Assalamualaikum! Sorrylah sebab sudah lama saya tak update blog ni...saya sibuk sikit, sedih sikit, penat sedikit...heee.
Hari Isnin baru ini, sewaktu di ofis, tiba-tiba saya namapak seorang officer ni menangis dan mengadu dengan officer lain. Saya tak pasti kenapa dan tidak sempat pulak untuk bertanya.
Tapi baru tadi saya sempat clarify dengan officer ni tentang sebab musabab dia menangis...ye lah, kut lah sebab salah saya kan...saya ni kan demanding juga kadang kadang.
Anyway, punca kenapa officer ni menangis bukanlah saya, tapi adalah sebab anak-anak. Officer saya agak sedikit tertekan dengan anak-anak dan telah memukul anaknya sedikit. Dannn, apa yang berlaku adalah anak-anak tu sudah tidak ingatpun, tapi officer ini pulak yang asyik menangis dan menyesal atas perbuatan yang telah dia lakukan. Dia asyik teringat tentang perkara itu dan menyesal, dan menangis
Itulah perasaan seorang ibu...sangat dalam kasih sayangnya untuk anak-anaknya
Baru-baru ini juga saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan opah kepada Imran. Hmmm...yang ini lagi lah. Betapa di hati, kepala dan mulutnya sentiasa ada cucu-cucunya juga anaknya. Tanpa dia sedari, nama-nama anak/cucunya sentiasa bermain di bibir. Matanya juga amat mudah mengeluarkan air mata sekiranya kisah Imran/cucunya dibincangkan.
Sewaktu itu, saya ingatkan saya sudah kuat dan "redha", tapi bila menyaksikan keperihatinan kakak saya tu, langsung tersedih semula...sampai hari ini saya sedih balik.
Selain dari itu saya juga menyaksikan betapa tidak senangnya mahu menjaga sepasang kembar ini apabila mereka meragam. Yup...bila seorang sudah diam seorang lagi pulak yang menangis. Boleh stress kalau tidak kuat iman kan? Betapa sabarnya hati seorang ibu tu kan?
Bila saya menyaksikan perkara-perkara ini, saya jadi insaf betullah. Pengorbanan ibu itu terlampau besar...bila melahirkan anak, seorang ibu akan hilang kehidupannya sendiri. Dalam semua perkara, anak akan sentiasa diberikan "priority"....Ibu juga akan kehilangan "kerampingan" diri (bagi yang lebih tembam akan hilang "ketembaman" diri dan dapat "kegemukan" yang nyata...hadeiiii).
conclusion : Hmmm....saya kena jadi lebih baik dengan emak saya lah....
Tentang Imran : Sehingga hari ini penglihatan Imran masih belum pulih. Tapi kami tetap meneruskan doa kami dan terus berharap. Sembuhkanlah mata Imran dan kurniakanlah dia cahaya penghlihatan. Sesungguhnya engkau maha mengetahui serta maha mendengar doa hamba mu ini.
Pohon readers juga doakan ye. Aaamiin
No comments:
Post a Comment