Monday, January 20, 2014

Tentang Post Semalam

Semalam post nya adalah "No Mood la Today"...heeee

Sebenarnya ada kisah selanjutnya lagi, dan saya memang dah taip pun ceritanya. Tapi kan, bila saya baca balik, saya perasan yang cerita itu sangatlah personal dan tidak sepatutnya di kongsi bersama, maka, saya telah padamkan dan tulis balik tentang perkara lain...heee....konon reserved kan?

Saya perasan, saya selalu di uji sedemikian. Saya buat statement, lepas tu, I violated the statement, kali ini pulak, secara umum lagi, dalam blog.

Anyway, telah timbul juga rasa bersalah saya selepas post saya semalam tuh. Heee...mungkin sebab dah lama saya tak buat hal kan.

Sebenarnya kami ada undang-undang iaitu tidak dibenarkan merajuk sewaktu hari cuti. Undang-undang itu telah digubal kerana telah berlaku kejadian di mana hari cuti kami telah habis begitu saja sebab salah seorang telah mengambil keputusan untuk merajuk dan tidak mahu bercakap.

Keadaan itu telah menyebabkan cuti dihabiskan dengan mood tak baik dan sangat membosankan. Dua-dua pun tak happy, tapi keras hati kan, tak de siapa nak mula dulu. Tapi lepas aja peristiwa itu, kami pun menggubal undang-undang tidak boleh merajuk pada hari-hari cuti...tapi yang semalam tu masalahnya saya seorang aja yang tahu saya merajuk, sedangkan hubby langsung tak tahu...heee.

Sebenarnya, semalam hubby tak sihat, infact sudah 4-5 hari demamnya dan batuk-batuk sampai macam nak terkeluar isi perut tu. Hubby mengamalkan minum madu dan limau, tapi kali ini agak lambat kesannya. Saya cadangkan supaya dia minum air asam jawa, tapi dia terus cakap tak nak. Saya pulak, tak berapa lalu nak ambil madu...saya prefer air asam jawa lagi.

Saya nak record juga yang semalam akhirnya Serena Williams telah terkeluar daripada Australian Open..phuhhh, after winning it for so many times kan. Semalam juga Chelsea telah kalah kan MU, hubby dan anak sedara saya Ajim mesti happy.

Okaylah...di sini dulu...aka keghoje...have a productive week ahead. Moga ceria selalu dan moga bertambah iman-iman kita semua.

===============================================================

Esok Imran ada appointment dengan doktor lagi. Semoga Allah memberikan petunjuk tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan seterusnya bagi membolehkan Imran boleh melihat semula. Kurniakanlah Imran cahaya penglihatan Ya Allah. Aamiin




No comments:

Post a Comment