Thursday, January 16, 2014

Dear Boss

Saya ada bersembang dengan boss tadi, sembang fasal kerja. Lepas tuuu, cerita pulak fasal Division, fasal itu, fasal ini.
 
Lepas tu, tetiba boss berfalsafah pulak. Dia kata.."mu Bibah, mu jangan nak bohong la, aku tahu la fasal semua pegawai kat Division nih. Aku tahu hati-hati kamu nih"
 
Saya pun tiba-tiba jadi seram..."tahu hati saya?"
 
Dia sambung "Hati kita ni, ada tiga iaitu : i) hati hidup  ii) hati mati iii)hati sakit. Aku tengok perangai semua orang dalam Division ni aku tahu la sape yang ada hati hidup, sape yang ada hati mati atau pun hati sakit".
 
Saya bisik juga dalam hati "saya pun boleh evaluate boss apa....haaa, jangan ingat boss aja yang boleh evaluate orang bawah".
 
Lepas tu boss kata lagi "Itu yang aku tengok pegawai yang telah menunjukkan taring tuu, aku rasa mesti ada masalah hati tu. Sebab itulah aku tak suka nak marah teruk-teruk. Aku cuma cakap sikit-sikit, tegur sikit-sikit, kalau tak banyak pun, aku ada nampak perbezaan secara sedikit sedikit. Kasihan mereka ni".
 
Saya assume yang boss kata bermasalah tu di considerkan berhati "sakit" lah kut...sebab kalau mati, soheh dah "gone with wind lah" kan...
 
Tapi tadi hati saya sedikit tersentuh juga, yup, saya rasa boss saya ni baik lah. Banyak bertolak ansur dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan luar. Saya tahu dia terima banyak info dari luar mengenai certain individu di dalam Division kami, tapi dia tetap dengan pendirian dan membuat tindakan secara rasional yang saya pasti hanya boleh dilakukan oleh orang yang kuat pendiriannya.
 
Boss saya juga berpendapat yang mereka yang telah menunjukkan taring ini selalunya tidak mengenali diri mereka sendiri, dan tidak nampak kesalahan yang mereka lakukan. Menurut boss saya, kita kena kenal diri kita kerana hanya dengan cara ini kita boleh mengenal tuhan dan lain-lain (sampai tahap ini, saya dah kurang faham dah...tinggi tu bagi saya).
 
Sekarang ni, saya tengah evaluate diri saya, kategori manakah hati saya ini? heeee...ataupun tanya hubby, mesti dia ada jawapan untuk saya.
 
Saya selalu aja tidak sehaluan dengan boss saya ni sebenarnya, tapi hari ni saya rasa saya patut doakan yang baik-baik lah untuk boss saya ni. Yup...dalam dia suka buat keputusan secara impulse/last minute/tiada perancangan, yang sering membuatkan saya terkejut, tapi hati dia baik, itu yang paling penting kut...kita hati boss saya tu tak sakit kut...kira hidup lah kan...heee
 
Okay...selamat bercuti esok!
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Kita kadang-kadang takut untuk meminta tolong dari manusia kan? Takut kita menyusahkan manusia yang kita minta tolong itu? Tapi Allah sangat suka bila kita sentiasa berdoa, meminta pertolongan daripadanya. Oleh itu, jangan malu berdoa, jangan berputus asa kerana sesungguh Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui... 
 
Aku bermohon Ya Allah, sembuhkanlah Imran, kembalikanlah pandangan mata Imran Ya allah. Maqbulkanlah doa kami Ya Allah. Aaamiin.
 








No comments:

Post a Comment