Sunday, March 30, 2014

Please do not "Flush"

Hari ni air tak de lagi...kami sudah bersedia sebenarnya di mana air sudah di simpan, dan kain semuanya sudah di basuh semalam...tinggal diri kami ajalah...mandinya, buang airnya, ambil wuduk nya.

Sebab sudah bersedia, saya bangun awal pagi tadi. Lepas solat subuh, saya mandi dulu, walaupun lepas tu nak pergi jog...bukan apa, kalau mandi dulu, tak de la busuk sangat nanti...dia jadi busukkk aja, tak de busuk sangat...he he he.

Sebab sudah melalui beberapa kali pusingan catuan air ni, kami pun jadi lebih berpengalaman dan lebih yakin. Kalau 2 hari tak de air, air tangki kami memang cukup untuk 2 orang dewasa mandi, 2 kali sekali. Air juga cukup untuk bersuci dan berwuduk, dengan syarat...jangan selalu sangat guna "flush". Kalau terlampau kerap "flush" air memang tak cukup.

Kalau tak "flush" tu, bukanlah meninggalkan tandas tu macam itu aja, kita curah juga dengan air, guna air yang dalam timba tu kan....curah sikit-sikit...pandai pandailah nak hidup kan. Tapi kalau buat business besar tu, boleh la guna "flush" juga...

Kami juga jadi lebih "organised" dan mungkin lebih pembersih. Waktu air ada, kami settlekan banyak benda macam basuh baju, bersih bilik air, bersih rumah...waktu air tak de, kami duduk aja diam-diam...he he he.

Kami juga jadi lebih penjimat guna air, jadi lebih berkhemah lah sikit.

Okay lah...di sini dulu....nanti saya tulis lagi


Thursday, March 27, 2014

Takdir

Hari ini, saya dapat berita yang Ali Mamak telah meninggal dunia, Al Fatihah.

Semalam, saya dikejutkan dengan berita yang Gwyneth Paltrow mahu bercerai dengan suaminya, Chris Martin.

Semalam juga birthday hubby, tiada sambutan, tiada hadiah, hanya ucapan dan doa sahaja. Tapi saya bercadang nak belanja hubby makan nanti, kat tempat yang kami tak penah pegi ni...kalau jadi, nanti saya cerita ye.

Dan pastinya hari-hari kita dipenuhi dengan berita mengenai MH 370.

Pada 8 Mac 2014, hari Sabtu pagi, suami saya telah menghantar saya untuk menghadiri kursus di Hotel Concorde Shah Alam. Waktu itu, hari sangat berjerebu, dan suasana itu membuatkan hati menjadi sedikit sedih...

Saya mula mula mendapat berita kehilangan MH 370 di dalam kumpulan wassup sekolah lama saya. Oleh kerana kami sedang berkursus, kami berpeluang untuk berkongsi maklumat mengenai kehilangan kapal terbang ini bersama-sama. Mula-mula, kita orang relax aja....tapi bila sampai tengahari tak jumpa, kami mula risau.

Dari risau, kita orang jadi sedih apabila sewaktu kami semua berkumpul di surau untuk solat zohor, salah seorang kawan telah memberitahu yang seorang officer dari MITI, yang sering bekerjasama dengan kami semua, yang telah menangguhkan pemergian ke China sejak awal tahun lagi, adalah salah seorang penumpang di dalam penerbanga MH370. Sedihnya.

Pada lewat tengahari, sewaktu membuat kerja berpasukan, kami telah diberitahu yang a friend of our friend ada di dalam kapalterbang tersebut.

We may not know them, tapi kami tetap berkongsi kegelisahan keluarga semua mangsa yang terlibat. What if part of our family member or friends are in the plane?

Bila balik ke rumah, hubby pun tanya, "Cikbib tau tak ada kapalterbang yang hilang tu?"

Hubby saya ni tahu yang saya ni kerap lost, selalu tidak mengikuti perkembangan zaman sikit...

Tapi saya bagi tahu dia yang saya tahu, group wassup saya yang bagi tahu.

Selepas itu...kehidupan kita seakan-akan berubah kan? Kita semua jadi lebih alert dengan updates dan turut bersama berdoa apabila doa dibacakan di dalam radio.

Macam bila Imran ditimpa kemalangan dahulu, saya ingat lagi bagaimana setiap kali saya bangun pagi, perkara pertama yang saya ingat adalah Imran. Is he okay? Is the mother okay?  Lepas tu saya terus tukar arah, terus berdoa yang Imran akan sembuh, he will recover, he will be able to see again...perkara itu sentiasa bermain di fikiran.

Macam itulah agakanya ahli keluarga pesawat, ibu-ibu yang anak mereka ada di dalam kapalterbang tersebut...seorang bapa/suami di mana anak perempuan dan isterinya ada di pesawat tersebut. Infact, mungkin lebih daripada itu

HELPLESS.

Itulah perkataan nya.

We wish that we could do something, but we just can't. It is just beyond us. What we have is only hope, and prayer....

Kadang-kadang tu, rasa macam if only we could turn back time and do something about it while we can...but we cannot, we just cannot....we just have to accept fate. Allah ada perancangannya sendiri...

Tapi alhamdulillah, kita dilahirkan dengan iman, yakin kepada qada' dan qadar Allah. Jika tidak di datangkan cabaran, mungkin kita tidak berpeluang untuk menguji keimanan kita, menguji keyakinan kita dengan takdir Allah.

Hmmm...panjangnya saya pot pet....itu ajalah dulu...

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi semua cabaran di dunia ini.

Saya berdoa semoga Allah kembalikan penghlihatan mata Imran. Kurniakan yang terbaik buat Imran Ya Allah...Aaamiiin






Wednesday, March 26, 2014

S Y U R G A K U

Orang selalu guna term di atas kan sekarang ni? X-hubby Erra pun guna term yang sama bila di tweeter, Erra adalah syurga buat anak mereka Alesya.
 
Kita pun ada syurga kita masing-masing kan? Sama ada masih hidup, atau sudah meninggal dunia...kita mesti ada emak. Macam saya, saya tidak mempunya opah/grandparents, sebab mereka sudah meninggal dunia sewaktu saya mula mengenal dunia.
 
Saya cuma teringat/terfikir satu perkara ini.
 
Saya ada seorang kawan, dan di dalam kumpulan kami, kami perasan yang kawan kami yang seorang ini, Allah bagi rezeki yang cukup baik. Dia selalu dapat anugerah cemerlang lah, kalau naik pangkat, dia mesti ada dalam senarai dan kalau % untuk naik gaji tu, dia mesti termasuk di dalam golongan yang dapat increament paling tinggi.
 
Dia juga selalu dapat peluang ke luar negara. Hubby juga macam berjaya, anak-anak juga okay...
 
Saya tidak jealous dengan dia ni ye, saya dan kawan-kawan yang lain selalu cakap macam ini "rezeki XX, Allah nak bagi".
 
Tapi baru-baru ini saya berpeluang mengetahui satu perkara mengenai kawan saya ni. Yup, saya baru tahu yang ayah kawan saya ini telah meninggal dunia agak awal, di mana umur ibunya ketika itu adalah masih muda, awal 30an.
 
Ibunya, telah bersusah payah membesarkan beliau dan adik beradik yang lain berseorangan. Antara perkara yang dia telah ceritakan adalah bagaimana ibunya telah pergi melawat beliau di asrama tempat beliau belajar. Oleh kerana sekolah itu adalah agak terpencil, ibunya terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sekolah itu daripada bandar yang terdekat, sebab harga tambang teksi adalah agak mahal (kita dulu, naik teksi tu dianggap mewah kan?).
 
Pastinya kawan saya ini amat menghargai ibunya, dan sebagai anak perempuan sulung, beliau adalah tempat ibunya berkongsi cerita. Baru-baru ini, ibunya telah bertemu jodoh semula...alhamdulillah.
 
Walau bagaimanapun, hubungan ibu anak tetap diteruskan, mana boleh di putuskan hanya sebab ibunya berkahwin lain kan? Walau bagaimanapun, oleh sebab kesibukan kerja juga urusan yang lain, kawan saya telah tidak pulang ke kg lebih daripada sebulan.
 
Dia bercerita bagai mana dia rasa bersalah...dan telah menelefon ibunya, dan meminta ampun...haaa, baru tak balik kg sebulan dah nangis minta ampun... pastinya ibu kawan saya sentiasa memaafkan kawan saya ini kan.
 
Hmmm....waktu saya mendengar cerita kawan saya ni, saya tak terasa atau teringat apa-apapun sebenarnya. Tapiii, sewaktu saya ghalit buat ER atas trademill saya semalam, saya teringat cerita ini, dan teringat bagaimana kami semua memang terasa yang hidup kawan kami ini adalah "blessed".
 
Pastinya tiada siapa pun yang mempunyai hidup yang sempurna kan, tapi saya rasa saya nak jadikan kawan saya ni sebagai contoh laaa.
 
Saya rasa saya nak menjadi lebih baik dengan emak saya...saya ni sebenarnya tak le jahat sangat, tapi saya nak jadi lebih baik. Saya nak layan mak saya lebih sikit secara emosi...(kut mak saya boleh terima, atau dia pun mungkin tak suka juga, mak saya ni pun rock juga orangnya).
 
Saya ni sebenarnya, kalau mak saya bercakap, macam malas aja nak layan. Kalau dia bergossip fasal orang kg., saya malas aja nak dengar....saya tak layan...
 
Tapi saya lebih macam provider. Bagi duit, belikan barang, kalau sakit, belikan ubat...macam ayah yang garang kan...
 
Tapi saya kurang layan kalau dia risau...sedih....gelisah...kalau dia kata dia risau, saya kata aja "mak tak payah la fikir sangat"...isk...kejam kan?
 
Saya tahu, dia risau banyak tentang cucu-cucu dia....tapi cucu-cucu dia ingat tak dekat dia?...heeee....ingat kut...doakan opah sihat ye, doakan opah panjang umur dan sila luangkan masa melawat opah sementara opah masih hidup ni.
 
Saya tahu, bila dia risau-risau tu, dan mengadu...saya terus tepis aja soalan tu...macam malas nak jawab. Ibu selalunya lebih selesa denga anak perempuan kan? Tapi tak pe, kakak-kakak saya ada...kakak-kakak saya memang baik-baik....
 
Hmmmm...semoga saya boleh jadi lebih baik...sedih pulak bila ingat balik
 
So...balik semula dengan azam saya tu, saya rasa saya nak jadi lebih baik untuk mak saya...sebab agama saya menuntut saya berbuat demikian, juga kerana saya rasa itu akan membuat mak saya lebih gembira, dan ianya akan membuat saya lebih gembira juga...semoga ada rezeki saya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk emak saya . Aaamiiin






Saturday, March 22, 2014

Updates on Imran, 22 Mac 2014

Saya terima message ni dari mama Imran semalam :

"Last friday check up imran...doc ckp mata kiri pny rabun power 1400 .. kanan 200... kiri tgi sbb aritu da remove kanta kan.. jadi doc plan nak implan kanta palsu on june... kene beratur tgu turn... tp doc tak jamin plihatan dia mcm mana...sbb still depends on saraf jgk...stkt ni saraf mata dia nmpk tak sht... takpela...usaha dan doa lg..."

Saya mohon readers semua doakan saraf mata Imran pulih dan Imran dapat melihat semula dalam jangka masa terdekat ini. Aaamiiin

Mata ni agak complex rasanya sebab setiap kali berjumpa doktor, akan ada penemuan/diagnosis baru.

Mungkin Allah mahu kami melipatgandakan usaha/doa kami. Kami tidak akan putus asa Ya Allah. 

Untuk tatapan, saya sertakan gambar Imran tengah senyum...kita redha dengan ketentuan Allah, tapi kita akan terus berusaha...


Hari ini, Sabtu 22 Mac & Cerita Penutup Cuti Kami

Jam 9.32 pagi Sabtu, 22 Mac 2014.

Hari ni, ada catuan air...

Saya bangun pagi, solat subuh, turun dapur untuk clearkan apa-apa yang boleh diclearkan sementara ada air, buat one round of ER, mandi, buat solat hajat sikit buat Imran dan turun tengok facebook, main candy crush and blog hop....heeee, typical weekend la tu.

Pastinya mood kurang hari ni sebab air tak de kan....

Anyway, I am happy that I started the day early and managed to do the things that I suppose to do.

Insyaa allah, tengahari ni, saya akan pergi makan kenduri pulak...heeee

Saya nak cerita aktiviti yang kami buat setelah balik dari bercuti di PD dan Melaka. Kami balik ke Shah Alam pada hari Isnin, 17 Mac. Balik rumah, sebab hari tu ada air, kami terus pergi solat dan clear kan semua kain. Selepas itu, kami refill balik lah semua air dalam timba yang telah digunakan.

Lepas tu kami solat asar dan tertidur...waktu tu hari hujan. Hujan nya sederhana, tapi suasana memang gelap...

Saya sempat buat ER malam tu.

Esoknya, air tak de balik...sooo...bad mood. Semua yang dirancang, tak jadi. Ingat nak pergi visit Imran la, atau pergi gunting rambut ke, atau pergi tempah baju ke...hampeh. Kami pergi breakfast dan balik tu, lepak dan tertidur. 

Lepas zohor, dalam jam 3.00 camtu, hubby ajak keluar. Kononnya dia nak entertain saya kan...sooo...saya suggest kami pergi teapot deli di Sacc Mall.

Sooo...kami order...

Scones dan kuih kuih tu

Tapi kan, bila dah habis makan, hubby kata dia lapar lagi...soooo kami pun pergiiii

Uncle K...hubby order mee goreng mamak dan teh tarik...saya tak order pun


Lepas tu, kami pergi beli majalah....heeee...dah lama tak beli majalah

hmmmm...all in all...we had a nice break lah hari tu. Yang paling important, hubby happy...bila hubby happy, saya pun happy. Insyaa allah, ada rezeki, ada masa yang sesuai, kami akan bercuti lagi.

Thursday, March 20, 2014

Khamis, 20 Mac 2014

Sekarang ni sudah jam 7.17 malam, hari Khamis, 20 Mac 2014, dan saya masih di ofis.
 
Tadii, ada satu dialogue session di Sec Comm Bukit Kiara. Lambat beno abihnya, sampai ofis dah jam 6.30 petang, solat asar pun belum. Decided to solat Maghrib dulu, baru balik rumah.
 
Tadi, waktu di Sec Comm tu, saya tak dapat amende pun sebab saya tidurrrr aja. Ngantukknyaaa.
 
Saya tak boleh masuk belajar balik la kalau macam ni, memang tak leh fokus...
 
Saya sekarang ni, baca buku pun tak boleh, tak berminat. Tapi sekarang ni adalah tengah baca satu buku ni, buku fiksyen..tajuk dia "And the Mountains Echoed'. Hmmm, baru baca satu chapter waktu pergi bercuti baru ni...dapat baca satu chapter tu kira satu kejayaan dah bagi saya...kita tengok macam mana ye...sama ada saya boleh habis kan atau tidak.
 
Ehhh...saya ada tangkap gambar waktu saya baca buku tu tau...nanti balik saya letak ye.
 
Baru-baru ni, waktu tarikh 18 March, saya macam rasa yang pada tarikh itu, sesuatu telah terjadi. Bila saya ingat balik, rupanya, pada tarikh itu, dalam tahun 2010, bermulalah detik pahit saya di Division lama saya. Yup, pada tarikh itu, boss saya telah mengambil keputusan untuk mula bercuti dan seterusnya bersara.
 
Pada tarikh itu juga ada mesyuarat besar yang terpaksa saya handle sendiri, betapa tertekannya saya pada waktu itu.
 
Dan sekarang...saya dapat lihat ada banyak ruang untuk "improvement" pada kepimpinan baru saya. Pastinya saya tetap cuba positif, cuba menyusun strategi dan terus berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan dan kami semua dapat bekerja dengan ceria. Semoga para pemimpin kami diberikan petunjuk. Aaamiin.
 
Dah nak masuk Maghrib ni...saya solat dulu sebab nak balik awal...sian Tok Bomo saya kat rumah sorang-sorang...

Wednesday, March 19, 2014

Sehari di Melaka, Sehari di PD

Assalamualaikum

It's been sometimes...hilang sedikit mood nak update blog ni sebab air tak de kan.

Anyway, bersempena dengan bulan Mac yang agak istimewa buat kami berdua, hubby telah merancang satu percutian 3 hari dua malam di Melaka dan PD....

Kami memang lama dah nak bercuti sebenarnya, tapi susah betul nak cari masa yang sesuai. Kami asyik postpone sampai akhirnya dapatlah jugakkk...walaupun setakat pergi Melaka dan PD...tapi spending some quality time together tu yang penting...

Kali ni saya letak banyakk gambar...saya cerita ikut gambarlah ye..

Pagi Sabtu, 15 Mac tu, saya bangun awal, buka facebook dan buat birthday wish untuk dua orang kakak saya..heee...lepas tu, saya masak. 

Saya masak ayam masak merah...sampai habis air yang kami simpan tuh...he he

Kami bertolak dalam jam 12.00 tengahari macam itu dan sampai di hotel dalam jam 2.45 petang.

Sampai kat hotel, kami pun nak check in...hotel ni best sikit, dia terus suruh kami duduk di sofa, lepak lepak menikmati kolam dia yang cantik tu....


 
Haaa....sempat bergambar

pemandangan dari tempat duduk kami....

 kolam yang dipenuhi kelopak bunga...menawan 


lepas tuu...kami dihidangkan ini. Waiter tu panggil benda ni sorbet with lime and ginger

tapi kami panggil ais kepei (kepal)

Sedapppp!!!

Kami duduk aja kat sofa tu sampai orang hotel tu datang dan tunjukkan bilik...siap di iring sampai ke bilik lagi...tapi kami buat dekkk aja, tak bagi tips pun...dasar orang Malaysia

Kami dapat bilik no 225. Buka aja pintu, ada lorong ni...

sebelah kanan...ada wardrobe

cantik wardrobe nya

ada pintu terus ke bilik air dari wardrobe tu

sebelah kirinya ada shower

teruss...ada tub yang bosar ni...ada tingkap lagi kalau kita nak berendam dan tengok tv...seperti biasa tak guna sangat pun, kecuali pada malamnya, sebelum mandi, saya rendam kaki sat sebab dia ada bagi salt tu

keluar dari toilet, hubby seperti biasa buat kerja-kerja melihat apa yang ada

hubby complain kata tak de cafe bar...saya carikan...

heeee...baru jumpa....

mereka ada letakkan kuih buah melaka ni juga di atas meja tu...ada tiga bijik, hubby makan satu, saya makan 2

Hotel ni istimewa sikit di mana sabun nya pun berjenama istimewa...yang sebelah tu, dia letak salt yang saya guna untuk rendam kaki. Saya tak berendam dalam tub tu sebab rasa bersalah untuk guna terlampau banyak air sewaktu orang lain ramai yang tak dapat bekalan air

Hmmm, shower cream, shampoo and conditioner...wangiii...

hubby mula ambil oksigen di balkoni

bergambar...hubby kata jangan letak gambar ni...tapi takpe kut kan? Kami dah 8 tahun kahwin

ada radio

tengok update on MH370

Lepas tu kami makan bekal di balkoni

hotel ni ada letak buku 555 tuh

Lepas tuh, hujannnn....kami lepak, rehat dan solat

Lepas tu, kami keluar, jalan kaki...bergambar sebelum keluar...nampak jurus sungguh, ha ha ha

sempat bergambar sebelum keluar...

Saya ada mention yang saya teringin nak tinggal di Hotel ni waktu kami datang last year (yang kami tinggal di Hatten Hotel tu)...tak sangka hubby betul-betul book hotel ni

Seterusnya, kami berjalan sampai ke Menara Taming Sari tu tau. Rasanya pergi balik adalah dalam 3km kut. 

Kami cari air kelapa float tuh...tak jumpa plak

Sebab tak jumpa, kami pergi Parkson, hubby beli baju lagi.

Lepas tu, kami singgah kat Old Town White Coffe, minum dan makan roti satu set yang di kongsi, tapi service memang boleh di improve laa...geram aja dengan pelayan-pelayannya...

Lepas tu, kami berjalan balik ke Hotel (Hotel terletak berdekatan dengan Jonker Walk ye)

Waktu balik...sempat lah tangkap gambar dengan beca. Meriah betul beca-beca ni
  
Hubby ajak pulak lepak tepi sungai dan tengok boat ni. Sesungguhnya waktu itu saya sudah berpeluh tahap gaban dah dan hilang mood...tapi saya ikutkan ajalah

Sempat bergambar...tengok muka berkilat tu

Kami naik juga ke bilik akhirnya dan mandi. 

Sampai bilik, tengok-tengok ada ada orang sudah clearkan katil, pasangkan lilin dan kemas bilik...aish, best nya

Hubby insist nak order makanan...saya okay aja, walaupun teringin juga nak turun dan lepak makan di bawah kan...tapi makan dalam bilik pun okay...tak yah salin baju 

Haaaa....kami order fish and chips...makan kat balkoni...boleh pakai kain pelekat lagi kan

anddd...ada chocolate drinks lagi...buat sendiri, hotel bagi dua bungkus di cafe bar

Lepas tu, tengok cerekarama dan tidur. Hubby kata, kat luar tu, orang bernyanyi sampai jam 1.00 pg...tapi saya haremm sedar...saya memang begitu...

The next day, kami bangun awal dan pergi breakfast.

Hotel ni best laa sebab kami dilayan dengan bagusnya.

Makanan dia memanglah buffet kan, tapi kami boleh order one special meal...kami order omelette, kami order satu aja, sebab mesti tak larat kan. Dia juga ada special menu yang boleh order i.e. charkuetiow. Tapi kami tak order pun, dah kenyang tahaps gaban

food spread biasa aja, tapi berkualiti/sedap.

Fruit juice dia memang betul-betul fruit juice...bila minum, masuk bilik balik, terus sakit perut...heeee

Kami lepak lama juga...enjoy layanannya, ambiance nya...


tengok ini juga, we were informed yang akan ada perlawanannya nanti between hotels...these people are practicing

lepas tu kami ke level 3...swimming pool and roof top garden


kami tak mandi though, sebab kami ingat kami ada plan lain yang baik punya

tengok kapal dan Menara Taming Sari tu...kami berjalan sampai ke situ malam tadi

Kononnn.....ada rahsia di sebalik gambar ni

Lepas tu kami balik bilik, lepak, kemas barang, dan check out

yeowww....barang-barang kami

no bilik kami....kalau ada rezeki, kami datang lagi kut...heeee

checking out

Singgah sat kat tepi pantai
yeow..lepas ni, hari pun hujan...alhamdulillah....

kami pun meneruskan perjalanan ke PD

Tengah jalan, kami singgah beli makanan sikit...ingatkan, nak alas perut dulu, dan malam nanti kita order lagilah..room service

saya tolong berbaris kali ni...tak de dah orang nak melayan kami beriya macam kat hotel kat melaka tu
 
Lepas check out, kami masuk bilik, kami telah di hantar oleh buggy, unfortunately, gambar tak de ye
Bilik kami....ada cerita Azura di TV3 waktu tu...hubby plak tengah tengok internet...saya baru habis solat kut waktu ni
 
hmm...ini katil kami...kingsize

haaaa...istimewanya hotel ni, ada kolam

tapiiiii...kolamnya kecikkkk...ha ha ha....habislah impian saya untuk berenang. Boleh slide aja dalam kolam ni...kalu berenang kalu, takut terantuk kepala.

Tapi boleh laaa....kolam ni ada jakuzi...

Lepas solat, saya hidangkan makanan yang kami beli tadi. Yup, ada goreng pisang, laksa dan lompat tikam.

Kami makan goreng pisang dan laksa aja...lompat tikam tuuuu...tak makan pun

Lepas tu, saya tidur...

Hubby bangunkan lepas tu, kami solat dan keluar dinner.

Kami makan ikan bakar, kerang dan sayur...nyumssss....sedap

Malam tu hari hujan lebat....alhamdulillah. 

Esok paginya...breakfast lah

Lepas tu kami berjalan-jalan....


Berjalan tengok chalet orang


our room, 2011

Sebab dah panas berjalan, kami pun masuk lah kolam balik...untuk mengembangkan daki, miahahahah

Lepas tu, kemas barang dan check out


Kami decided to walk, not to use buggy service



hubby checking out
masukkan barang ke dalam bag...

Lepas tu kami pun balik Shah Alam......