Friday, January 31, 2014

Semalam di M S U

Semalam adalah hari yang bersejarah buat saya. Ceritanya macam ini, saya telah dipanggil untuk bercakap mengenai MIDA di depan pelajar Universiti M S U Shah Alam. Dannn, sebagai hadiah saya telah dapat ini....

Yay....akhirnya, di umur 44 tahun ni, dapat juga saya munge...ekekekek. Bawa balik, tunjuk kat suami.

Saya tanye hubby, tak de ke perasaan nak bagi saya munge. Dia kata, nanti waktu anniversary yang ke 10, dia bagi...hmmm...moga panjang umur saya dan sempatlah saya dapat munge tuh...hikkkks.

Let's go back to the presentation made ye. Sebelum mula presentation, saya saja tanya students yang hadir a few questions so that I would have some rough idea on their knowledge about MIDA. I asked 4 basic questions, the questions were :

1) Has any of you heard about MIDA before? Answer : None

2) Has any of you heard about MITI before? Answer : None

3) Has any of you to who is MITI's Minister? Answer : None

4) Have you ever heard of Rafidah Aziz? Answer : Many of them raised their hands.

So, that is the basis of how I should start my short presentation... the listeners really were having almost zero knowledge about the subject that I am going to talk about...really. I understand that MIDA/MITI and other agencies under MITI may not be of any relevance to them now. But the fact that they did not bother at all to find any information about MIDA before they attend the talk make me feel disappointed. 

It's very easy to access information on MIDA from the internet which they can do while waiting for my arrival...tapi nak cakap macam mana kan....karang marah-marah pun, mesti ada jawapan tuh.

But anyway, I was a little nervous before I entered the hall, but when I found out that my audience did not have the slightest idea of what I am going to talk about, I was a bit sad..tapi lega juga sebab depa mesti tak tahu nak tanya soalan kan...hiks...selamat.

But I must acknowledge that the students did arrange the whole event nicely. Yup, they waited for me at the entrance, show me my parking space, walk with me to the hall since the place was huge and I might get lost. They have shown their talent to be a "promotional" person.

And they communicate in English...good English. I spoke in English too until I got tensed up and started to cakap Melayu...he he he. 

But all went well and after that they served us lunch. The lecturer brought us to this cafe on top of the building where we were able to enjoy the view of Shah Alam. We were served nasi, sotong masak merah, ikan masak asam pedas and ayam masak lemak cili api plus sayur. I was informed that the food was prepared by the chef who is also teaching culinary there. 

Hmmm...saya ni tak le pandai masak, tapi agaknya chef tu masak tanpa kasih sayang kut, jadi, walaupun not bad tapi ada sedikit kurengggg...(tak baik komen fasal makanan kan?...hiksss)

So, I did not snap any photos on the main course, sebab presentation pun biasa-biasa aja...(akibat terlampau mengikut Master Chef punya series la ni).  Tapi I did took photos on the dessert...sebab menarik la juga sikit:

Haa...dia bagi lima pieces of cakes...perfect for healthy diet...habis pulak tu

Lepas tu, dia hidang ini...habis gak...penutup.

Lepas habis brief ni, saya balik ke ofis di HQ. Alhamdulillah, Federal Highway sangat clear dan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit....

Itu sajalah yang berlaku semalam.

=============================================================

Saya nak count my blessings la...selepas banyak sangat focus atas apa yang terjadi pada Imran.

Saya perlu bersyukur kerana sesungguhnya sangat banyakk nikmat yang diberi. Saya bersyukur sebab saya sihat, saya bersyukur sebab mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga dan membantu mereka yang tidak berapa mampu, ada suami yang baik, ada keluarga yang sentiasa supportive walau pun kami kurang berjumpa, ada kawan-kawan/readers yang mengambil berat, ada rumah untuk berlindung, ada kereta untuk bergerak, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh bekerja and all other little things. 

Tapi tu lah, kadang-kadang saya lupa.....

Pagi tadi, sewaktu bersarapan, saya telah terbaca mengenai seorang bapa yang mengelar anak-anaknya sehinggal ada yang meninggal dunia di Kajang semalam. Sedih betul....

Tapi bila membaca berita itu saya terus teringat yang kami sekeluarga perlu bersyukur kerana Imran masih hidup, Imran masih normal kecuali matanya yang tidak dapat melihat, dannnn....selagi Imran masih bernyawa, selagi itu masih ada harapan...walaupun sebesar kuman.

Dan...kami juga sepatutnya tidak perlu risau kerana Allah yang menjadikan Imran begitu, dan Allah jugalah yang akan memeliharanya....

Moga Allah bukakan hati saya yang keras ini untuk redha....untuk menerima cabaran ini...untuk kuat dan untuk terus tenang dengan cabaran yang diberikan. Berikan saya kekuatan Ya Allah.







Wednesday, January 29, 2014

Hari Ini dan Sup Ayam

Hari ini adalah sibuk.

Saya mula meeting pertama jam 9.00 pagi dan habis dalam jam 10.30 pagi. Saya suka meeting ini, yang saya chair kan...saya rasa it was a success.

Next meeting at 11.30. A big group. Originally they informed us that only five of them will be coming. Last minute, they informed us that 11 of them will be coming. Apa lagi, huru hara lah, kerusi tak cukup, minuman/makanan tak cukup...haih. Dragged sampai jam 2.00 pulak tu. Dah la tak sarapan, nak lunch pun tak sempat sebab the next meeting is at 3.00 pm.

At 3.00 pm, another meeting with a another big group. Again, it was not as productive...meeting habis jam 5.32 petang.

Balik ke bilik, saya terus solat Asar dan mula buat sedikit preparation untuk presentation esok. Tapi dalam fikiran, saya sudah terfikirkan sup ayam yang saya masak semalam...saya lapar.

Sampai rumah, hubby suruh saya buat ER. Hmmm...terpaksalah patuh, walaupun lapar. Saya solat Maghrib, ER 30 minit, solat Isyak dan turun untuk dinner...tak leh tahan.

Saya panaskan sup ayam semalam dan masukkan sayur, tomato dan tambah cabai burung sikit...barulah meletop kan...ade gambo...mari share


he he he...sedapnya makannnn! Saya suka makanan yang berair nih...especially kalau pedas. Saya juga happy sebab hubby pun sudah mula suka makan sup ayam yang saya buat. Sebelum ini, kalau saya mention nak masak sup ayam, dia mesti terus cakap "taknak". Tapi baru-baru ini, sewaktu hubby demam, saya masakkan sup ayam and he loved it. Bayangkan, dah hampir 8 tahun kahwin baru dia nak makan sup ayam yang saya buat. Anyway, better late than never kan.

Itu ajalah ceritanya...

Saya baru berwassup dengan anak sedara saya Pijah. Dia plan nak mendaftarkan Imran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab ada banyak kemudahan/bantuan yang boleh Imran dapatkan. 

Saya bermohon semoga Allah sembuhkan mata Imran. Saya bermohon semoga di kembalikan pandangan mata Imran. Tetapi, jika ini memang takdirnya, saya mohon dipermudahkan semua urusan Imran di dunia dan akhirat. Saya mohon dipermudahkan urusan ibubapa Imran. 

Aaamiin.


Ibu

Assalamualaikum! Sorrylah sebab sudah lama saya tak update blog ni...saya sibuk sikit, sedih sikit, penat sedikit...heee.
 
Hari Isnin baru ini, sewaktu di ofis, tiba-tiba saya namapak seorang officer ni menangis dan mengadu dengan officer lain. Saya tak pasti kenapa dan tidak sempat pulak untuk bertanya.
 
Tapi baru tadi saya sempat clarify dengan officer ni tentang sebab musabab dia menangis...ye lah, kut lah sebab salah saya kan...saya ni kan demanding juga kadang kadang.
 
Anyway, punca kenapa officer ni menangis bukanlah saya, tapi adalah sebab anak-anak. Officer saya agak sedikit tertekan dengan anak-anak dan telah memukul anaknya sedikit. Dannn, apa yang berlaku adalah anak-anak tu sudah tidak ingatpun, tapi officer ini pulak yang asyik menangis dan menyesal atas perbuatan yang telah dia lakukan. Dia asyik teringat tentang perkara itu dan menyesal, dan menangis
 
Itulah  perasaan seorang ibu...sangat dalam kasih sayangnya untuk anak-anaknya
 
Baru-baru ini juga saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan opah kepada Imran. Hmmm...yang ini lagi lah. Betapa di hati, kepala dan mulutnya sentiasa ada cucu-cucunya juga anaknya. Tanpa dia sedari, nama-nama anak/cucunya sentiasa bermain di bibir. Matanya juga amat mudah mengeluarkan air mata sekiranya kisah Imran/cucunya dibincangkan.
 
Sewaktu itu, saya ingatkan saya sudah kuat dan  "redha", tapi bila menyaksikan keperihatinan kakak saya tu, langsung tersedih semula...sampai hari ini saya sedih balik.
 
Selain dari itu saya juga menyaksikan betapa tidak senangnya mahu menjaga sepasang kembar ini apabila mereka meragam. Yup...bila seorang sudah diam seorang lagi pulak yang menangis. Boleh stress kalau tidak kuat iman kan? Betapa sabarnya hati seorang ibu tu kan? 
 
Bila saya menyaksikan perkara-perkara ini, saya jadi insaf betullah. Pengorbanan ibu itu terlampau besar...bila melahirkan anak, seorang ibu akan hilang kehidupannya sendiri. Dalam semua perkara, anak akan sentiasa diberikan "priority"....Ibu juga akan kehilangan "kerampingan" diri (bagi yang lebih tembam akan hilang "ketembaman" diri dan dapat "kegemukan" yang nyata...hadeiiii).
 
conclusion : Hmmm....saya kena jadi lebih baik dengan emak saya lah....
 
Tentang Imran : Sehingga hari ini penglihatan Imran masih belum pulih. Tapi kami tetap meneruskan doa kami dan terus berharap. Sembuhkanlah mata Imran dan kurniakanlah dia cahaya penghlihatan. Sesungguhnya engkau maha mengetahui serta maha mendengar doa hamba mu ini.
 
Pohon readers juga doakan ye. Aaamiin
 

Saturday, January 25, 2014

While Waiting

Sekarang ini hari Sabtu, jam 7.25 malam.

Saya ada tetamu di rumah ni, tapi sekarang, saya sorang-sorang aja di ruang tamu. Hubby and Abang Hatta pergi mengeteh sebab teh di rumah tak sedap, yang lain-lainnya ada di dalam bilik masing-masing. Saya...sedang menunggu waktu maghrib, sooo...update lah blog ni kejap.

Malam ni, ada tetamu juga...tak sure nak serve apa...tengah pikio.

Dah azan...nanti saya tulis lagi ye...

Monday, January 20, 2014

Tentang Post Semalam

Semalam post nya adalah "No Mood la Today"...heeee

Sebenarnya ada kisah selanjutnya lagi, dan saya memang dah taip pun ceritanya. Tapi kan, bila saya baca balik, saya perasan yang cerita itu sangatlah personal dan tidak sepatutnya di kongsi bersama, maka, saya telah padamkan dan tulis balik tentang perkara lain...heee....konon reserved kan?

Saya perasan, saya selalu di uji sedemikian. Saya buat statement, lepas tu, I violated the statement, kali ini pulak, secara umum lagi, dalam blog.

Anyway, telah timbul juga rasa bersalah saya selepas post saya semalam tuh. Heee...mungkin sebab dah lama saya tak buat hal kan.

Sebenarnya kami ada undang-undang iaitu tidak dibenarkan merajuk sewaktu hari cuti. Undang-undang itu telah digubal kerana telah berlaku kejadian di mana hari cuti kami telah habis begitu saja sebab salah seorang telah mengambil keputusan untuk merajuk dan tidak mahu bercakap.

Keadaan itu telah menyebabkan cuti dihabiskan dengan mood tak baik dan sangat membosankan. Dua-dua pun tak happy, tapi keras hati kan, tak de siapa nak mula dulu. Tapi lepas aja peristiwa itu, kami pun menggubal undang-undang tidak boleh merajuk pada hari-hari cuti...tapi yang semalam tu masalahnya saya seorang aja yang tahu saya merajuk, sedangkan hubby langsung tak tahu...heee.

Sebenarnya, semalam hubby tak sihat, infact sudah 4-5 hari demamnya dan batuk-batuk sampai macam nak terkeluar isi perut tu. Hubby mengamalkan minum madu dan limau, tapi kali ini agak lambat kesannya. Saya cadangkan supaya dia minum air asam jawa, tapi dia terus cakap tak nak. Saya pulak, tak berapa lalu nak ambil madu...saya prefer air asam jawa lagi.

Saya nak record juga yang semalam akhirnya Serena Williams telah terkeluar daripada Australian Open..phuhhh, after winning it for so many times kan. Semalam juga Chelsea telah kalah kan MU, hubby dan anak sedara saya Ajim mesti happy.

Okaylah...di sini dulu...aka keghoje...have a productive week ahead. Moga ceria selalu dan moga bertambah iman-iman kita semua.

===============================================================

Esok Imran ada appointment dengan doktor lagi. Semoga Allah memberikan petunjuk tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan seterusnya bagi membolehkan Imran boleh melihat semula. Kurniakanlah Imran cahaya penglihatan Ya Allah. Aamiin




Sunday, January 19, 2014

No Mood la Today

It's Sunday afternoon now...esok dah keje balik...hmmm

Saya tengah merajuk dengan hubby ni, tapi tapi tak ambil tahu pung...heee. Tengah bertahan...tapi saya tahu tak de faedahnya meletup....sooo...let's talk to the wall...mengadu kat dinding seperti biasa.

Saya sibuk sikit sekarang ni sebab saya terlibat untuk meng "organize" majlis re-union sekolah menengah saya. Entahlah macam mana saya boleh termasuk ke dalam "organising committee" ni sebab sesungguhnya saya ni tidak lah rajin. Tapi saya seronok juga, yup, berjumpa kawan-kawan yang sudah hampir 30 tahun tak berjumpa. The funny thing is that, kami boleh "click" immediately. As if kami memang sentiasa berkawan selama ini.

Waktu merajuk dengan suami tapi dia pun tak tahu saya merajuk tahap gaban ni, elok sangat la dapat jumpa kawan-kawan...if nottt, kawan dengan dinding pun bukannya best kan.

Saya masak hari ini. Goreng ayam dengan masak tumis ikan bilis + petai....huh...kelemahan saya lah tu.

Sekarang ni sibuk fasal ada sepasang suami isteri Malaysia yang di tangkap di Stockholm kan? Saya masukkan doa saya untuk mereka ini. Moga dipermudahkan semua urusan mereka, termasuk anak-anak mereka.

Hmmm....di sini dahulu...merajuk kan...tak de mood...heeeee

Thursday, January 16, 2014

Dear Boss

Saya ada bersembang dengan boss tadi, sembang fasal kerja. Lepas tuuu, cerita pulak fasal Division, fasal itu, fasal ini.
 
Lepas tu, tetiba boss berfalsafah pulak. Dia kata.."mu Bibah, mu jangan nak bohong la, aku tahu la fasal semua pegawai kat Division nih. Aku tahu hati-hati kamu nih"
 
Saya pun tiba-tiba jadi seram..."tahu hati saya?"
 
Dia sambung "Hati kita ni, ada tiga iaitu : i) hati hidup  ii) hati mati iii)hati sakit. Aku tengok perangai semua orang dalam Division ni aku tahu la sape yang ada hati hidup, sape yang ada hati mati atau pun hati sakit".
 
Saya bisik juga dalam hati "saya pun boleh evaluate boss apa....haaa, jangan ingat boss aja yang boleh evaluate orang bawah".
 
Lepas tu boss kata lagi "Itu yang aku tengok pegawai yang telah menunjukkan taring tuu, aku rasa mesti ada masalah hati tu. Sebab itulah aku tak suka nak marah teruk-teruk. Aku cuma cakap sikit-sikit, tegur sikit-sikit, kalau tak banyak pun, aku ada nampak perbezaan secara sedikit sedikit. Kasihan mereka ni".
 
Saya assume yang boss kata bermasalah tu di considerkan berhati "sakit" lah kut...sebab kalau mati, soheh dah "gone with wind lah" kan...
 
Tapi tadi hati saya sedikit tersentuh juga, yup, saya rasa boss saya ni baik lah. Banyak bertolak ansur dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan luar. Saya tahu dia terima banyak info dari luar mengenai certain individu di dalam Division kami, tapi dia tetap dengan pendirian dan membuat tindakan secara rasional yang saya pasti hanya boleh dilakukan oleh orang yang kuat pendiriannya.
 
Boss saya juga berpendapat yang mereka yang telah menunjukkan taring ini selalunya tidak mengenali diri mereka sendiri, dan tidak nampak kesalahan yang mereka lakukan. Menurut boss saya, kita kena kenal diri kita kerana hanya dengan cara ini kita boleh mengenal tuhan dan lain-lain (sampai tahap ini, saya dah kurang faham dah...tinggi tu bagi saya).
 
Sekarang ni, saya tengah evaluate diri saya, kategori manakah hati saya ini? heeee...ataupun tanya hubby, mesti dia ada jawapan untuk saya.
 
Saya selalu aja tidak sehaluan dengan boss saya ni sebenarnya, tapi hari ni saya rasa saya patut doakan yang baik-baik lah untuk boss saya ni. Yup...dalam dia suka buat keputusan secara impulse/last minute/tiada perancangan, yang sering membuatkan saya terkejut, tapi hati dia baik, itu yang paling penting kut...kita hati boss saya tu tak sakit kut...kira hidup lah kan...heee
 
Okay...selamat bercuti esok!
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Kita kadang-kadang takut untuk meminta tolong dari manusia kan? Takut kita menyusahkan manusia yang kita minta tolong itu? Tapi Allah sangat suka bila kita sentiasa berdoa, meminta pertolongan daripadanya. Oleh itu, jangan malu berdoa, jangan berputus asa kerana sesungguh Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui... 
 
Aku bermohon Ya Allah, sembuhkanlah Imran, kembalikanlah pandangan mata Imran Ya allah. Maqbulkanlah doa kami Ya Allah. Aaamiin.
 








Tuesday, January 14, 2014

How Open Are You?

Suami saya paksa saya update blog ni. Sayapun nak juga update sebenarnya, tapi saya ketandusan idea, saya tidak pasti apa yang saya nak tulis.

Kalau ikutkan hati, dalam fikiran ni ada aja benda nak tulis, but I would think that it is too private, something which I do not think I would like to share with others.

Mungkin saya ni reserve kut kan? Sebab setengah orang tu lebih terbuka. Sebagai contoh, saya baru aja tengok macam mana seorang ini boleh post bicara cinta dia dengan the loved ones di dalam facebook ...hmmm...belum kahwin lagi tu. 

Saya juga ada bersembang dengan kawan-kawan baru-baru ni. Saya buatlah statement yang antara hubby dan saya, hubby lagi ingat tentang tarikh-tarikh istimewa ataupun password, no ic, telephone, account dll. Saya mengaku yang saya memang fail dalam mengingati perkara-perkara yang lebih detail.

Kawan-kawan saya pun cerita lah pulak fasal diri mereka sendiri jika di bandingkan dengan pasangan masing-masing. Seorang kawan saya pulak siap cerita yang hubby dia sampai boleh ingat secara tepat tentang tarikh period dia...haaaa...kan hebat? Semua orang pun kata hebat...cuma, di meja itu ada seorang lelaki yang belum berkahwin, maka tersipu-sipu lah pemuda itu. Hiksss...kalau saya, saya tak lah cerita sampai ke situ...saya malu sikit-sikit.

But then again...how open are you? 

Mungkin pada setengah orang benda camni tak de apa pun kan? Agak nya saya ni berfikiran seperti orang dulu-dulu kut...

Tapi kan, saya rasa sebenarnya saya ni bukan lah orang yang terlampau "rigid" tau...malah, kalau di bandingkan dengan orang lain, kadang-kadang saya lebih flexible....atau saya yang perasan sendiri yang saya flexible sangat..hiksss.

Saya juga baru ini ada terbaca satu statement dari seorang wanita kepada seorang lelaki yang diletakkan untuk bacaan umum. Statement nya adalah bagaimana seorang wanita itu sudah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki tu....sedang menanti bila lelaki itu mahu masuk meminang.

Saya macam kagum aja baca. No...I am not against perigi cari timba, in fact, I am okay with it. Butttt, you do not have to tell the whole world about it lah kan. Maybe you can talk/message the guy privately but you do not have to copy paste the conversation to your facebook account for the whole world to read after that lah pulak. Kita bukan artis pun kan

What if the guy suddenly decided not to marry you after that? Saya rasa kalau saya perempuan tu, saya akan malu, begitu juga dengan family keluarga perempuan tu....bagi saya ini bukan masalah perigi cari timba, tapi masalah tidak tahu untuk mengimplement aktiviti perigi mencari timba itu dengan cara yang lebih berkhemah.....

Hmmm...tu la, nak menulis sangat, tapi tak de topik, langsung merapu tahap gaban.

Buat pengetahuan readers, kat rumah saya sekarang ni ada gajah tinggal sama. Sebagai contoh, kalau hubby tanya saya "cikbib buat apa dalam bilik air lama sangat?" Jawapan yang di beri "saya mandikan gajah".

Ataupun, kalau saya tanya "siapa yang habiskan kuih tadi?" (as if ada orang lain kat rumah tu kan ). Hubby akan jawab "anak gajah makan".

As for now, anak gajah tu telah menggantikan "orang minyak" yang dulu ada sekejap....heeee. Itulah masalahnya bila tinggal berdua aja. Since tak de orang lain, we created orang lain tu...haaa

Okaylah, di sini dulu...salam maulidurrasul dari saya ...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya letakkan Selawat Syifa' di sini. Kakak saya telah pergi ke Pusat Rawatan Darul Syifa untuk rawatan alternatif mata Imran. Kami disarankan untuk membaca surah al-qalam dan juga salawat Syifa' di mana, pada ayat ke 3, kami perlu memakrifatkannya untuk Imran (makrifat : cuba hayati dengan yakin bahawa bacaan dapat memulihkan mata Imran secara batin/rohani). 

Sembuhkanlah mata Imran Ya Allah, kembalikanlah cahaya penglihatannya. Aamiin.








Sunday, January 12, 2014

Langkawi lagi...5 Jan-8 Jan 2014

Kami pergi Langkawi lagi, kali yang ke 4. Kalau mengikut perancangan, kami hanya akan pergi Langkawi lagi tahun 2015, tapi sebab ada kerja...kami pun pergilah juga.

Kami pergi hari Ahad pagi. Kami panggil teksi untuk hantar, kami keluar jam 7.00 pagi. Sampai KLIA dalam jam 7.45 pagi. Kami checked in guna mesin tu sebab somehow we could not do it at home. Melalui pengalaman, saya dapati adalah penting untuk datang lebih awal sebab barisan untuk check in juga untuk drop beg adalah sangat panjang untuk penerbangan domestik di KLIA. 

Sebab datang awal, semuanya selesai dengan tenteram. Kami decided untuk terus masuk  dan cari breakfast. Saya memang ingat ada kedai makan kat dalam tuhhh....soooo.....


Kami ordered nasi lemak dengan rendang dan teh tarik...of course ah kongsi kan...mahaiiii


alhamdulillah sodappp....ini muka puas hati dengan makanan

lepas tu kami jalan-jalan, check juga harga barang untuk compare dengan Langkawi nanti.

Lepas tu masuk dalam flight

gambar kami...

Kami sampai airport dalam jam 11 lebih. Kami nak sewa kereta, tapi kawan dari ofis Kedah kata nanti dia akan cuba carikan kereta...


Kami dapat kereta ini...alhamdulillah, RM70 sehari...not bad lah regenya

Kami telah diperkenalkan dengan gerai ini oleh seorang kakak pemandu teksi. Kami decided to try the cendol...


Nampak pulut udang ini juga...ada dua size, satu kecil dan satu besar. Kami beli dua ketul yang besar tu, seringgit satu


Lepas tu, kami lepak dalam kereta, pekena cendol dengan pulut udang



Tengok ni, Shuk tengah kacau cendol tu



The pulut udang...waktu ni saya rasa nikmat betul...cendol sedap...pulut udang sedap, saya suka sebab cukup pedas....alhamdulillah. Kalau pergi Langkawi, soheh kami akan beli lagi cendol dan pulut udang ni
Lepas tu kami teruskan perjalanan kami ke sini...pasaraya HIG yang baru. Maybe next time kami boleh consider tinggal di hotel ini. Senang nak shopping, senang nak makan laksa, senang nak minum cendol dan pulut udang tuh...waaaa....heaven

Saya sempat beli perfume sebab saya dapati harganya adalah dalam 20% kurang daripada yang dijual di KLIA. Saya juga beli kasut Clarks...murah sikit daripada Shah Alam...good buy.

Kami decided not to buy chocolate just yet...we have time, since  hubby free kan.

Di sebelah HIG tu, ada satu gerai (lori kecil) yang jual laksa...sedapppp....terangkat!! Saya lupa tangkap gambar, tapi sape-sape yang pergi, boleh cuba laksa ni. 

Lepas tu, kami pergi naik cable car...

tangkap gambar....tapi tiba-tiba, saya rasa sakit perut nak ke tandas...mesti penangan makan laksa tadi. 

Sibuk la saya cari tandas. Alhamdulillah ada tandas kat atas gunung nih...lega rasanya

Lepas selesai pergi tandas, tangkap gambar lagi....lepas tu, balik

Hari yang ke dua dan ketiga, saya kerja, jadi tak de pun gambar.

Hari ke 4, flight tengahari, jadi kami sempat melepak kat pantai Chenang kejap

Bergambo atas batu

Lepas tu, kami singgap makan roti canai...then balik hotel...hantar kereta, checked out dan pergi airport

Somehow, kami berjaya naik flight yang awal sikit, jadi kuranglah masa menunggu

Tapi, flight yang kami naik tuh, sangatlah penuhnya. Kami duduk terpisah sikit...dua dua duduk di aisle...sebelah menyebelah pun sebenarnya




banyak tok arab dalam flight tu.

Kesimpulan : Pergi Langkawi is wayyy much fun than JB...shopping di Langkawi is wayyy better than JPO. I love Langkawi. Trip kali ini kami baru tahu tempat yang best untuk makan. Yup, kami pergi ke Wan Thai Restaurant dan Nelayan Restaurant. Kalau kami pergi lagi, kami tahu lah nak makan kat mana. Kami juga pasti akan pergi lagi minum cendol serta laksa yang sangat sedap tu.

Okay...itu aja dulu...insyaa allah kami akan sampai lagi ke sini..

My 2014 Resolution...

Hari ini hari Ahad ke dua di tahun 2014.

Sorry sebab dah lama saya tak update (macam la banyak orang nak baca blog ni kan) Saya okay, tapi macam sentiasa menangguh-nangguh untuk update blog ini. 

Saya masih sedih....tapi tadi saya telah menerima update daripada ibu Imran seperti ini : "Dr cakap, a good thing is that mata Imran ada respond to light, more to right eye. Right eye bleeding resolved. Left eye still ada bleeding, tapi doctor monitor and follow up lagi"

Somehow saya rasa bersyukur. Insyaa allah, ada harapan, at least ada response dengan cahaya, at least...saya akan teruskan berdoa, teruskan bersolat hajat, teruskan membaca ayat-ayat quran yang di cadangkan, juga meneruskan salawat shifaa. Saya tahu kakak-kakak saya yang lain juga turut istiqamah berdoa...juga anak-anak sedara saya...alhamdulillah. Moga doa kami semua akan dimakbulkan.

Suami saya kata, kalau beribadah, jangan bagi tahu orang lain...heee...tapi ini kes lain kut kan?..Sesungguhnya tidaklah mudah untuk saya buat sebenarnya...tapi demi Imran kan.....

Sewaktu belajar, juga sewaktu bujang dahulu, saya memang amalkan mengaji quran, especially selepas solat maghrib. Tapi sekarang ni, sejak tinggal jauh dari ofis dan sampai rumah lambat, amalan ini agak kurang saya buat, kecuali surah yasin.

Dengan pandangan mata yang juga pelan kurang....hmmm.

Tapi alhamdulillah, I can feel that I have improved reading the quran now.....tapi masih banyak ruang untuk improvement, banyakkkkkk.

Saya rasa secara tidak sedar, ini akan jadi my 2014 resolution lah. I want to be able to allocate time to be by myself, lebihkan solat, pastikan berdoa selepas solat, nak mengaji hari-hari, walaupun sikit...heee....nak rajin sikit puasa (boleh ke ni?)

Boleh berjaya tak?...insyaa allah...saya kena berdoa juga untuk yang ini...semoga saya dikurniakan hati yang kusyuk supaya saya boleh bersolat dengan lebih baik...moga Allah tolong saya yang lomah ni.

and not forgetting....my ER....kena buat balik.

Okay lah....this is again a very personal post kan?...sorry














Thursday, January 2, 2014

Aku dan Dia

Boss buat meeting mula jam 10.00 pagi.
 
Bincang-bincang dan seperti biasa, melalui masa makan tengahari...dah la tak breakfast pagi tadi.
 
Mengantuk pulak tu...haihhhhh
 
Maka mata pun mula bekerja..hari ini pulak, saya pakai bracelet saya kan, mata saya pun asyik tengok bracelet lah...rasa macammm comey aja...ha ha ha.
 
Tapi lepas tu, langsung tengok gelang kawan sebelah, mak aiii, dia pakai 4 gelang tau. Huh, langsung sms hubby. Saya tulis " Ms X pakai 4 gelang. Uwaaaaaaa, sedih".
 
Hubby jawab "Ha ha ha...atee....Nanti kita beli gelang mcm cite anak mami tu...Nakkk?"
 
Heee...benda-benda macam ini memang macam kecil aja, tapi boleh lah membuka mata yang makin nak tertutup tu.
 
Lepas tu mata melilau lagi, ternampak pulak cincin dan maskara dia...terus sms hubby lagi "Dia pakai 5 pasang cincin dan maskara, saya nak maskara"
 
Saya teringin aja nak pakai maskara sebenarnya....
 
Hubby terus jawab "Ha ha....takyah pakai....cikbib dah come dah"...
 
Hoooo...kembang....tapi mata terus mengantuk. Akhirnya saya keluar dari bilik mesyuarat tu sekejap dan pergi makan keropok di meja kawan. Baru lah lega sikit.
 
Meeting habis jam 2.oo petang. Saya terus pergi solat dan makan nestum aja, malas nak pergi makan...nestum pun dah tinggal sebungkus, kena beli lepas ni.
 
Okay lah...penulisan ini untuk mengisi waktu saya rehat lah kiranya...I deserve a little break kan?
 
--------------------------------------------------------------------------------------
 
Sudah 2 bulan Imran tidak dapat melihat cahaya. Saya berdoa semoga keadaan ini tidak berpanjangan. Semoga ditunjukkan jalan bagaimana mata Imran boleh dipulihkan Ya Allah. Semoga engkau kembalikan penglihatan Imran. Aaamiin.


Wednesday, January 1, 2014

1.1.2014 : Kerja Makan

It's new year, 2014. Saya ingatkan saya nak buat post istimewa, tapi bila lama sangat tunggu dan tak de idea, saya mengambil keputusan belasah aja, walaupun mungkin hasilnya tidak seistimewa mana. Saya cuma tetap memegang satu prinsip...ikhlas...mungkin saya bukan penulis yang hebat, tapi at least saya menulis jugalah, sekurang-kurangnya ada hasil kan..

Mari bercerita tentang hari ini. Sepatutnya kami bangun pagi dan pergi jog, maklumlah, ada orang tu sudah ada kasut jog baru kan. Entah macam mana, pagi ini memang saya terbabas betul...bila buka mata, tengok dah cerah. Sambung la balik tidurnya...

Tapi lepas tu saya bangun lah...mandi, qadha solat subuh tu...buat solat sunat sikit (untuk Imran), juga baca surah...lupa pulak, dan lepas tu masak cokodok pisang. Hubby sudah request untuk masak cokodok malam semalam, infact, dia sudah belikan pisangnya pun.

Sebab ada gambar, saya letakkan di sini ye ...


Cokodok dengan kopi istimewa. Air tu untuk hubby, saya minum air kosong aja.

Lepas tu, Mekyah aja keluar berdangdut petangnya. Hubby kata ok, sooo, saya pun on lah. Tapi sebelum keluar saya masak tumis udang dengan petai untuk hubby....gambar lupa nak ambil pulak.

Pukul 3.30 petang, Mekyah datang. Kami pergi SACC Mall. Ingatkan nak minum di Teapot Deli, tengok-tengok kedai tu penuh, kami pun pergi Secret Recipe instead....mari tengok gambar

haaa...yang atas ni gang saya lepak

Yang atas ni gambar makanan dan minuman. Ada 3 jenis kek, dua jenis kopi, satu juice green apple celery dan fish & chips. Fish and Chips tu sebenarnya satu set aja kami order...kami kongsi-kongsi

Balik rumah, saya makan pulak nasi dengan sambal udang tu...huk alohhh

Lepas Maghrib, hubby ajak pergi Plaza Massalam...tujuaannya adalah untuk menambah sedikit bracelet saya supaya jadi panjang sikit. Bracelet ini sebenarnya adalah hadiah daripada adik beradik saya waktu saya kahwin. Saya suka bracelet ni, tapi sebab saya makin "slim", maka bracelet ni semakin ketat. Heee.

Tapi, orang Poh Kong tu kata tak boleh pulak...hmmmm. Gambar gelang dan tangan yang "comel" itu adalah seperti di bawah.


Sebab kecewa gelang tak boleh disambung, kami pun pergi Giant kat Plaza Masallam tu. Beli barang-barang yang dah nak abis.

Dannn...hubby ajak minum. Teringat pulak dengan Restoran Satay Station yang baru dibuka di tempat meletak kereta Plaza Masallam tu...apa lagi..

yang kami order adalah satay daging 10 batang, teh panas satu dan fresh orange tanpa gula satu.


Tengok gambar....


Satay Station

Ini tempat dia .....nice place actually.

Satay dia sedap. Tempat dia lawa. Service pun not bad. Tapi, harga secucuk satay adalah RM1.40, harga teh tarik adalah 2.20. Jugaaa, di setiap cucuk satay tu mesti ada sedikit lemak yang kita kena buang.

Rasa nya kami tak kan pergi lagi kut ke tempat ini, tambah-tambah kami kena berjimat kan tahun ni dengan kenaikan serba serbi kos kehidupan. Lebih baik makan satay Samuri di Restoran Syed kut...sedap, tak ada lemak dan hanya 90sen secucuk...heeeee

Sekarang ni, kami di rumah...esok kerja balik. Saya kena ubah masa pergi kerja saya, dah tak boleh pergi kerja lambat dah. Hokeh...Happy New Year everyone!