Suami saya paksa saya update blog ni. Sayapun nak juga update sebenarnya, tapi saya ketandusan idea, saya tidak pasti apa yang saya nak tulis.
Kalau ikutkan hati, dalam fikiran ni ada aja benda nak tulis, but I would think that it is too private, something which I do not think I would like to share with others.
Mungkin saya ni reserve kut kan? Sebab setengah orang tu lebih terbuka. Sebagai contoh, saya baru aja tengok macam mana seorang ini boleh post bicara cinta dia dengan the loved ones di dalam facebook ...hmmm...belum kahwin lagi tu.
Saya juga ada bersembang dengan kawan-kawan baru-baru ni. Saya buatlah statement yang antara hubby dan saya, hubby lagi ingat tentang tarikh-tarikh istimewa ataupun password, no ic, telephone, account dll. Saya mengaku yang saya memang fail dalam mengingati perkara-perkara yang lebih detail.
Kawan-kawan saya pun cerita lah pulak fasal diri mereka sendiri jika di bandingkan dengan pasangan masing-masing. Seorang kawan saya pulak siap cerita yang hubby dia sampai boleh ingat secara tepat tentang tarikh period dia...haaaa...kan hebat? Semua orang pun kata hebat...cuma, di meja itu ada seorang lelaki yang belum berkahwin, maka tersipu-sipu lah pemuda itu. Hiksss...kalau saya, saya tak lah cerita sampai ke situ...saya malu sikit-sikit.
But then again...how open are you?
Mungkin pada setengah orang benda camni tak de apa pun kan? Agak nya saya ni berfikiran seperti orang dulu-dulu kut...
Tapi kan, saya rasa sebenarnya saya ni bukan lah orang yang terlampau "rigid" tau...malah, kalau di bandingkan dengan orang lain, kadang-kadang saya lebih flexible....atau saya yang perasan sendiri yang saya flexible sangat..hiksss.
Saya juga baru ini ada terbaca satu statement dari seorang wanita kepada seorang lelaki yang diletakkan untuk bacaan umum. Statement nya adalah bagaimana seorang wanita itu sudah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki tu....sedang menanti bila lelaki itu mahu masuk meminang.
Saya macam kagum aja baca. No...I am not against perigi cari timba, in fact, I am okay with it. Butttt, you do not have to tell the whole world about it lah kan. Maybe you can talk/message the guy privately but you do not have to copy paste the conversation to your facebook account for the whole world to read after that lah pulak. Kita bukan artis pun kan
What if the guy suddenly decided not to marry you after that? Saya rasa kalau saya perempuan tu, saya akan malu, begitu juga dengan family keluarga perempuan tu....bagi saya ini bukan masalah perigi cari timba, tapi masalah tidak tahu untuk mengimplement aktiviti perigi mencari timba itu dengan cara yang lebih berkhemah.....
Hmmm...tu la, nak menulis sangat, tapi tak de topik, langsung merapu tahap gaban.
Buat pengetahuan readers, kat rumah saya sekarang ni ada gajah tinggal sama. Sebagai contoh, kalau hubby tanya saya "cikbib buat apa dalam bilik air lama sangat?" Jawapan yang di beri "saya mandikan gajah".
Ataupun, kalau saya tanya "siapa yang habiskan kuih tadi?" (as if ada orang lain kat rumah tu kan ). Hubby akan jawab "anak gajah makan".
As for now, anak gajah tu telah menggantikan "orang minyak" yang dulu ada sekejap....heeee. Itulah masalahnya bila tinggal berdua aja. Since tak de orang lain, we created orang lain tu...haaa
Okaylah, di sini dulu...salam maulidurrasul dari saya ...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya letakkan Selawat Syifa' di sini. Kakak saya telah pergi ke Pusat Rawatan Darul Syifa untuk rawatan alternatif mata Imran. Kami disarankan untuk membaca surah al-qalam dan juga salawat Syifa' di mana, pada ayat ke 3, kami perlu memakrifatkannya untuk Imran (makrifat : cuba hayati dengan yakin bahawa bacaan dapat memulihkan mata Imran secara batin/rohani).
Sembuhkanlah mata Imran Ya Allah, kembalikanlah cahaya penglihatannya. Aamiin.
amin insyaallah cikbib sama sama kita doakan supaya imran sembuh kembali
ReplyDeleteamiin...Ina tolong doakan selalu ye
Deleteinsya allah cikbib ina akan doakan selalu supaya imran sembuh seperti kala
Deletenasib baik ada uncle syuk paksa cikbib. kalau tak kurang reading material saya hari ni :)
ReplyDeletehooooo....dia siap bagi suggestion lagi, dia kata, bila-bila cikbib teringat tentang topik yang nak ditulis, tape kan idea tu supaya bila ada masa nak menulis, tidak lah lupa...hmmmm, boleh implement tak?
Deletehahhhaha. dah macam penulis lirik lagu lah cik bib ni.
ReplyDelete