak singgah pun.
 
----------------------------------------------------------------------------------------
Balik, solat, tidur....heeee
 
----------------------------------------------------------------------------------------
Bangun, solat Asar, dan hubby decided to pergi kedai Sederhana to buy some kuih untuk berbuka (walaupun pada mulanya kata tak nak, he he he).
 
Saya pulak, decided to masak gulai lemak udang dan goreng sayur. Ayam masak merah pun ada sikit..soooo...okay lah tu kan.
---------------------------------------------------------------------------------------
Berbuka - Tokbomo memang lapar kali ni. Tapi kami bersyukur sangat sebab Tokbomo boleh menyempurnakan puasa walaupun tidak lah senang. Moga Allah bagi kekuatan dan memudahkan semua urusan kami untuk menyempurnakan ibadah puasa kami.
--------------------------------------------------------------------------------------
Bulan puasa ini, banyak kan amal ibadah, kurangkan mengumpat...heee....
 
Dan saya akan tingkatkan doa saya buat Imran...budak pipi labuh yang tak mahu dengan orang lain tu
 
Ya Allah...engkau kembalikanlah pandangan mata Imran Ya Allah kerana sesungguhnya, ianya adalah amat mudah bagi mu, sekiranya engkau menghendaki. Engkau jadikanlah Imran, Iman dan Irfan, hamba hamba mu yang soleh. Aaamiin.
------------------------------------------------------------------------------------------
Have a blessed Ramadhan  everyone!

Friday, June 27, 2014

Semalam & Cerita Fasal "Sakit"

Semalam, saya tinggal sorang di ofis (dikalangan DD laaa, officers ada 4 orang).
 
Boss dengan seorang DD pergi Perlis, DD lag satu tak sihat...jadiknya, tinggal lah saya.
 
Tetiba ada meeting yang saya perlu chair, tak pe, saya pun chair. Tapi sementara menunggu ahli mesyuarat sampai, ada seorang kawan bercerita.
 
Kawan saya ni bagi tahu, dia telah di hospitalkan selama 8 hari. Sakitnya? Tidak dapat ditentukan.
 
Menurut kawan saya, sebelum di masukkan ke hospital, dia telah demam. Sebab dia ingat demam dia biasa-biasa aja, dia pun makan panadol. Tapiii, selepas 3 jam, demam dia datang balik.
 
Kalau tak silap, dia telah menunggu 3 hari kut barulah dia ke hospital. Setelah sampai di hospital, doktor dapati buah pinggang serta hatinya were badly effected, macam sedikit rosak dan mengambil masa hampir seminggu untuk sihat semula.
 
Oleh kerani hati kan tidak sihat, mata kawan saya pada waktu itu sudah menjadi kekuningan.
 
Tapi, alhamdulillah kawan saya ni sudah sihat...walaupun tidak 100%, tapi he is recovering, dia cuma perlu berihat lebih.
 
____________________________________________________________________________
 
Balik ke bilik setelah habis mesyuarat, saya telah mengambil sedikit masa untuk membaca group wassup saya. Saya telah mendapat satu berita di mana anak kepada cikgu sekolah saya yang berumur 27 tahun telah dimasukkan ke ICU kerana tekanan darah yang terlampau tinggi sehingga menyebabkan stroke.
 
Hmmm...penyakit ni tidak mengenal umur kan? Terkejut saya...sedih...insaf...semua ada
 
Kawan-kawan doktor saya telah telefon cikgu saya untuk mendapatkan maklumat..(heee, macam penyiasat kan). Menurut mereka, anak cikgu saya ni memang mempunyai darah tinggi (dari keturunan ye, yang sangat kuat...they have used this perkataan which I cannot recall).
 
Selain daripada itu, dia juga telah tidak mengambil ubat, dan mengalami banyak tekanan kerja.
 
_________________________________________________________________________________
 
Darah tinggi ni kadang kadang kita tak sedar pun...dia boleh ada tanpa tanda tanda yang jelas.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Saya doakan diri saya, suami dan semua sedara mara, kawan-kawan, sihat sihat selalu, insyaa allah. Jauhkan kami dari segala penyakit ya Allah. Aaaamiiin.

Monday, June 23, 2014

Apa orang kata

Baru baru ni, waktu berkemas, saya terjumpa 3 kad ni...yup, setiap kad tertulis pendapat orang lain mengenai saya.

Sebaca :







Saya pun pelik la, semua orang kata saya calm, composed...macam bagus kan?

Sat, mari saya tanya apa pendapat hubby tentang kad ni...sat ye..

Tau tak hubby cakap apa? haaa, dia kata, "jawapan kat atas semuanya jawapan diplomatik"..

aish...tak nak kawan la macam ni...orang baru nak feel good

Membebel

Semua orang bercakap mengenai OKU terabai tu...nama di Firdhaus kalau tak silap. Saya sebenarnya sudah beberapa kali mengelak untuk menonton video yang menunjukkan gambar Firdhaus sewaktu mula-mula dijumpai, tapi hari ini, saya tengok juga akhirnya...mengalir air mata saya.
 
Siannya...terus teringat cucu-cucu saya yang masih kecil, yang masih belum tahu menjaga diri sendiri. Firdhaus sebenarnya sudah berumur 14 tahun, tetapi sebab dia OKU, dia masih tidak tahu untuk menjaga dirinya sendiri.
 
Ibunya pula terus defensive dan saya sendiri tidak mahu menilai perbuatan ibunya itu, biar Allah sahajalah yang menilai dia.
 
Bila jadi macam ini, I just wish that I am richer, ada kuasa and is able to do something to change the world...heee...I CAN CHANGE THE WORLD - ERIC CLAPTON!
 
Tapi tu lah, kalau nak tunggu sampai ke tahap tu baru nak menyumbang...haaa...bila pulak nak menyumbang tu kan...
 
Tapi saya rasa kita perlu improve kita punya support system la. Yang paling penting sekali, pihak yang berkenaan, yang sepatutnya membantu orang-orang yang susah ni, perlu ikhlas dan mainkan peranan dengan betul.
 
Betul-betul cari orang yang susah ni dan bantu. Bantuan yang diberikan, perlulah relevant. Janganlah di tahun 2014 ni, dan orang tu ada anak lapan, diberikan RM350 sebulan....Selain daripada itu, sediakan tempat untuk orang-orang susah ni untuk mengadu...saya dapat bayangkan sesetengah orang tu yang susah, ahli keluarga lain pun susah juga...haaa...nak mengadu kat sape?...
 
Suami saya ada seorang kawan yang agak kaya dan sering membantu orang. Baru-baru ni, seorang kawan telah menelefon suami untuk meminta sedikit bantuan daripada orang kaya ni. Kawan suami memerlukan duit untuk menghantar anaknya masuk ke Universiti. Dan ye, suami saya call aja orang kaya ni dan orang kaya ni terus cakap "ok, I masukkan duit ke akaun you and you tolong bagi duit kepada yang meminta tu"...senang sungguh.
 
Hmmm...saya pun tak tahu juga sebenarnya macam mana nak outline kan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat yang susah. Mungkin Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh belajar daripada negara-negara lain...
 
Dalam Islam sendiri menggalakkan kita membantu sesama Islam, sesama saudara. Tapi sekarang ni ramai orang yang malu pula nak minta tolong kat orang lain...maklumlah, ukhwah pun tak de, semua orang duduk rumah aja, tak pergi surau, tidak bergaul dengan orang...mana ada ukhwah.
 
Saya membebel...Bib Bebel....saya doakan yang terbaik untuk Firdhaus, untuk semua umat manusia.

Sunday, June 22, 2014

Closure of the week, 22 June 2014

Waktu saya mandi pagi tadi, saya terperasan satu benda...yup...saya rasa saya macam telah tersasar. Saya kurang positif dan terlampau banyak risau. Saya juga telah membiarkan sumber-sumber luar untuk "define" hidup saya...ini sudah tidak betul.

Saya telah lupa dan bertindak seperti orang lemah. Saya perlu bertindak dan mengambil ihkeputusan untuk realign diri saya ni balik, lebih lebih lagi dengan kedatangan bulan puasa ni kan. Hmmm...masa untuk bermuhasabah.  

Saya juga terbaca post ini dalam facebook :


Sooo...saya nak lebih positif, lebih yakin, jangan jadi pengecut sangat and be happy. Insyaa Allah. Have a productive week ahead everyone!

Friday, June 20, 2014

Habis Ganti Posa

Hari Isnin lalu, alhamdulillah, saya telah menghabiskan puasa qadha saya. 

Hubby sebelum ni risau sungguh kalau saya tak sempat nak ganti, sampai dia janji nak belanja saya dekat Serai kalau saya habis ganti posa. Oleh kerana itu, pada hari Isnin baru-baru ni, dia pun ajak la makan malam di Serai...tapi saya minta tukar ke Famous Thai di Plaza Masallam...

Kami telah solat Maghrib dulu di rumah, lepas tu baru pergi makan malam. Dekat je pun, 10 minit macam tu aja...ok, jom tengok gambar

Yang atas ni air...Tokbomo order air tembikai, saya order air belimbing

Kami order kangkung goreng belacan

Yang ini udang masak sweet sour...a little too sweet for our liking..

Tomyam...rasa dia macam rasa tomyam kat Serai gak

Suasana Restaurant ni lebih selesa jika dibandingkan dengan Serai...Serai tu kecik dan sempit. Tapi kami bila makan ni teringat pula dengan gang dari Ipoh yang dah lama tak dtg Shah Alam...kalau depa dtg, kita boleh try kedai ni pulak ye

Entrance, jenuh Tokbomo kempih kan perut...heeee

Kami dah tinggal kat Shah Alam ni dekat 8 tahun, baru inilah kali pertama kami pergi makan di sini, kira okay laaa...better late than never

Lepas tu kami pergi jalan-jalan dan merasakan yang kami deserve some dessert...yup...decided to have this...

yeow....Baskin Robbins.

heee...lega sebenarnya bila dah habis ganti posa ni...tapi ada juga kawan-kawan saya yang belum habis ganti lagi kan? Good luck friends, semoga dipermudahkan semua urusan kita.








Thursday, June 19, 2014

Ayah?

Baru-baru ni, ada seorang kawan saya bercerita bagaimana anak perempuannya telah menghadiahkan dia pen sempena father's day. Hadiahnye sangat simple, hanyalah 4 batang ballpen, tapi kegembiraan di hati kawan saya itu, dapat saya rasakan sebab selepas menunjukkan hadiah itu kepada saya, dia juga telah menunjukkan hadiah itu kepada semua orang lain. Mesti dia rasa sangat terharu.
 
Semalam juga, Tokbomo bercerita bagaimana seorang kawannya bercerita mengenai anak dara nya yang seorang ini (baru habih SPM). Kawan saya ni cakap macam ni "anak aku tu, sekarang ni sudah lagi besar dari isteri hang, risau aku. Aku takut kut tak da orang nak kat dia nanti...tapi budak ni tak risau langsung, dia tak de niat langsung untuk berdiet aku tengok".
 
Heeee....langsung saya tanya Tokbomo..."saya lagi besar dari isteri kawan you tu ke?"...(heee...riso...)
 
Hubby cakap..."Bukannn, dia cakap budak tu besar dari cikbib, itu aja".
 
heeee....sebenarnya apa yang saya risaukan tu is beside the point lah kan, cuma yang saya nak cakap di sini adalah rasa prihatin seorang ayah. Semua dia risau, sampai anak dara dia "besar" sikit pun, dia dah risau...heeeee
 
Hubby pulak, sebab isteri dia pun boleh tahan "comelnya" kan, cakapla macam ni "Tak yah risau sangat, tapi hang pujukla suruh dia diet pelan pelan".
 
Heee....hubby pun belum berjaya sepenuhnya untuk memastikan saya berdiet untuk kurus.
 
Anyway, ayah saya meninggal dunia sewaktu saya berumur sepuluh tahun, jadi saya tidak ada banyak cerita mengenai ayah saya. Tapi saya memang rasa yang saya banyak ikut ayah saya, lebih lebih lagi dari segi bentuk badan...gaya berjalan, cepat panic, penakut, penakut jumpa doktor, cepat meto (se check makna meto tu apa ye...se google) ...heeeeee.
 
Saya juga ingat, saya suka peluk ayah saya dan sembam muka kat perut dia, he he....
 
Muka sayaaaa....saya tak pasti lah, muka ayah ke, muka emak ke...tapi saya ingat lagi, waktu saya form 2 atau form 3, ada sekumpulan budak lelaki telah menegur saya dan salah seorang tu telah berkata macam ini "Bib, you ni handsome laa"
 
Hmmm...semenjuak dari detik itu, saya pun menerima hakikat ke"machoan" diri ini...haaaaa.
 
Okay lah...cerita kosong dari saya, sebenarnya nak wish Happy father's day to all fathers out there. Happy father's day to dear hubby because I know you are a very good father if you have children of your own and of course al-fatihah for both my father and my father in law.
 
Chow dulu...

Sunday, June 15, 2014

Nu Sentral dan Plaza Masallam

Semalam...ada aktiviti. Kami pergi Nu Sentral dan petangnya pergi Plaza Masallam. 

Kami pergi Nu Sentral tu sebab saya tak sempat pergi waktu hari-hari biasa, walaupun dekat aja dengan office. Hubby pun nak pergi juga...so...let's go.

Banyak kedai yang tak buka lagi pun pun...tapi ada gak hasil...hubby pergi kedai Levis dan saya pergi kedaii...l'occitane...

Lepas tu, kami pergi lepak Starbuck...lepas tu balik..kejap aja pun

Tak de tangkap gambo pun...except for this one, ditangkap sewaktu saya berjalan di belakang hubby :



Saya tak boleh explain kenapa sampai macam ini Tokbomo berjalan...he he he he....

Balik rumah, solat, lepak sat, lepas Asar, kita orang pergi Plaza Masallam pulak. Pergi kedai kasut, hubby sempat beli sandal untuk ganti sandal yang telah dicuri orang baru-baru ni. Lately ni, ada orang yang suka curi kasut la, kami determine to bawa semua kasut masuk dalam sekarang ni. Gate pun kita orang kunci dah walaupun untuk keluar sat aja.

Objektifnya sebenar ke Plaza Masallam adalah untuk makan malam...mula mula hubby nak makan nasi lemak di kedaiii...lupa pulak namanya, tapi habis. Oleh kerana itu, kami decided to go to one of the shops at the Lower Ground Floor. Hubby makan pancake, saya pulak makannn...lupa la namanya...Ada gambo...he he he




Hari ini...hubby tidur sebab sakit perut dan sayaaa...update blog

Saya dan Kilauan Emas 2014

Sekarang ni, saya tengah tengok siaran ulangan konsert Mega Kilauan Emas. Waktu siaran langsung pada hari Rabu lepas, saya berada di JB, kerja, jadi tak sempat nak tengok.

Akhirnya, Arif menang...I am so happy for him. Sebenarnya saya tak ikut pun pertandingan ni pada awalnya, Tokbomo aja yang ikut. Saya mula tahu sikit-sikit bila saya tertengok program yang Arif nyanyi lagu Oh Ibu tu...bila orang ramai menangis tu. Waktu tu saya tak la rasa apa apa, sebab macam blur kan.

But the next morning, Arif keluar dalam dalam radio Sinar. Dalam rancangan itu Arif telah bercerita macam mana dia terpaksa naik bas dari Pahang ke Shah Alam untuk hadir ujibakat. The first time dia datang tu, ntah sebab apa ntah, dia terpaksa balik ke Pahang semula. Untuk kali yang ke 2 itu, dia telah sampai subuh subuh lagi, pergi ke Anggerik Mall tu, tidur kat mana-mana, dan tidak mandi hingga ke malam. 

Satu aja conclusion yang saya boleh buat : "orang susah dia ni, sian dia".

Arif sudah berumur 42 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai pembancuh minuman.

Sebab dah kenal dengan Arif tu, saya pun excited nak tengok final..and yes, waktu konsert akhir tu, Arif punye cubaan semuanya menjadi. Lagu yang dia pilih pun betul...sooo...dia betul betul shine.

Pada malam konsert akhir tu juga saya baru kenal dengan peserta yang namanya Ben...dia seorang penyanyi dari Sabah (Basking). Dia memerlukan duit untuk membetulkan tangga rumahnya...untuk itu, saya doakan dia dapat no. 3...heeee...sebab saya rasa Zain dengan Arif memang lebih menyerlah.

Nas pulak, yang menurut Tokbomo selama ini adalah lebih consistent...dengan takdir Allah, semua yang dia rancang, agak kurang menjadi pada malam konsert akhir.

Panjangnya introduction...hah...sebenarnya saya hanya ingin menulis yang takdir setiap insan itu adalah berbeza. Setengah orang, Allah bagi kesenangan pada awal hidupnya, tapi susah dia akhirnya...ataupun sebaliknya

Saya doakan Arif berjaya, di dunia, juga di akhirat. Semoga dia pandai manage hadiah yang dia dapat dan sentiasa di dalam petunjuk Allah. Moga dipertemukan jodoh dengan seseorang yang boleh membantu kehidupannya. Kereta tu pulak, kalau nak jual kat saya pun boleh.....ekekekeek

Pada kita semua, yang sering merasakan kita adalah orang yang paling malang kat dunia ni, bersabarlah dan jangan sesekali putus asal. Teruskan kehidupan, teruskan usaha, teruskan doa...insya allah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Have faith...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hubby sakit perut lagi hari ini dan oleh kerana itu, plan untuk ke Midvalley terpaksa ditangguhkan...sedih saya

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya nak doa untuk Imran juga kali ni : Ya Allah, kurniakanlah Imran cahaya penglihatan. Kurniakanlah Imran, Iman dan Irfan cahaya Iman...semoga mereka akan membesar sebagai hamba mu yang soleh, yang beroleh kejayaan, di dunia dan akhirat. Aaamiin



Saturday, June 14, 2014

Port Lepak di Bulan Posa

Baru baru ini, sewaktu bekerja keras membuat persediaan untuk pergi ke Johor, yup, sebab stress dan hari baru lepas hujan, saya telah mengambil keputusan untuk membuka blind tingkap saya di ofis...anddd...walaaaa...when it was captured like this, tempat saya nampak macam hebat...ha ha ha

nampak macam korporat korporat pulak kan?....heee...view nya bangunan sebelah aja pun...

Sebenarnya baru baru ni, boss saya telah berpindah ke bilik baru, jadi saya pindah pula ke bilik dia...

Panjang juga saya berfikir fikir sama ada nak pindah atau tidak sebab macam malas nak kemas barang kan. Lagipun, bilik ni panas sikit sebab betul betul mengadap matahari naik...saya kena pasang kipas selalu....mari lah tengok gambar...

 Ini port saya bila blind tidak di buka....

from a different angle. Saya tak ingat bila saya tangkap gambar ni, tapi kalau tengok kat luar, macam dah malam tuuu

Bilik ni ada sofa dan meja...saya seronok sebab boleh letak saya punye pokok tuh...Boss kalau datang bilik ni, suka duduk kat sofa. Jiran saya pulak, mula mula excited nak duduk sofa, tapi lepas tu dia kata "tak puas la akak nak duduk sini, jauh bila nak bercakap"...he he


 
Gambar atas diambil sewaktu saya baru bawa masuk laptop dengan telephone...kosong. Saya mula pindah setelah balik dari Bali, dalam 22 Mei dulu. Kipas tu memang kena on selalu. Dan tengok tu, ada lorong sebelah kiri tiang tu kan...

Itulah yang istimewanya tentang bilik ni, yup, penyebab utama kenapa saya nak pindah adalah....

tengok atas tu...ada lorong ke belakang


and...yessss....ada hidden area...tempat ni saya boleh buat tempat solat dannnn...lepak....tidur ke ....waktu lunch. Walaupun panassss...tapi kalau ada kipas, okay aja sebenarnya

Buat masa sekarang, bilik ini adalah sangat kemas dan saya macam seronok aja masuk bilik ni. Bila nak balik, saya pastikan saya susun meja kemas...lepas tu senyum senyum sebab nampak meja macam cantik aja...ha ha ha.

Bila nak datang kerja pun macam excited. Macam best aja nak pergi bilik tu...heeee

Tapi keadaan pada masa depan saya masih belum pasti...bila kerja macam banyak dan kelam kabut...meja pun jadi macam tu lah selalunya...walaupun saya sebenarnya cuba nak jadi kemas.

Yang masa depan tu, tak yah fikir dululah kan. Tapi buat masa sekarang, saya rasa tempat ni motivates me to come to work lah. Semoga saya boleh maintain untuk jadikan bilik ini kemas...semoga saya boleh improve, jadi pekerja yang lebih baik...menjadi insan yang lebih baik lah ...insyaa Allah. Aamiin

Thursday, June 12, 2014

Purse

Saya baru balik dari JB ni...ada program di sana pada hari Rabu dan Khamis. Baru sampai rumah dan esok kena kerja sebab hari Isnin ada meeting, saya kena buat preparation untuk meeting tu...

Kali ni pergi JB sempat makan benda roti bakar yang di cicah kuah yang dibuat dari kacang pool...menurut kawan di JB, makanan tersebut dibeli daripada suami Wan Maimunah...pelakon tv tu...heee. Tapi I tell you, memang sedap. Sebenarnya ada banyak makanan yang sedap sedap di JB, tapi kalau saya yang pergi, soheh la saya tak tahu mana nak pergi...

Kali ni juga kami sempat singgah di JPO sebab flight lambat...infact sampai mengantuk mengantuk tunggu flight...maklumlah, kami ni bukan lah relevant sangat dengan JPO tu...heee...lagi pun pertengahan bulan kan. Tapi saya tetap berjaya beli satu benda ni.....ada gambo


Saya terkejut betul bila tengok harga purse kat JPO tu. Mula mula saya pergi Oroton, ada ke harga purse dia 900 lebih...aduiii...lepas tu saya pun tengok Coach...dalam 650 camtu, pergi Braun Buffel, 300-400 camtu, reasonable la sikit, tapi patern tak lawa...pergi fossil la, itu la, ini la...akhirnya saya pilih yang atas...sebab saya suka patern dia dan murah jika di bandingkan dengan yang lain.

Lagi pun, purse sekarang pun dah berlubang lubang...memang patut la di tukar...

Ok lah, gue sudah mengantuk ini, esok juga gue kena bangun awal untuk mencari rejeki...makanya, gue kena tidur dulu...

nanti saya tulis lagi ye..

Friday, June 6, 2014

This Process

I just went through this stressful process...and I just feel like letting it out, now.

I feel like hating myself so much and need someone to talk to...my neighbour is on leave, the others are all busy.

Called hubby...and he cheerfully said, "it doesn't matter, as long as you tried. And stop thinking that others are better than you because you are not that bad either. Trust yourself more".

Hmm...of course what he was saying is true, but it is not possible to let out just like that. I wish I could go somewhere and justtt let out (I wish I am at Uluwatu now, feeling the wind and watching the waves).

Kalau tak berjaya juga, saya doa lah "Ya allah, semoga dapat aku lupakan perkara ini secepat mungkin dan meneruskan kehidupan aku seperti biasa, aamiin".

Tuesday, June 3, 2014

Imran's Third Operation

Imran's third operation was carried out last Monday, 2 June 2014

Yang atas tu gambar semalam, after the operation

I received this message from Imran's mother this morning : Dr ckp operation semalam went well... dia suruh jumpa pakar ukur juling mata nti tuk another operation ... nak bg mata kiri imran straight dan better tuk vision dia.. most probably imran kene pakai spek tuk rabun dia.. mgkn plihatan dia tak sempurna mcm org lain disebabkn kecederaan truk pada mata kanan n byk parut kt blkg mata...tp ni efforts nak improve kan vision dia.

Petang tadi, at 5.30 pm sharp, I sneaked out and went to visit Imran...

He is doing well and lasak...

tapi tak nak dengan orang, jenuh memujuknya...tengok tu, air matanya mengalir kat pipi..

He he he...Imran gigit saya...dia hisap muka saya

Baru nampak muka...

Semoga dengan izin Allah, pemandangan mata Imran akan pulih...doakan please.



Monday, June 2, 2014

Bali : Hari ke 4, Hari Akhir

Day 4 : Programnya adalah menikmati bilik. 

Bangun pagi, solat subuh...tapi nak tidur balik macam tak boleh...kami order breakfast...

Yup, it was delivered to our room 

Yay, the best part is the freedom to pakai whatever you want...untuk lelaki lah


Hubby excited...Tok Bomo memang kena makan awai, if not, gastrik datang

I have ordered the pancake for myself, tapi hubby main makan aja....heeee 

Takpe, saya makan toast and butter 

fruits...

Lepas tu, sesi mandi kolam dan menggunakan faciliti lain seperti bathtub 

yup...ada sabun yang banyak buih tu kan...boleh laaa

Lepas tu, bersiap semua, solat dan check out

posing sebelum check out


bye bye villa...best sebenarnya, rasa nak extend semalam lagi....tapi dapat merasa bermalam semalam pun dah shukur...alhamdulillah


bukak pintu



kuncinya macam ini ya


don't disturb



berjalan untuk check out


bawa beg sendiri


pekerja hotel tengah tolong check kan sama ada kami ada tertinggal apa apa barang....hubby tengah bermesra dengan ibu itu...depa ni very friendly...sangat pandai melayan...baik lelaki, baik perempuan...


dari sudut yang lain

Baca paper tunggu Yuyun

Sebelum ke airport, kami request nak makan di Sederhana...sebab waktu di Bandung, kami rasa makanan di Bandung sangat sedap

tu dia...

bapak minum kopi bali lagi

Di luar kedai

Lepas tu, terus ke airport

Bye Bye Yuyun...hubby tengah cari address facebook Yuyun

Check in

 Selepas checked in, kami berjalan jalan...

 Termenung



Post box depa



penuh tahap gaban


mesti ramai yang dah tengok yang atas ni kan?

kami ambil gambar awan ni sewaktu hampir sampai di KL....