Boss buat meeting mula jam 10.00 pagi.
Bincang-bincang dan seperti biasa, melalui masa makan tengahari...dah la tak breakfast pagi tadi.
Mengantuk pulak tu...haihhhhh
Maka mata pun mula bekerja..hari ini pulak, saya pakai bracelet saya kan, mata saya pun asyik tengok bracelet lah...rasa macammm comey aja...ha ha ha.
Tapi lepas tu, langsung tengok gelang kawan sebelah, mak aiii, dia pakai 4 gelang tau. Huh, langsung sms hubby. Saya tulis " Ms X pakai 4 gelang. Uwaaaaaaa, sedih".
Hubby jawab "Ha ha ha...atee....Nanti kita beli gelang mcm cite anak mami tu...Nakkk?"
Heee...benda-benda macam ini memang macam kecil aja, tapi boleh lah membuka mata yang makin nak tertutup tu.
Lepas tu mata melilau lagi, ternampak pulak cincin dan maskara dia...terus sms hubby lagi "Dia pakai 5 pasang cincin dan maskara, saya nak maskara"
Saya teringin aja nak pakai maskara sebenarnya....
Hubby terus jawab "Ha ha....takyah pakai....cikbib dah come dah"...
Hoooo...kembang....tapi mata terus mengantuk. Akhirnya saya keluar dari bilik mesyuarat tu sekejap dan pergi makan keropok di meja kawan. Baru lah lega sikit.
Meeting habis jam 2.oo petang. Saya terus pergi solat dan makan nestum aja, malas nak pergi makan...nestum pun dah tinggal sebungkus, kena beli lepas ni.
Okay lah...penulisan ini untuk mengisi waktu saya rehat lah kiranya...I deserve a little break kan?
--------------------------------------------------------------------------------------
Sudah 2 bulan Imran tidak dapat melihat cahaya. Saya berdoa semoga keadaan ini tidak berpanjangan. Semoga ditunjukkan jalan bagaimana mata Imran boleh dipulihkan Ya Allah. Semoga engkau kembalikan penglihatan Imran. Aaamiin.
No comments:
Post a Comment