Sunday, January 12, 2014

Langkawi lagi...5 Jan-8 Jan 2014

Kami pergi Langkawi lagi, kali yang ke 4. Kalau mengikut perancangan, kami hanya akan pergi Langkawi lagi tahun 2015, tapi sebab ada kerja...kami pun pergilah juga.

Kami pergi hari Ahad pagi. Kami panggil teksi untuk hantar, kami keluar jam 7.00 pagi. Sampai KLIA dalam jam 7.45 pagi. Kami checked in guna mesin tu sebab somehow we could not do it at home. Melalui pengalaman, saya dapati adalah penting untuk datang lebih awal sebab barisan untuk check in juga untuk drop beg adalah sangat panjang untuk penerbangan domestik di KLIA. 

Sebab datang awal, semuanya selesai dengan tenteram. Kami decided untuk terus masuk  dan cari breakfast. Saya memang ingat ada kedai makan kat dalam tuhhh....soooo.....


Kami ordered nasi lemak dengan rendang dan teh tarik...of course ah kongsi kan...mahaiiii


alhamdulillah sodappp....ini muka puas hati dengan makanan

lepas tu kami jalan-jalan, check juga harga barang untuk compare dengan Langkawi nanti.

Lepas tu masuk dalam flight

gambar kami...

Kami sampai airport dalam jam 11 lebih. Kami nak sewa kereta, tapi kawan dari ofis Kedah kata nanti dia akan cuba carikan kereta...


Kami dapat kereta ini...alhamdulillah, RM70 sehari...not bad lah regenya

Kami telah diperkenalkan dengan gerai ini oleh seorang kakak pemandu teksi. Kami decided to try the cendol...


Nampak pulut udang ini juga...ada dua size, satu kecil dan satu besar. Kami beli dua ketul yang besar tu, seringgit satu


Lepas tu, kami lepak dalam kereta, pekena cendol dengan pulut udang



Tengok ni, Shuk tengah kacau cendol tu



The pulut udang...waktu ni saya rasa nikmat betul...cendol sedap...pulut udang sedap, saya suka sebab cukup pedas....alhamdulillah. Kalau pergi Langkawi, soheh kami akan beli lagi cendol dan pulut udang ni
Lepas tu kami teruskan perjalanan kami ke sini...pasaraya HIG yang baru. Maybe next time kami boleh consider tinggal di hotel ini. Senang nak shopping, senang nak makan laksa, senang nak minum cendol dan pulut udang tuh...waaaa....heaven

Saya sempat beli perfume sebab saya dapati harganya adalah dalam 20% kurang daripada yang dijual di KLIA. Saya juga beli kasut Clarks...murah sikit daripada Shah Alam...good buy.

Kami decided not to buy chocolate just yet...we have time, since  hubby free kan.

Di sebelah HIG tu, ada satu gerai (lori kecil) yang jual laksa...sedapppp....terangkat!! Saya lupa tangkap gambar, tapi sape-sape yang pergi, boleh cuba laksa ni. 

Lepas tu, kami pergi naik cable car...

tangkap gambar....tapi tiba-tiba, saya rasa sakit perut nak ke tandas...mesti penangan makan laksa tadi. 

Sibuk la saya cari tandas. Alhamdulillah ada tandas kat atas gunung nih...lega rasanya

Lepas selesai pergi tandas, tangkap gambar lagi....lepas tu, balik

Hari yang ke dua dan ketiga, saya kerja, jadi tak de pun gambar.

Hari ke 4, flight tengahari, jadi kami sempat melepak kat pantai Chenang kejap

Bergambo atas batu

Lepas tu, kami singgap makan roti canai...then balik hotel...hantar kereta, checked out dan pergi airport

Somehow, kami berjaya naik flight yang awal sikit, jadi kuranglah masa menunggu

Tapi, flight yang kami naik tuh, sangatlah penuhnya. Kami duduk terpisah sikit...dua dua duduk di aisle...sebelah menyebelah pun sebenarnya




banyak tok arab dalam flight tu.

Kesimpulan : Pergi Langkawi is wayyy much fun than JB...shopping di Langkawi is wayyy better than JPO. I love Langkawi. Trip kali ini kami baru tahu tempat yang best untuk makan. Yup, kami pergi ke Wan Thai Restaurant dan Nelayan Restaurant. Kalau kami pergi lagi, kami tahu lah nak makan kat mana. Kami juga pasti akan pergi lagi minum cendol serta laksa yang sangat sedap tu.

Okay...itu aja dulu...insyaa allah kami akan sampai lagi ke sini..

4 comments:

  1. HIG tu baru bukak ka, sebelah kondo istana ke tu? sedapnya cendol tu kak bib.. wan thai tu masuk jalan2 cari makan dulu kak bib. masa MTS jadi hos. dekat bangunan lama idaman suri. la ni dah tukar lokasi ke wan thai tu?

    ReplyDelete
  2. baru buka bulan Mei 2013. Yup...sebelah kondo istana tu. Wan Thai tu masih di situ...

    ReplyDelete
  3. insyaa allah, ada rezeki masing-masing nak berjalan nanti Ijah...Allah akan bagi pada masa yang paling sesuai. Tapi kalau nak join trip kita orang punya gang (cikbib + keluarga Ipoh)...boleh aja...

    ReplyDelete