Hari ini hari Ahad ke dua di tahun 2014.
Sorry sebab dah lama saya tak update (macam la banyak orang nak baca blog ni kan) Saya okay, tapi macam sentiasa menangguh-nangguh untuk update blog ini.
Saya masih sedih....tapi tadi saya telah menerima update daripada ibu Imran seperti ini : "Dr cakap, a good thing is that mata Imran ada respond to light, more to right eye. Right eye bleeding resolved. Left eye still ada bleeding, tapi doctor monitor and follow up lagi".
Somehow saya rasa bersyukur. Insyaa allah, ada harapan, at least ada response dengan cahaya, at least...saya akan teruskan berdoa, teruskan bersolat hajat, teruskan membaca ayat-ayat quran yang di cadangkan, juga meneruskan salawat shifaa. Saya tahu kakak-kakak saya yang lain juga turut istiqamah berdoa...juga anak-anak sedara saya...alhamdulillah. Moga doa kami semua akan dimakbulkan.
Suami saya kata, kalau beribadah, jangan bagi tahu orang lain...heee...tapi ini kes lain kut kan?..Sesungguhnya tidaklah mudah untuk saya buat sebenarnya...tapi demi Imran kan.....
Sewaktu belajar, juga sewaktu bujang dahulu, saya memang amalkan mengaji quran, especially selepas solat maghrib. Tapi sekarang ni, sejak tinggal jauh dari ofis dan sampai rumah lambat, amalan ini agak kurang saya buat, kecuali surah yasin.
Dengan pandangan mata yang juga pelan kurang....hmmm.
Tapi alhamdulillah, I can feel that I have improved reading the quran now.....tapi masih banyak ruang untuk improvement, banyakkkkkk.
Saya rasa secara tidak sedar, ini akan jadi my 2014 resolution lah. I want to be able to allocate time to be by myself, lebihkan solat, pastikan berdoa selepas solat, nak mengaji hari-hari, walaupun sikit...heee....nak rajin sikit puasa (boleh ke ni?)
Boleh berjaya tak?...insyaa allah...saya kena berdoa juga untuk yang ini...semoga saya dikurniakan hati yang kusyuk supaya saya boleh bersolat dengan lebih baik...moga Allah tolong saya yang lomah ni.
Okay lah....this is again a very personal post kan?...sorry
No comments:
Post a Comment